Penta Security

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Penta Security Systems Inc. (bahasa Korea: 펜타시큐리티시스템㈜) (Penta Security[1]) ialah syarikat teknologi maklumat (IT) yang ibu pejabatnya terletak di Seoul, Korea Selatan. Penta Security menawarkan aplikasi-aplikasi untuk keselamatan web seperti aplikasi web tembok api (WAF), sekuriti untuk pangkalan data dan solusi log masuk tunggal (single sign-on)[2].

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pertubuhan[sunting | sunting sumber]

Ditubuhkan sejak tahun 1997 oleh Seokwoo Lee[3] di Seoul, Korea Selatan, Penta Security ialah syarikat yang menawarkan pelbagai produk untuk aplikasi web keselamatan dengan menggunakan teknologi yang teras. Sebanyak 3,100 penggunaan aplikasi ini dipasangkan dalam perbadanan kerajaan, perusahaan besar, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), bidang pendidikan serta institusi kewangan dan perubatan.

Anak Syarikat dan Perkembangan Internasional[sunting | sunting sumber]

Anak syarikat Jepun, Penta Security Systems K.K, ditubuhkan di Akasaka, Tokyo pada tahun 2009 manakala anak syarikat Amerika Syarikat, Penta Security Systems Corporation pula ditubuhkan pada tahun 2014 di Texas.

Ketiga-tiga cawangan Penta Security bertujuan untuk menawarkan keperluan keselamatan IT ke seluruh dunia. Dari Korea Selatan ke Jepun (2009), Thailand (2010), Malaysia (2011), Singapura (2010), Taiwan (2011), Australia (2011), Indonesia (2011, Rwanda (2013) dan Amerika Syarikat (2013).

Pusat Penyelidikan dan Pengajian Sekuriti (R&D)[sunting | sunting sumber]

Penta Security mempunyai pusat penyelidikan dan pengajian yang mengendalikan segala kajian tentang sekuriti teknologi. Pusat ini mengandungi lebih kurang 70 orang pakar penyelidik-penyelidik yang juga merupakan sebahagian besar daripada tenaga kerja Penta Security. Selain itu, Penta Security menekankan kepentingan untuk memupuk pegawai-pegawai maklumat teknologi yang berpotensi lalu mengaji pekerja-pekerja dari sekolah vokasional serta melalui program kerjasama untuk pusat penyelidikan dan pengajiannya.

Orang-orang utama[sunting | sunting sumber]

Seokwoo Greg Lee (CEO / Pengasas)

DS Kim (Ketua Pegawai Strategi)

Gi Seung Kim (CFO)

Jaeson Yoo (Ketua Penyebar Sekuriti)

Produk-produk utama[sunting | sunting sumber]

WAPPLES[sunting | sunting sumber]

WAPPLES ialah aplikasi web tembok api (WAF) yang menggunakan enjin berasaskan analisis logik dan bukannya melalui kaedah padanan yang traditional. Enjin ini menggunakan sistem 26 peraturan untuk melaksanakan lintasan logik dalam web. Dengan menggunakan kaedah ini, WAF Penta Security dikatakan mempunyai kadar positive-palsu (low false-positive) yang lebih rendah berbanding dengan pesaingan-pesaingan WAF yang lain. Produk WAPPLES disahkan oleh ICSA Labs dan memperolehi pematuhan EAL4-CC serta PCI-DSS. WAPPLES juga merupakan alat perkakasan yang menyokong alatan maya yang berkaitan dengan perusahaan awan.

D’Amo[sunting | sunting sumber]

D’Amo ialah solusi enkripsi yang mempunyai pelbagai komponen yang dioptimumkan untuk lapisan-lapisan dan persekitaran yang berlainan. D’Amo menggunakan algoritma enkripsi yang diluluskan oleh FIPS dan merupakan solusi standard yang pertama di Korea Selatan. Selain itu, produk D’Amo ialah pelayan pengurusan kunci (key management server) CC EAL3 + yang disahkan. Komponen-komponen yang berlainan dalam produk D’Amo berfungsi untuk melindungi data di lapisan-lapisan berlainan dalam infrastruktur IT (aplikasi, sistem, lapisan rangkaian).

Cloudbric[sunting | sunting sumber]

Cloudbric merupakan model Sekuriti-sebagai-perkhidmatan (SECaaS) yang menyediakan perlindungan laman web pada kos yang rendah dengan menggunakan enjin WAPPLES ‘COCEP. Bahkan juga, Cloudbric merupakan pemenang Solusi Sekuriti SME yang Terbaik daripada SC Magazine Awards UK[4] pada tahun 2016.

Objek Rangkaian Internet (Internet of Things, IoT)[sunting | sunting sumber]

Sejak kemunculan Objek Rangkaian Internet, atau lebih dikenali sebagai IoT, Penta Security memulai penyelidikan dan pengajian sekuriti untuk IoT. Penyelidikan Penta Security meliputi keselamatan dalam kereta pintar dan anti-tiruan untuk mengesah keaslian produk. Solusi sekuriti IoT Penta Security yang pertama dilancarkan pada tahun 2015.

AutoCrypt (Sekuriti untuk Kereta Autonomi)[sunting | sunting sumber]

AutoCrypt merupkan solusi keselamatan untuk kereta pintar dan kereta autonomi. Solusi ini menjaminkan keselamatan dalam beberapa kategori, termasuk kenderaan ke kenderaan (V2V), kenderaan ke infrastuktur (V2I), dan kenderaan ke peranti (V2D). Penggunaan tembok api yang teras untuk solusi ini berasal daripada teknologi WAPPLES, iaitu suatu sistem pengesahan dan enkripsi untuk komunikasi V2X, malah merupai sistem pengurusan kunci bagi menyimpan dan menghasilkan kunci enkripsi serta sistem kekunci umum infrastruktur (PKI), yang digunakan untuk menghasilkan sijil-sijil pengesahan kenderaan.

Penta Smart Factory Security (Keselamatan untuk Kilang Pintar)[sunting | sunting sumber]

Penta Smart Factory Security merupakan solusi untuk kilang pintar yang ditawarkan oleh Penta Security yang membolehkan pengumpulan data dan pengendalian proses dalam persekitaran kilang pintar. Solusi ini meliputi kedua-dua modul enkripsi perkakasan dan perisian bagi melindungi sekuriti titik hujung, termasuk PKI dan pelayan VPN yang dioptimumkan dalam persekitaran IoT.

D’EAL (Pengesahan Keaslian Produk)[sunting | sunting sumber]

D’EAL, pendek untuk D’Amo SEAL, merupakan solusi pencegahan terhadap kerosakan akibat daripada penggunaan produk-produk tiruan. Dengan menggunakan teknologi berasaskan PKI dan perlindungan perkakas duplikasi, solusi D’EAL boleh dilaksanakan dalm teknologi komunikasi wayarles yang berbeza, seperti tag elektronik (dalam bentuk pelekat) atau dimasukkan ke dalam fabrik kain dan logo logam tanpa menjejaskan rekaan jenama sambil memastikan tahap sekuriti yang bermutu.

Pengiktirafan industri[sunting | sunting sumber]

  • 2003, Penta Security dianugerahkan Projek e-Kerajaan oleh perbadaan kerajaan Korea Selatan
  • 2006, D’Amo menerima sijil GS (Good Software) daripada Persatuan Teknologi Telekomunikasi Korea[5].
  • 2007, WAPPLES menerima sijil GS (Good Software) daripada Persatuan Teknologi Telekomunikasi Korea.[6][7]
  • 2008, WAPPLES menerima Anugerah Produk Pintar daripada Persatuan Sistem Maklumat Pinter Korea Selatan
  • 2009, WAPPLES menerima hadiah utama dalam kategori Produk Perisian Baru dari Kementerian Pengetahuan dan Ekonomi Korea Selatan[8]
  • 2009, WAPPLES memperolehi Sijil Pematuhan PCI-DSS ver. 1.2 Keperluan 6.6
  • 2009, Penta Security menerima “Anugerah Perdana Menteri” dalam kategori Pengkomersilan Teknologi Baru dari Kementerian Pengetahuan dan Ekonomi Korea[9]
  • 2010, WAPPLES menerima hadiah utama di Anugerah Perisian Korea ke-9[10]
  • 2010, Seokwoo Lee diberi penghormatan dalam kategori Profesional Keselamatan Maklumat Senior untuk Program Konsortium Keselamatan Sistem Maklumat Antarabangsa (ISC), Program Pencapaian Kepimpinan Keselamatan Maklumat Asia-Pasifik yang Keempat.
  • 2010, WAPPLES memperoleh Logo Perak Bersedia IPv6[11].
  • 2011, Penta Security dijadikan ahli Projek Keselamatan Aplikasi Terbuka Web (OWASP)[12]
  • 2011, solusi keselamatan pangkalan data Penta Security, D’Amo 2.3, menerima sijil SAP[13]
  • 2014, WAPPLES menerima “Aplikasi Web Tembok Api Terbaik” daripada Frost & Sullivan sehingga dua tahun berturut-turut[14]
  • 2015, WAPPLES menerima sijil ICSA Lab WAF[15]
  • 2016, Penta Security menerima gelaran “Vendor Terbaik Sekuriti Siber Asia untuk tahun 2016” oleh Frost & Sullivan

Detik-detik Penta Security[sunting | sunting sumber]

1997

  • Pengasasan Penta Security

1998

  • ISSAC, solusi enkripsi diperkenalkan[16]
  • Siren, sistem pengesahan pencerobohan diperkenalkan
  • Makmal Penyelidikan Penta Security ditubuhkan

1999

2001

  • Penta Security memperkenalkan solusi ISign EAM[17]

2002

  • Penta Security menubuhkan projek PKI dengan kerajaan Korea Selatan[18]

2004

  • D’Amo, solusi sekuriti pangkalan data diperkenalkan[19]
  • D’Amo dijual ke Jepun

2005

  • WAPPLES, produk aplikasi web tembok api Penta Security diperkenalkan

2006

2008

  • D’Amo untuk DB2 diperkenalkan[21]

2009

  • Anak syarikat di Jepun, Penta Security Systems K.K, ditubuhkan[22]

2010

  • WAPPLES v. 3.0 menerima pensijilan Common Criteria[23]

2011

  • WAPPLES V-series, produk aplikasi web tembok api Penta Security berasaakan persekitaran awan, diperkenalkan
  • Solusi PKI, ISign+, diperkenalkan
  • Solusi untuk sekuriti pangkalan data Penta Security, D’Amo 2.3 menerima pensijilan SAP[24]

2012

2013

  • MyDiamo, solusi enkripsi di tahap enjin dilancarkan untuk MySQL dan MariaDB
  • Perkhidmatan pemeriksaan aplikasi web tembok api (Portal Pengurusan WAPPLES) dimulakan
  • Perkhidmatan aplikasi web tembok api untuk awan Jepun WCSP dilancarkan

2014

  • Perolehan teknologi keselamatan komunikasi yang pertama di Korea (Pelaksaan penuh standard IEEE 1609.2 dan penggunaan yang terbaik)
  • Anak syarikat rasmi Amerika Syarikat, Penta Security Systems Corportion ditubuhkan

2015

  • WAPPLES mengetuai pasaran Asia Pasifik untuk tiga tahun berturut-turut[25]
  • WAPPLES menerima Pensijilan WAF ICSA

2016

  • D’EAL (solusi anti-tiruan) dilancarkan
  • Dianugerahkan “Vendor Terbaik Sekuriti Siber Asia untuk tahun 2016” oleh Frost & Sullivan

2017

  • Solusi untuk keselamatan kilang pintar dan pemeteran dimulakan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ https://www.pentasecurity.com/
  2. ^ http://www.bloomberg.com/research/stocks/private/snapshot.asp?privcapId=59268420
  3. ^ http://investing.businessweek.com/research/stocks/private/person.asp?personId=100547890
  4. ^ http://www.prweb.com/releases/2016/06/prweb13478752.htm
  5. ^ http://test.tta.or.kr/research/result/software.jsp?team_cd=S&num=1411
  6. ^ http://test.tta.or.kr/research/result/software.jsp?team_cd=S&num=634
  7. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-27. Dicapai pada 2017-07-24.
  8. ^ http://www.etnews.com/200904290117
  9. ^ http://www.boannews.com/media/view.asp?idx=18449&kind=4
  10. ^ http://www.etnews.com/201002230178
  11. ^ https://www.ipv6ready.org/db/index.php/public/logo/01-000553/
  12. ^ https://www.owasp.org/index.php/Membership
  13. ^ http://www.dt.co.kr/contents.html?article_no=2011102502011374660003
  14. ^ http://www.boannews.com/media/view.asp?idx=41608&kind=3
  15. ^ https://www.icsalabs.com/product/wapples
  16. ^ https://www.pentasecurity.com/company/about-us/awards/
  17. ^ http://news.naver.com/main/read.nhn?mode=LSD&mid=sec&sid1=101&oid=015&aid=0000377525
  18. ^ http://news.naver.com/main/read.nhn?mode=LSD&mid=sec&sid1=105&oid=031&aid=0000008768
  19. ^ http://news.naver.com/main/read.nhn?mode=LSD&mid=sec&sid1=105&oid=030&aid=0000065067
  20. ^ http://www.ddaily.co.kr/news/article.html?no=16665
  21. ^ http://www.dt.co.kr/contents.html?article_no=2008061002010960713005
  22. ^ http://www.dt.co.kr/contents.html?article_no=2009021002010560739002
  23. ^ http://www.boannews.com/media/view.asp?idx=21626&kind=4
  24. ^ http://www.dt.co.kr/contents.html?article_no=2011102502011374660003
  25. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-01. Dicapai pada 2017-07-24.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.