Pentermokawalaturan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pentermokawalaturan (bahasa Inggeris: thermoregulation,[1] juga dikenali sebagai termoregulasi[2]) adalah keupayaan organisma mengekalkan suhu badannya dalam keadaan tertentu meskipun suhu persekitaran sangat berbeza-beza. Organisma ini secara lazimnya hanya menggunakan suhu persekitaran yang sama dengan suhu badannya sendiri, sekaligus mengelakkan keperluan untuk melakukan pentermokawalaturan secara dalaman. Proses pentermokawalaturan dalaman ini adalah satu aspek homeostasis, yakni suatu keadaan kestabilan dinamik dalam keadaan dalaman organisma yang mengekalkan jauh dari keseimbangan terma dengan persekitarannya (kajian proses dalam bidang zoologi ini dikenali sebagai "ekologi fisiologi" atau "fisiologi persekitaran"). Jika badan tidak mampu mengekalkan suhu normal lalu suhu badan tersebut meningkat dengan ketaranya melebihi tahap normal, keadaan yang dikenali sebagai hipertermia berlaku. Bagi manusia, ini berlaku apabila tubuh manusia terdedah kepada suhu yang berterusan kira-kira 55 °C (131 °F) serta pendedahan yang berpanjangan (lebih lama dari beberapa jam) pada suhu ini dan sehingga sekitar 75 °C (167 °F). Manusia juga mungkin mengalami hipertermia yang boleh membawa maut apabila suhu bebuli basah dikekalkan di atas 35 °C (95 °F) selama enam jam.[3] Hipotermia pula berlaku apabila suhu badan menurun di bawah paras normal, di mana mekanisma pengawalan haba homeostatis dalam badan terjejas lalu badan melepaskan haba pada kadar lebih cepat daripada ia menghasilkan habanya sendiri.[4]

Pemerolehan maklumat yang tepat mengenai suhu haiwan hanya dapat boleh dilakukan apabila alat jangka suhu diperkenalkan. Penemuan lanjut turut mendapati bahawa adanya perbezaan suhu tempatan disebabkan pelepasan dan penghasilan suhu yang berbeza-beza pada bahagian badan. Oleh itu, pengenalpastian bahagian badan yang paling hampir dengan suhu organ dalaman amatlah penting untuk tujuan ini. Sukatan juga harus dilakukan pada keadaan yang boleh dibandingkan agar ia seragam dengan hasil berbeza yang diberikan. Rektum secara umumnya merupakan bahagian yang paling boleh dinilai paling dekat dengan suhu dalaman badan, begitu juga dengan alat-alat sulit seperti faraj, uterus atau pundi kencing.[5]

Suhu badan kadangkalanya diukur melalui air kencing yang dinyahtinja dari badan, namun suhu juga biasanya diambil di dalam rongga mulut, ketiak, telinga atau pangkal paha.[6]

Sesetengah spesies haiwan juga menjalani salah satu daripada pelbagai bentuk tidak aktif di mana proses pentermokawalaturan sementara membolehkan suhu badannya menurun dan seterusnya menjimatkan tenaga haiwan tersebut; contohnya termasuk beruang yang berhibernasi dan kelawar.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "'thermoregulation' - Istilah Malaysia". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2017.
  2. ^ "'thermoregulation' - Istilah MABBIM". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2017. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  3. ^ "Global Warming: Future Temperatures Could Exceed Livable Limits, Researchers Find" (dalam bahasa Inggeris). Purdue University. 5 Mei 2010 – melalui ScienceDaily.
  4. ^ "Hypothermia". Mayo Clinic (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 1 Mei 2017.
  5. ^ Chisholm 1911, m/s. 48.
  6. ^ Chisholm 1911, m/s. 49.