Penternakan intensif

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Penternakan intensif, penternakan industri atau penternakan kilang merupakan suatu bentuk pertanian intensif moden yang memaksudkan penternakan haiwan seperti lembu, ayam, dan ikan dalam kepadatan yang lebih tinggi stok kepadatan daripada yang biasa untuk kaedah-kaedah penternakan yang lain, iaitu amalan yang biasa oleh pengusaha niaga tani masa kini.[1][2][3][4] Produk utama industri ini ialah daging, susu dan telur untuk kegunaan manusia.[5] Terdapat isu-isu mengenai sama ada kaedah sebegini mapan dan beretika.[6]

Perkandangan berkepadatan tinggi adalah sebahagian daripada usaha sistematik untuk menghasilkan keluaran tertinggi pada kos terendah dengan bergantung pada ekonomi skala, kejenteraan moden, bioteknologi, dan perdagangan global. Terdapat perbezaan dalam cara amalan teknik penternakan industri di seluruh dunia. Juga terdapat perdebatan yang berpanjangan tentang manfaat, risiko dan persoalan etika bagi penternakan kilang. Antaranya termasuk kecekapan pengeluaran makanan; kebajikan haiwan, sama ada ia penting untuk memberi makan penduduk dunia yang kian bertambah; dan kesan kepada alam sekitar (contohnya pencemaran) dan kesihatan manusia.[7][8][9]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Amalan penternakan industri agak baru dalam perkembangan sejarah pertanian, apalagi hasil daripada penemuan saintifik dan kemajuan teknologi. Inovasi dalam bidang pertanian sejak hujung abad ke-19 rata-ratanya selari dengan perkembangan dalam pengeluaran besar-besaran dalam industri lain yang mencirikan zaman lewat Revolusi Industri. Penemuan vitamin dan peranannya dalam nutrisi haiwan pada dua dekad pertama abad ke-20, membawa kepada suplemen vitamin yang membolehkan ayam untuk diternak di dalam bangunan.[10] Penemuan antibiotik dan vaksin membantu peternakan besar-besaran dengan mengurangkan penyakit. Bahan kimia yang dibangunkan untuk kegunaan dalam Perang Dunia II membuka laluan kepada racun serangga sintetik. Perkembangan dalam rangkaian perkapalan dan teknologi telah memudahkan lagi pengedaran hasil tani jarak jauh.

Pengeluaran pertanian di seluruh tumbuh empat kali ganda dari 1820 hingga 1975 untuk memberi makan satu bilion orang penduduk dunia pada 1800 dan 6.5 bilion orang pada tahun 2002.[11] :29 Dalam tempoh yang sama, bilangan orang yang terlibat dalam pertanian menurun apabila pertanian menjadi lebih automatik. Pada tahun 1930-an, 24 peratus daripada penduduk Amerika bekerja dalam pertanian berbanding 1.5 peratus pada tahun 2002; pada tahun 1940, setiap pekerja ladang membekali 11 orang pengguna, sedangkan pada tahun 2002, setiap pekerja membekali 90 orang. :29

Menurut BBC, zaman pertanian cara kilang per se di Britain bermula pada tahun 1947 apabila Akta Pertanian baharu memberikan subsidi kepada petani untuk menggalakkan peningkatan keluaran dengan memperkenalkan teknologi baharu untuk mengurangkan pergantungan Britain kepada daging import. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mencatatkan bahawa "pengintensifan pengeluaran haiwan dilihat sebagai cara menjamin bekalan makanan."[12] Pada 1966, negara-negara berindustri seperti Amerika Syarikat dan UK memulakan penternakan lembu dan babi secara kilang. Dari Amerika dan Eropah Barat, penternakan kilang telah diglobalkan pada akhir abad ke-20 dan masih lagi meluas dan menganti amalan penternakan lama di semakin banyak negara.[13] Pada 1990, penternakan cara kilang mengeluarkan sebanyak 30% bekalan daging sedunia dan pada 2005 pula meningkat hingga 40%.

Hasil ternak masa kini[sunting | sunting sumber]

Jumlah hasil ternakan negara maju[14][15]

Ladang cara kilang menampung sejumlah besar haiwan seperti lembu, babi mahupun ayam dalam kepadatan tinggi di kawasan tertutup, tersiap sedia dengan bekalan makanan, dengan tujuan menghasilkan kuantiti besar daging, telur atau susu pada kos serendah-rendah yang boleh. Kaedah-kaedah yang digunakan untuk menjaga kesihatan dan meningkatan pengeluaran termasuk penggunaan disinfektan, bahan antikuman, antelmintik, hormon dan vaksin; suplemen protein, mineral dan vitamin; rutin pemeriksaan kesihatan; biosekuriti; kemudahan terkawal iklim dan sebagainya. Kurungan fizikal seperti pagar atau rayapan digunakan untuk mengawal pergerakan atau tindak-tanduk yang tidak dikenendaki. Program pembiakbakaan digunakan untuk menghasilkan haiwan yang tersesuai dengan keadaan terkurung dan dapat membekalkan hasil makanan yang konsisten.[petikan diperlukan]

Amalan penternakan intensif meluas di negara maju. Untuk 2002-2003, FAO menganggarkan 7 peratus daging lembu, 0.8 peratus daging kambing dan biri-biri, 42 peratus daging babi dan 67 peratus daging ayam itik sedunia adalah hasil penternakan industri. Pengeluaran industri dianggarkan mengambil 39 peratus daripada jumlah pengeluaran daging sedunia dan 50 peratus daripada jumlah pengeluaran telur.[16]

Ayam[sunting | sunting sumber]

Balai penternakan ayam pedaging komersial.

Pada mulanya, ayam dipelihara di ladang rumah. Kegunaan utama ayam ialah telur, manakala daging hanya keluaran sampingan. Bekalan ayam kurang daripada permintaan, apalagi ayamnya mahal. Telur boleh diangkut dan disimpan tanpa dipetisejukkan untuk jangka masa yang tertentu sebelum busuk, lebih teruk lagi apabila cuaca panas; demikianlah caranya sebelum peti sejuk laris.

Kawanan ayam lazimnya kecil kerana ayam menyara hidup rata-rata dengan mencari makan dengan sedikit bekalan dedak bijian dan sisa kerja tani lain. Dedak ayam sebegini kurang bekalan, maka kawanan ayam tidaklah besar. Sebaik sahaja pembelaan ayam meraih perhatian penyelidik pertanian (sekitar 1896), kemajuan dalam nutrisi dan pengurusan menjadikan penternakan ayam lebih menguntungkan dan seakan-akan perniagaan.

Sebelum 1910, daging ayam dihidangkan khusus pada hari istimewa. Ayamnya disembelih, dicabut bulu dan diawet di rumah. Ayam siap bungkus belum popular sehingga 1950-an apabila penggunaan peti sejuk dari mula ke hujung serta amalan sanitari meyakinkan pengguna. Sebelum ini, ayam selalu dicuci oleh penjual daging setempat biarpun selalu ada amalan mencuci ayam di rumah.

Umumnya ada dua jenis ayam yang digunakan untuk daging, iaitu:

  • ayam muda (spring chicken): ayam jantan yang dijual muda-muda;
  • ayam pencen (stewing hens), ayam penelur yang sudah mandul.[17]

Pencapaian terulung dalam penternakan ayam abad ke-20 ialah penemuan vitamin D yang membolehkan penternakan berkurung sepanjang tahun. Sebelum ini ayam tidak boleh bermandiri pada musim sejuk kerana kekurangan cahaya matahari (di negara beriklim empat musim), bahkan pengeluaran telur, pengeraman dan pengeluaran daging luar musim semuanya amat sukar, maka penternakan ayam adalah kerja yang bermusim dan mahal. Pengeluaran sepanjang tahun mengurangkan kos, terutamanya ayam pedaging.

Pada masa yang sama, pengeluaran telur ditingkatkan oleh pembiakbakaan saintifik. Setelah beberapa kegagalan, akhirnya kejayaan dipamerkan oleh Profesor Dryden di Oregon Experiment Station.[18]


Kini, pengeluaran telur dijalankan di ladang besar-besar dengan had persekitaran yang terkawal rapi. Ayam-ayam terdedah kepada kitaran cahaya artifisial untuk merangsang pengeluaan telur sepanjang tahun. Juga terdapat amalan menggalakkan ayam untuk bersalin bulu menerusi kawalan bekalan cahaya dan makanan yang rapi untuk meningkatkan lagi saiz dan pengeluaran telur.

Lembu[sunting | sunting sumber]

Lembu diternak untuk daging, hasil tenusu, kulit dan juga menarik kenderaan. Setakat 2009–2010 dianggarkan bahawa terdapat 1.3–1.4 bilion ekor lembu di dunia.[19][20]

Lembu selalu dibela dengan dibiarkan meragut rumput secara berbanyak-banyak di padang ternak. Penternakan lembu sebegini membolehkan penggunaan tanah yang tidak sesuai untuk tanaman secara produkti. Interaksi dengan lembu yang paling umum ialah memberi makan, memandikan dan menyusu. Kerja menternak selalunya melibatkan pemasangan teg di telinga, membuang tanduk, mengangkut, pemeriksaan perubatan, pemvaksinan dan perapian telapuk, di samping latihan untuk pesta tani.

Setelah seekor lembu mencapai takat berat kelayakan sebanyak 650 pound (290 kg), ia dipindahkan dari padang ke fidlot untuk diberi makan campuran makanan khusus yang diperbuat daripada hasil sisa jagung (yang diperoleh daripada penghasilan etanol), barli, dan lain-lain bijian di samping alfalfa dan biji kapas kisar. as well as alfalfa and cottonseed meal. Campuran ini juga mengandungi bahan-bahan pracampur yang terdiri daripada mikroramuan seperti vitamin, zat galian, pengawet kimia, antibiotik, hasil tapai dan lain-lain ramuan asas yang dibeli daripada syarikat pracampur rata-ratanya dalam bungkusan guni untuk diadun ke dalam catuan komersial. Disebabkan keterdapatan produk-produk ini, penternak yang menggunakan bijian sendiri boleh merumuskan catuan sendiri dan terjamin bahawa lembunya akan mendapat tahap zat galian dan vitamin yang diperlukan. Lembu di UK rata-rata diberi makan rumput dengan bahan tambahan yang kadang-kadang seperti zat galian.[21]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sources discussing "intensive farming", "intensive agriculture" or "factory farming":
  2. ^ Sources discussing "industrial farming" , "industrial agriculture" and "factory farming":
  3. ^ "EU tackles BSE crisis", BBC News, November 29, 2000.
  4. ^ "Is factory farming really cheaper?" in New Scientist, Institution of Electrical Engineers, New Science Publications, University of Michigan, 1971, p. 12.
  5. ^ Danielle Nierenberg (2005) Happier Meals: Rethinking the Global Meat Industry.
  6. ^ Petikan kosong (bantuan) 
  7. ^ Petikan kosong (bantuan) 
  8. ^ Petikan kosong (bantuan) 
  9. ^ Rebuilding Agriculture – EPA of UK
  10. ^ John Steele Gordon (1996) "The Chicken Story", American Heritage, September 1996: 52–67
  11. ^ Matthew Scully Dominion: The Power of Man, the Suffering of Animals, and the Call to Mercy Macmillan, 2002
  12. ^ "The History of Factory Farming", United Nations.
  13. ^ Danielle Nierenburg (2005) Happier Meals: Rethinking the Global Meat Industry.
  14. ^ Meat Atlas 2014 – Facts and figures about the animals we eat , page 20, download Meat Atlas as pdf
  15. ^ OECD, Agricultural Policy Monitoring and Evaluation 2013, 2013, p. 317, table: "OECD: Producer Single Commodity Transfers (USD)"
  16. ^ FAO. 2007.
  17. ^ "The Dollar Hen", Milo Hastings, (1909)
  18. ^ Dryden, James.
  19. ^ Petikan kosong (bantuan) 
  20. ^ Petikan kosong (bantuan) 
  21. ^ R. A. Zinn, University of California, Davis, A Guide to Feed Mixing