Penternakan unggas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Penternakan unggas ialah usaha membesarkan unggas seperti ayam, ayam belanda, itik, dan angsa dengan tujuan terutamanya memperoleh daging dan telur, dan di samping itu juga bulu dan tinja. Lebih daripada 50 bilion ayam dipelihara setiap tahun sebagai sumber daging dan telur. Ayam yang dipelihara untuk menghasilkan telur dipanggil ayam penelur, manakala ayam yang dibesarkan untuk menghasilkan daging dipanggil ayam pedaging.[1] Pada tahun 2011, jumlah pengeluaran telur ayam sedunia mencapai 65,181,280 metrik tan dengan nilai yang hampir mencapai US$ 54 bilion.[2] Manakala pengeluaran daging ayam mencapai 90,001,779 tan metrik dengan nilai mencapai US$ 128 bilion.[2]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Petikan kosong (bantuan) 
  2. ^ a b FAO Stat 2011