Penunggu Istana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Penunggu Istana
PenungguIstana01.jpg
PengarahWan Hasliza
PenerbitAhmad Puad Onah
Rosihan Zain
PenulisWan Hasliza
Dibintangi olehTaqim Zaki
Sara Ali
Nor Zafirah Abd Rahim
Amar Asyraf
Nadzirah Ahmad Nadzri
PengedarPrimeworks Studios
Mula ditayangkan
21 April 2011
Tempoh tayangan
90 minit
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu
PerbelanjaanRM 0.60 juta[1]
Pecah panggungRM 0.89 juta

Penunggu Istana merupakan sebuah filem genre seram yang diterbitkan pada 21 April 2011 di Malaysia. Hampir 90% sesi pengambaran filem ini dan jalan cerita mengenainya mengisahkan kisah paranormal yang dikatakan berlaku di Istana Billah, Pekan Papan, Perak.

Pengarah[sunting | sunting sumber]

  • Wan Hasliza

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Pada Februari 2009, kru sebuah produksi TV yang menjalani penggambaran untuk siri drama Warkah Terakhir mengalami pengalaman yang ngeri dan dahsyat.

Mendengar cerita ini, kumpulan Seekers membuat keputusan untuk kembali ke tempat misteri itu bagi menyiasat perkara sebenarnya yang berlaku dan bekerjasama dengan Wan Hasliza (pengarah drama Warkah Terakhir).

Mereka bermalam di istana yang sunyi dan menyeramkan itu selama tujuh hari berturut-turut dengan harapan dapat menemui bukti kewujudan kuasa misteri. Segala tindak balas atau perkara yang berlaku ketika penyiasatan ini dirakamkan sendiri oleh Wan Hasliza.

Sesetengah kejadian yang berlaku boleh diklasifikasikan sebagai gangguan biasa seperti keadaan istana yang sudah begitu usang menghasilkan gema yang menyeramkan atau bunyi angin melalui atap bumbung yang sudah rosak. Tetapi mereka akhirnya menyedari mereka tidak berseorangan, malah ditemani oleh penghuni yang lama menetap di istana itu – sejak hari pertama mereka di situ.

Melalui temubual, kamera yang digunakan dalam penyiasatan dan alat-alat khas yang lain, terdapat imej yang ganjil dan menyeramkan ditemui di sebalik misteri tinggalan istana lama ini. (Berita Harian, 2011)

Petikan di atas adalah rentetan peristiwa bagaimana sekumpulan pelajar ASWARA berani untuk turun membuat penggambaran di sebuah rumah agam (Rumah Besar) usang yakni Istana Billah di Pekan Papan, Perak Darul Ridzuan. Kisah bermula apabila Mus dan Amar perlu menyiapkan tugasan untuk kursus mereka. Mereka dibantu Sara, Yaya, dan Fira ke Papan, Perak untuk membuat kajian akademik di Istana Billah. Mereka turut dibantu oleh Uncle Seekers dan pembantunya.

Dua hari mereka di sana, mereka telah mendapat satu footage tingkap tertutup. Tetapi, Mus tidak berpuas hati dan membuat keputusan untuk terus berada di sana dan merancang untuk mereka cerita agar kelihatan lebih menakutkan. Semasa membuat lakonan, mereka dikejutkan dengan topeng yang jatuh dari atas meja.

Hari berikutnya mereka menggunakan kemenyan dan tuala wanita yang kotor untuk menyeru penuggu istana tersebut. Pada sebelah malamnya, Amar dimasuki penuggu tersebut. Selang beberapa malam kemudian, Amar sekali lagi dimasuki penunggu tersebut dan bertindak membunuh Mus dan Fira. Cuma Sarah yang terselamat.

Cerita terbitan Primeworks Studios ini merupakan percubaan berani oleh penerbit eksekutifnya, Tengku Iesta Tengku Alaudin dalam menerbitkan cerita seram yang lain daripada filem-filem seram sedia ada.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2011, Finas.gov.my. Dicapai pada 18 Januari 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]