Penyahgaraman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Penyahmasinan)
Lompat ke: pandu arah, cari
Rencana ini ialah mengenai pembuangan garam daripada air. Untuk penyahgaraman tanih, sila lihat Kawalan kemasinan tanih.

Templat:Penyahgaraman Penyahgaraman, penyahmasinan, desalinasi, atau desalinisasi merujuk mana-mana daripada beberapa proses yang membuang sesetengah amaun garam dan galian lain daripada air masin. Lebih pada am, penyahgaraman juga merujuk pembuangan garam dan galian,[1] seperti dalam penyahgaraman tanih.[2]

Air garam dinyahgaramkan untuk menghasilkan air tawar yang sesuai untuk peminuman oleh manusia atau pengairan. Satu hasil sampingan berpotensi bagi penyahgaraman ialah garam. Penyahgaraman digunakan di atas banyak kapal laut dan kapal selam. Kebanyakan minat moden dalam penyahgaraman berfokuskan pemajuan cara efektif kos bagi penyediaan air tawar untuk kegunaan manusia. Bersama engan air sisa terkitar semula, ini merupakan salah satu daripada hanya beberapa sumber air tidak bersandarkan curahan hujan.[3]

Oleh sebab penggunaan tenaga agak tinggi, kos penyahgaraman air laut pada amnya adalah lebih tinggi daripada sumber alternatif (air tawar daripada sungai atau air tanah, kitar semula air dan pemuliharaan air(, tetapi sumber alternatif tidak sentiasa tersedia.

Penyahgaraman terutamanya relevan di negara kering seperti Australia, yang secara tradisionalnya telah bergantung pada pengumpulan curahan hujan di belakang empangan untuk menYEdiakan bekalan air minuman mereka. Menurut Persatuan Penyahgaraman Antarabangsa, pada Jun 2011, 15,988 buah loji penyahgaraman beroperasi di seluruh dunia, menghasilkan 66.5 juta meter padu sehari, menyediakan air untuk 300 juta orang.[4] Pengeluaran dijangkakan mencapai 120 juta m3 menjelang 2020; kira-kira 40 juta m3 dirancangkan untuk Timur Tengah.[5] Loji penyahgaraman terbesar di dunia ialah Loji Penyahgaraman Gunung Ali (Fasa 2) di Emiriah Arab Bersatu.[6] Peratusan terbesar air ternyahgaram digunakan di mana-mana negara adalah di Israel, uang mengeluarkan 50% daripada kegunaan air dalam negerinya daripada penyahgaraman air laut[7]

Skematik penyahgaram pancaran berbilang peringkat
A – wap masuk
B – air laut masuk
C – air boleh minum keluar
D – sisa keluar
E – wap keluar
F – pertukaran haba
G – pengumpulan kondensasi
H – pemanas air garam.
Pelan loji penyahgaraman osmosis berbalik tipikal.

Templat:Toclimit

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Desalination" (definition), The American Heritage Science Dictionary, Houghton Mifflin Company, melalui dictionary.com. Dicapai pada 19 Ogos 2007.
  2. ^ "Australia Aids China In Water Management Project." People's Daily Online, 3 Ogos 2001, melalui english.people.com.cn. Dicapai pada 19 Ogos 2007.
  3. ^ Fischetti, Mark (September 2007). "Fresh from the Sea". Scientific American. 297 (3): 118–119. doi:10.1038/scientificamerican0907-118. PMID 17784633. 
  4. ^ Lisa Henthorne (Jun 2012). "The Current State of Desalination". Persatuan Penyahgaraman Antarabangsa. Dicapai pada 2012. 
  5. ^ Opportunities aplenty | H2O Middle East. H2ome.net (6 Februari 2012). Dicapai pada 14 Mei 2012.
  6. ^ "Dubai opens UAE's largest desalination plant". April 2013. Dicapai pada 7 Julai 2013. 
  7. ^ [1], Julia Pyper, EENews, Israel is creating a water surplus using desalination

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Rencana[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]