Penyahpekaan (psikologi)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Penyahpekaan (psikologi)
Intervensi
MeSHD003887

Dalam ilmu psikologi, penyahpekaan bermaksud pengurangan keupayaan bertindak balas emosi terhadap suatu perangsang yang negatif atau aversif setelah pendedahan berulang kali. Ia juga berlaku apabila tindak balas emosi dicetuskan berulang kali dalam situasi yang mana kecenderungan tindakan yang dikaitkan dengan emosi itu terbukti tidak relevan atau tidak perlu. Penyahpekaan merupakan proses yang digunakan terutamanya untuk membantu individu dalam mengikis fobia dan keresahan, dan dimajukan oleh ahli psikologi Mary Cover Jones.[1][2] Joseph Wolpe (1958) mencipta satu kaedah tatatingkat keresahan yang membangkitkan perangsang mengikut turutan keamatan yang membolehkan individu untuk menjalani penerimaan.[3] Walaupun terdapat ubat-ubatan untuk individu yang mengalami keresahan, ketakutan atau fobia, namun bukti empirik menyokong penyahpekaan dengan kadar penyembuhan yang tinggi, terutamanya bagi mereka yang menderita akibat kemurungan atau skizofrenia.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Stolerman, Ian (2010). Encyclopedia of Psychopharmacology. Berlin Heidelberg: Springer.
  2. ^ T.L. Brink (2008) Psychology: A Student Friendly Approach. "Unit 6: Learning." pp. 101 [1]
  3. ^ Coon (2008). Psychology: A Journey. USA: Thomson Wadsworth Corporation.
  4. ^ Nemeroff, C.B. (2001). The Corsini Encyclopedia of Psychology and Behavioral Science. Canada: John Wiley & Sons.