Penyakit anjing gila pada haiwan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Penyakit anjing gila atau rabies ialah penyakit neuroinvasif zoonosis virus yang menyebabkan keradangan pada otak dan biasanya membawa maut. Penyakit anjing gila terutamanya menjejaskan mamalia dan disebabkan oleh virus penyakit anjing gila. Haiwan dengan penyakit anjing gila mengalami kemerosotan otak dan cenderung untuk bertingkah laku pelik dan kerap dengan langsang, meningkatkan peluang bahawa ia akan menggigit haiwan atau orang lain dan memindahkan penyakit berkenaan.

Peringkat penyakit[sunting | sunting sumber]

Tiga peringkat penyakit anjing gila yang diiktiraf pada anjing dan haiwan lain.

  1. Peringkat pertama ialah tempoh masa satu hari hingga tiga hari bercirikan perubahan tingkah laku dan dikenali sebagai peringkat prodom.
  2. Peringkat kedua ialah peringkat mengujakan, yang berlangsung selama tiga hingga empat hair. Ini ialah peringkata yang kerap dikenali sebagai penyakit anjing gila meradang kerana kecenderungan haiwan terjejas untuk menjadi hiperreaktif terhadap rangsangan luaran dan menggigit apa-apa yang dekat.
  3. Peringkat ketiga ialah peringkat kelumpuhan dan disebabkan oleh kerosakan pada neuron motor. Ketidakselarasan terlihat kerana kelumpuhan anggotaa belakang dan pelelehan dan kesukaran untuk menelan disebabkan oleh kelumpuhan otot muka dan tekak. Ini melumpuhkan kebolehan mangsa untuk menelan, yang menyebabkan air liur melimpah dari mulut juga sebab gigitan ialah cara paling jelas untuk jangkitan merebak kerana virusnya paling tertumpu di tekak dan pipi menyebabkan kontaminasi besar terhadap air liur. Kematian biasanya disebabkan oleh henti nafas.[1]

Pengangkutan haiwan peliharaan di antara negara[sunting | sunting sumber]

Tanda di pelabuhan di United Kingdom menunjukkan tindakan pencegahan penyakit anjing gila ditujukan kepada kelasi saudagar.

Penyakit anjing gila adalah endemik di kebanyakan bahagian dunia, dan salah satu sebab yang diberikan untuk tempoh kuarantin dalam pengangkutan haiwan antarabangsa adalah untuk mencuba untuk tidak membenarkan kemasukan penyakit berkenaan ke rantau yang tidak terjangkit. Walau bagaimanapun, kebanyakan negara maju, dimulakan oleh Sweden[perlu rujukan], kini membenarkan perjalanan tidak terhalang antara wilayahnya untuk haiwan peliharaan yang telah menunjukkan gerak balas imun yang secukupnya terhadap pemvaksinan penyakit anjing gila.

Negara sedemikian boleh mengehadkan pergerakan kepada haiwan dari negara yang menganggap penyakit anjing gila berada di bawah kawalan pada haiwan peliharan. Ada beberapa senarai negara sedemikian. United Kingdom telah mengembangkan senarai, dan Perancis mempunyai senarai yang agak berbeza, dikatakan berdasarkan senarai Jabatan Epizootik Antarabangsa (OIE).[perlu rujukan] Kesatuan Eropah telah menyelaraskan senarai. Tiada senarai negara bebas penyakit anjing gila yang tersedia daripada OIE.Templat:Atau

Pada tahun baru-baru ini, penyakit anjing gila pada anjing boleh dikatakan telah dihapuskan di Amerika Utara dan Eropah kerana keperluan pemvaksinan wajib yang meluas dan kerap.[perlu rujukan] Walau bagaimanapun, ini masih merupakan masalah ketara di Afrika, Timur Tengah, Amerika Latin, dan Asia.[2] Anjing dianggap sebagai takungan utama untuk penyakit anjing gila di negara membangun.[3]

Walau bagaimanapun, penyebaran penyakit anjing gila baru-baru ini di Amerika Syarikat timur laut dan lanjut boleh menyebabkan penguatan semula pengawasan melawan pergerakan haiwan yang mungkin berpenyakit anjing gila di antara negara maju.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ettinger, Stephen J.;Feldman, Edward C. (1995). Textbook of Veterinary Internal Medicine (ed. 4). W.B. Saunders Company. ISBN 0-7216-6795-3.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  2. ^ "Rabies:Introduction". Buku Panduan Veterinar Merck. 2006. Dicapai pada 14 Ogos 2007.
  3. ^ Rupprecht, Charles E. (2007). "Prevention of Specific Infectious Diseases: Rabies". Traveler's Health:Yellow Book. Pusat untuk Kawalan dan Pencegahan Penyakit. Dicapai pada 14 Ogos 2007.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Baynard, Ashley C. et al. (2011). "Bats and Lyssaviruses." In: Advances in VIRUS RESEARCH VOLUME 79. Research Advances in Rabies. Disunting oleh Alan C. Jackson. Elsevier. ISBN 978-0-12-387040-7.
  • Goodwin G. G., and A. M. Greenhall. 1961. "A review of the bats of Trinidad and Tobago." Buletin Muzium Sejarah Semula Jadi Amerika Syarikat, 122.
  • Joseph Lennox Pawan (1936). "Transmission of the Paralytic Rabies in Trinidad of the Vampire Bat: Desmodus rotundus murinus Wagner, 1840." Annual Tropical Medicine and Parasitol, 30, 8 April 1936, pp. 137–156.