Penyakit karang berbatu kehilangan tisu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Karang otak terjejas oleh PKBKT.
Karang tanduk elk tampaknya lali terhadap PKBKT.

Penyakit karang berbatu kehilangan tisu (PKBKT) ialah penyakit karang laut yang pertama kali muncul di pantai tenggara Florida pada tahun 2014. Ia asalnya digambarkan sebagai penyakit wabak putih.[1] Menjelang 2019 ia telah merebak di sepanjang Florida Keys dan telah muncul di tempat lain di Laut Caribbean. Penyakit ini memusnahkan tisu lembut sekurang-kurangnya 22 spesies karang pembentuk terumbu,[2] membunuh mereka dalam beberapa minggu atau bulan selepas dijangkiti. Agen penyebabnya tidak diketahui tetapi disyaki sebagai sesuatu bakteria, walaupun kajian lebih baru mencadangkan virus sebagai penyebabnya. Tahap kerentanan karang, gejala, dan kadar perkembangan penyakit berbeza-beza antara spesies.[3] Oleh kerana penyebarannya yang pantas, kadar kematian yang tinggi, dan kekurangan penurunan, ia telah dianggap sebagai penyakit karang laut paling membawa maut yang pernah direkodkan, dengan implikasi yang meluas untuk kepelbagaian biologi terumbu karang Caribbean.[4]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penyakit ini mula-mula dikesan pada akhir 2014 apabila beberapa karang laut terjejas di Virginia Key, Mukim Miami-Dade, Florida. Menjelang tahun berikutnya, penyakit tersebut telah merebak dan berlanjutan dari Pantai Pompano ke Taman Negara Biscayne. Pada tahun 2016 ia mencapai Mukim Palm Beach, Florida, dan hulu Florida Keys, dan pada tahun berikutnya di hilir Florida Keys. Menjelang Ogos 2018, penyakit itu telah merebak ke lebih 150 bt2 (388 km2) bahagian laut, dan hampir separuh spesies karang laut yang tumbuh di Kawasan Terumbu Florida telah terjejas.[5] Menjelang Januari 2019 ia telah dilaporkan di Jamaica, Caribbean Mexico, Sint Maarten, dan Saint Thomas, US Virgin Islands.[3]

Satu kajian pada 2021 mencadangkan bahawa penyebaran penyakit itu berkemungkinan dimangkinkan oleh air balast dari kapal, disebabkan beberapa kes penyakit itu merentas arus ke arah bertentangan aliran. [6]

Gejala[sunting | sunting sumber]

Gejala penyakit ini agak berbeza-beza, dan mungkin sukar untuk dibezakan daripada penyakit karang laut yang lain. PKBKT menjelma sebagai lesi yang berkembang pesat pada karang.[7] Kadangkala jangkitan menyebabkan tompok-tompok yang memancar ke luar dan bergabung. Karang kecil mungkin mati dalam beberapa minggu manakala karang yang lebih besar boleh bertahan selama berbulan-bulan atau bahkan satu atau dua tahun.[3]

Penyelidikan[sunting | sunting sumber]

Ini merupakan penyakit karang laut yang sangat bahaya dengan kadar kematian karang laut antara 66 hingga 100%. Walaupun punca penyakit itu masih belum diketahui, bukti menunjukkan bahawa patogen bakteria disebarkan samada melalui sentuhan atau melalui pergerakan air. Tidak semua karang laut terdedah kepada penyakit ini, dengan karang tanduk rusa (Acropora cervicornis) dan karang tanduk elk (Acropora palmata), kedua-duanya terancam genting, kelihatan lali.[5]

Kajian 2021 oleh Suruhanjaya Pemuliharaan Ikan dan Hidupan Liar Florida dan Tinjauan Geologi A.S. yang melibatkan mikroskop elektron karang laut yang dijangkiti menunjukkan bahawa PKBKT mungkin bukan disebabkan agen bakteria seperti yang difikirkan sebelum ini, sebaliknya disebabkan virus yang menjejaskan zooxanthellae karang dan membawa kepada kematian sel perumah. Dalam karang yang berpenyakit, tiada patologi dicatatkan dalam sel perumah karang selain daripada lisis, manakala zooxanthellae memaparkan patologi kloroplas dan virus RNA untaian tunggal berpotensi serupa dengan yang terdapat dalam virus tumbuhan. Ini mungkin menjelaskan mengapa pes amoksisilin, satu-satunya kaedah rawatan berkesan yang diketahui, menyekat pertumbuhan lesi baru tetapi tidak menghalang belur baharu membentuk. Memandangkan amoksisilin ditujukan untuk bakteria, penindasan jelasnya terhadap belur PKBKT mungkin merupakan kesan sampingan yang tidak diingini yang menjejaskan virus dan bukannya penindasan sebenar agen bakteria.[8][9]

Kerentanan[sunting | sunting sumber]

Spesies pertama yang biasanya dijangkiti di terumbu ialah karang meandroid seperti karang tiang (Dendrogyra cylindrus), karang bintang bujur (Dichocoenia stokes), karang bunga halus(Eusmilia fastigiata), dan karang maze (Meandrina spp.). Spesies rentan lain termasuklah karang otak bongkah (Colpophyllia natans), karang otak beralur(Diploria labyrinthiformis), karang seliratan (Meandrina meandrites), karang otak pinang (Pseudodiploria strigosa) dan karang otak berbonjol (Pseudodiploria clivosa).[10] Populasi karang tiang di Florida yang genetiknya terlain telah pupus di alam liar, dan kini hanya bertahan dalam kurungan.[11]

Ujikajian makmal terhad menunjukkan bahawa spesies karang Indo-Pasifik juga mungkin rentan terhadap penyakit ini kerana kebanyakannya adalah daripada kumpulan yang sama yang terdapat di Caribbean, yang boleh membawa akibat teruk jika penyakit itu sampai ke Indo-Pasifik melalui Terusan Panama.[12][13] Sebaliknya, kajian lain mencadangkan bahawa jika PKBKT berasal dari virus, klad zooxanthellae yang mendiami Caribbean mungkin rentan khusus kepadanya, berbeza dengan Indo-Pasifik, yang didominasi oleh klad zooxanthellae yang berbeza dan tidak menerima penyakit karang laut yang teruk.[9]

Pemuliharaan[sunting | sunting sumber]

Disebabkan kesan penyakit yang meluas, banyak spesies karang laut liar yang mudah dijangkiti telah diserpihkan untuk dibawa ke dalam kurungan di seluruh Amerika Syarikat untuk tujuan pemuliharaan, pembiakbakaan kurungan, dan pembiakbakaan terpilih, sehingga samada keadaan bertambah baik atau karang kurungan memperoleh daya tahan terhadap penyakit tersebut.[14]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Precht, William F.; Gintert, Brooke E.; Robbart, Martha L.; Fura, Ryan; van Woesik, Robert (2016-08-10). "Unprecedented Disease-Related Coral Mortality in Southeastern Florida". Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). 6 (1): 31374. Bibcode:2016NatSR...631374P. doi:10.1038/srep31374. ISSN 2045-2322. PMC 4979204. PMID 27506875.
  2. ^ Meiling, Sonora S.; Muller, Erinn M.; Lasseigne, Danielle; Rossin, Ashley; Veglia, Alex J.; MacKnight, Nicholas; Dimos, Bradford; Huntley, Naomi; Correa, Adrienne M. S. (2021). "Variable Species Responses to Experimental Stony Coral Tissue Loss Disease (SCTLD) Exposure". Frontiers in Marine Science (dalam bahasa English). 8. doi:10.3389/fmars.2021.670829. ISSN 2296-7745. |hdl-access= requires |hdl= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ a b c "Florida Reef Tract Coral Disease Outbreak: Disease". Florida Keys National Marine Sanctuary. NOAA. Dicapai pada 15 May 2019.
  4. ^ Trinidad, Jewel Fraser in Port-of-Spain (2021-07-22). "Deadly coral disease sweeping Caribbean linked to water from ships". the Guardian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-09-07.
  5. ^ a b Weinberg, Elizabeth (1 August 2018). "Scientists work together to solve a coral disease mystery in Florida Keys National Marine Sanctuary". National Marine Sanctuaries. Dicapai pada 15 May 2019.
  6. ^ Dahlgren, Craig; Pizarro, Valeria; Sherman, Krista; Greene, William; Oliver, Joseph (2021). "Spatial and Temporal Patterns of Stony Coral Tissue Loss Disease Outbreaks in The Bahamas". Frontiers in Marine Science (dalam bahasa English). 8. doi:10.3389/fmars.2021.682114. ISSN 2296-7745.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ SCTLD Case Definition (2018). Florida Coral Disease Response Research & Epidemiology Team. Available online at: https://floridadep.gov/sites/default/ files/Copy%20of%20StonyCoralTissueLossDisease_CaseDefinition%20final% 2010022018.pdf (accessed October 6, 2020).
  8. ^ Connolly, Norma (2021-08-13). "Research sheds new light on stony coral disease". Cayman Compass (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-09-07.
  9. ^ a b Work, Thierry M. (June 15, 2021). "Final report on electron microscopy of Florida corals affected with stony coral tissue loss disease (SCTLD)" (PDF).
  10. ^ "Stony coral tissue loss disease". International Coral Reef Initiative. Dicapai pada 15 May 2019.
  11. ^ Jones, Nicholas P.; Kabay, Lystina; Semon Lunz, Kathleen; Gilliam, David S. (2021-07-08). "Temperature stress and disease drives the extirpation of the threatened pillar coral, Dendrogyra cylindrus, in southeast Florida". Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). 11 (1): 14113. Bibcode:2021NatSR..1114113J. doi:10.1038/s41598-021-93111-0. ISSN 2045-2322. PMC 8266880. PMID 34238939.
  12. ^ "This Deadly Coral Disease Is Threatening More Than Just Reefs". Bloomberg.com (dalam bahasa Inggeris). 2021-06-03. Dicapai pada 2021-09-07.
  13. ^ US Department of Commerce, National Oceanic and Atmospheric Administration. "NOAA Coral Reef Conservation Program - Guam Green Growth Initiative (G3)". coralreef.noaa.gov (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-09-07.
  14. ^ Tomassoni, Teresa. "The race to rescue Florida's diseased corals". Washington Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-09-07.

Templat:Corals