Penyatuan Bulgaria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sebuah peta Prinsipaliti Bulgaria dan Rumelia Timur sebelum penyatuan.

Penyatuan Bulgaria (Bahasa Bulgaria: Съединение на България, Saedinenie na Balgariya) merupakan tindakan penyatuan Prinsipaliti Bulgaria dengan wilayah di Rumelia Timur pada musim luruh 1885.[1][2] Ia telah diselaraskan secara bersama oleh Jawatankuasa Revolusi Pusat Rahsia Bulgaria (BSCRC). Kedua-duanya merupakan sebahagian daripada empayar Uthmaniyah, tetapi Prinsipaliti berfungsi secara de facto bebas sementara Rumelia Timur merupakan wilayah autonomi dengan kehadiran pihak Uthmaniyah. Penyatuan ini dilengkapkan selepas pemberontakan di bandar-bandar Rumelia Timur, diikuti dengan satu rampasan kuasa pada 18 September [G.L.: 6 September] 1885 yang disokong oleh Knyaz Bulgaria, Alexander I. BSCRC, yang diasaskan oleh Zahari Stoyanov, mula mempopularkan idea penyatuan secara aktif dengan menggunakan akhbar dan tunjuk perasaan awam pada musim bunga 1885.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Perang Rusia-Turki (1877–1878) ke-10 tamat dengan Perjanjian San Stefano ditandatangani, yang mana menyaksikan kehilangan besar wilayah empayar Uthmaniyah. Bulgaria muncul kembali selepas 482 tahun pemerintahan oleh kuasa asing, meskipun wujud sebagai sebuah Prinsipaliti di bawah kekuasaan Uthmaniyah.

Para diplomat Rusia mengetahui bahawa Bulgaria tidak akan kekal di dalam sempadan-sempadan ini untuk jangka masa yang lama — perjanjian San Stefano dikenali sebagai "permulaan" oleh pihak Rusia sendiri. Kongres Berlin yang bermula pada 13 June [G.L.: 1 June] 1878 dan berkahir pada 13 July [G.L.: 1 July] 1878 dengan Perjanjian Berlin yang mana mengasaskan sebuah negara lindungan Bulgaria di wilayah yang terletak antara Balkan dan Danube. Kawasan antara Pergunungan Balkan dan Pergunungan Rila dan Rhodope menjadi sebuah wilayah autonomi Uthmaniyyah yang dikenali sebagai Rumelia Timur. Pemisahan selatan Bulgaria kepada wilayah pentadbiran yang berbeza merupakan satu jaminan untuk mengendurkan kegusaran yang ditunjukan oleh Great Britain dan Austria-Hungary bahawa Bulgaria akan mendapat akses ke Laut Aegean, yang mana secara logik bermakna Rusia akan mendekati Mediterranean.

Bahagian ketiga terbesar dalam San Stefano Bulgaria — iaitu Macedonia — tidak mendapat sedikitpun kebebasannya, apabila ia kekal berada di dalam wilayah Uthmaniyah sepertimana sebelum perang tercetus.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Chisholm, Hugh, penyunting (1911). "Bulgaria/History" . Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press.
  2. ^ Anderson, Frank Maloy; Hershey, Amos Shartle (1918). "The Bulgarian Revolution of 1885". Handbook for the Diplomatic History of Europe, Asia, and Africa 1870-1914. Washington, DC: National Board for Historical Service, Government Printing Office. m/s. 119–122. Unknown parameter |chapterurl= ignored (bantuan); |access-date= requires |url= (bantuan)

Rujukan[sunting | sunting sumber]