Penyatuan semula Korea

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Penyatuan semula Korea
Bendera Penyatuan Semula Korea
Nama Korea
Hangul통일
Hanja統一
Perumian SemakanTong(-)il
McCune–ReischauerT'ongil

Penyatuan semula Korea merujuk kepada penyatuan semula yang berkemungkinan antara Republik Demokratik Rakyat Korea (dikenali sebagai Korea Utara), Republik Korea (dikenali sebagai Korea Selatan), dan Zon Bebas Tentera antara dua negara tersebut di bawah satu pemerintah pada masa hadapan. Proses ke arah penyatuan semula ini dimulakan dengan Pengisytiharan Bersama Utara–Selatan 15 Jun pada bulan Jun 2000, di mana kedua-dua negara terbabit bersetuju bekerja ke arah penyatuan semula yang aman pada masa depan. Namun begitu, proses ini telah menemui banyak masalah yang disebabkan oleh ketegangan yang berterusan antara dua negara ini yang menjadi semakin berbeza dari segi politik dan ekonominya sejak pemisahan Korea pada tahun 1940-an.

Pembahagian[sunting | sunting sumber]

Pembahagian semasa Semenanjung Korea merupakan hasil keputusan yang diambil pada akhir Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1910, Empayar Jepun menjajah Korea dan memerintah kawasan tersebut sehingga kekalahannya dalam Perang Dunia Kedua. Perjanjian kemerdekaan Korea dirasmikan pada 1 Disember 1943, ketika Amerika Syarikat, China dan Great Britain menandatangani Persidangan Kaherah yang menyatakan: "Tiga kuasa yang tersebut dahulunya menyedari akan perhambaan orang Korea tekad bahawa Korea akan menjadi bebas dan merdeka 'apabila tiba masanya'". Pada tahun 1945, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu membangunkan rancangan pentadbiran peramanahan Korea.[1]

Pembahagian semenanjung ini kepada dua zon pendudukan tentera dipersetujui, di mana zon utara dan selatan masing-masing diberikan kepada Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat. Pada tengah malam 10 Ogos 1945, dua orang leftenan kolonel dari kedua-dua pihak memilih selarian ke-38 sebagai garis pemisah. Tentera Jepun sebelah utara sempadan ini sepatutnya menyerah diri kepada Kesatuan Soviet manakala tentera di sebelah selatan sempadan akan menyerah diri kepada Amerika Syarikat. Pembahagian ini pada asalnya tidak bertujuan untuk tahan lama, namun politik Perang Dingin mengakibatkan pembentukan dua pemerintah berasingan dalam dua zon pada tahun 1948 dan ketegangan antara dua pemerintah yang semakin meningkat menghalang kerjasama yang berikutan. Keinginan ramai orang Korea ke arah penyatuan semula negara mereka secara aman berakhir saat tercetusnya Perang Korea pada tahun 1950.[2] Pada Jun 1950, tentera Korea Utara menyerang Korea Selatan. Mao Zedong menggalakkan konfrontasi dengan Amerika Syarikat[3] dan Joseph Stalin menyokong penjajahan tersebut dengan berat hatinya.[4] Selepas tiga tahun pertempuran yang melibatkan kedua-dua negara Korea, China dan pasukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pimpinan Amerika Syarikat, perang ini berakhir oleh suatu perjanjian gencatan senjata di kira-kira sempadan yang sama.

Pasca-Perang Korea[sunting | sunting sumber]

Walaupun pemerintah Korea Utara dan Korea Selatan sekarang merupakan entiti yang berasingan secara politik, kedua-dua pemerintah ini telah mengisytiharkan pemulihan semula Korea sebagai satu negara seperti gol. Selepas "Kejutan Nixon" pada tahun 1971 yang membawa kepada hubungan détente antara Amerika Syarikat dan China, pemerintah Korea Utara dan Selatan membuat sebuah kenyataan bersama pada 4 Julai 1972 bahawa seorang wakil setiap pemerintah secara diam-diamnya telah mengunjungi ibu kota negara yang berlawanan dan bahawa kedua-dua belah pihak bersetuju ke arah sebuah Amanat Bersama Utara-Selatan yang menggariskan langkah-langkah harus terhadap penyatuan semula Korea:

  1. Penyatuan akan dicapai melalui usaha bebas sendiri tanpa paksaan atau gangguan luar
  2. Penyatuan akan dicapai melalui cara yang aman, dan tidak melalui penggunaan kekerasan terhadap satu sama lain.
  3. Sebagai sebuah bangsa yang sama jenis (homogenous), sebuah perpaduan yang besar akan dicari secara utamanya merentasi perbezaan idea, ideologi, dan sistem
  4. Dalam usaha untuk meredakan ketegangan, serta menzahirkan suasana saling percaya antara Selatan dan Utara, kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk tidak memfitnah atau menghina satu sama lain, tidak menjalankan provokasi bersenjata sama ada yang besar atau kecil, serta mengambil langkah-langkah positif untuk mencegah kejadian ketenteraan yang tidak disengajakan.
  5. Kedua-dua pihak, dalam usaha untuk mengembalikan hubungan negara yang terputus, menggalakkan perasaan saling memahami serta mempercepatkan penyatuan aman yang bebas, telah bersetuju untuk menjalankan pelbagai pertukaran dalam banyak bidang.
  6. Kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk bekerjasama secara positif dengan satu sama lain untuk mengulangi kejayaan awal persidangan Palang Merah Utara-Selatan yang sedang dijalankan dengan harapan semua orang yang bersungguh-sungguh.
  7. Kedua-dua belah pihak, untuk mencegah kejadian ketenteraan yang tidak diduga dan untuk menangani langsung, dengan segera, dan tepat dengan masalah yang timbul di antara Utara dan Selatan, telah bersetuju untuk memasang talian telefon terus antara Seoul dan Pyongyang.
  8. Kedua-dua belah pihak, untuk melaksanakan perkara di atas yang dipersetujui, menyelesaikan pelbagai masalah yang ada antara Utara dan Selatan, dan untuk menyelesaikan masalah penyatuan berdasarkan prinsip-prinsip dipersetujui untuk penyatuan Tanah Air, telah bersetuju mewujudkan dan mengendalikan Jawatankuasa Penyelarasan Bersama Utara-Selatan yang dipengerusikan bersama oleh Yi Hurak [mewakili Selatan] dan Kim Yongju [mewakili Utara].
  9. Kedua-dua pihak, yang tegasnya yakin bahawa perkara-perkara yang dipersetujui di atas amat bersesuaian dengan hasrat semua orang, yang ingin melihat penyatuan awal Tanah Air, dengan ini berjanji kepada semua orang Korea yang mereka akan setia menjalankan perkara yang dipersetujui di atas."[5]

Perjanjian ini menggariskan langkah-langkah yang harus diambil terhadap mencapai penyatuan semula negara ini secara aman. Bagaimanapun, Jawatankuasa Penyelarasan Utara-Selatan telah dibubarkan pada tahun berikutnya selepas tiada kemajuan yang telah dilakukan ke arah pelaksanaan perjanjian ini. Pada bulan Januari 1989, pengasas Hyundai iaitu Jung Ju-young tah melawat Korea Utara serta mempromosikan pelancongan di Gunung Kumgang. Kedua-dua perdana menteri dua negara Korea bertemu di Seoul pada bulan September 1990 untuk melibatkan diri dalam Sidang Kemuncak Antara Korea selepas 12 tahun menyepi. Pada bulan Disember tahun yang sama, dua negara mencapai persetujuan pada isu-isu perdamaian, ketidakcerobohan, kerjasama, dan pertukaran antara Utara dan Selatan dalam "Perjanjian Perdamaian, Ketidakcerobohan, Kerjasama, dan Pertukaran Antara Utara dan Selatan", tapi namun rundingan ini runtuh apabila menyentuh pemeriksaan kemudahan nuklear. Pada tahun 1994, pemimpin dua negara Korea setuju untuk bertemu selepas lawatan Jimmy Carter ke Pyongyang namun tetapi mesyuarat itu telah dihalang oleh kematian Kim Il-sung pada Julai tahun tersebut.[6]

Pada Jun 2000, pemerintah Korea Utara dan Selatan telah menandatangani Pengisytiharan Bersama Utara-Selatan 15 Jun di mana kedua-dua pihak berjanji untuk mencari jalan penyatuan semula yang aman:[7]

  1. Pihak Utara dan Selatan bersetuju untuk menyelesaikan persoalan penyatuan semula negara secara bebas oleh usaha bersepadu bangsa Korea yang bertanggungjawab untuk tujuan ini.
  2. Pihak Utara dan Selatan, menyedari bahawa sistem persekutuan peringkat rendah yang dicadangkan oleh Utara dan sistem komanwel / persemakmuran cadangan oleh Selatan untuk penyatuan semula negara yang mempunyai persamaan, telah bersetuju untuk bekerja sama demi penyatuan semula ini pada masa hadapan.
  3. Pihak Utara dan Selatan bersetuju untuk menyelesaikan isu-isu kemanusiaan secepat mungkin, termasuk pertukaran kumpulan keluarga dan saudara-mara dipisahkan yang melawat dan isu tahanan jangka panjang yang tidak ditukar, sebagai penandaan tarikh 15 Ogos tahun ini [2000].
  4. Pihak Utara dan Selatan bersetuju mengalakkan pembangunan ekonomi negara yang seimbang melalui kerjasama ekonomi dan membina keyakinan bersama dengan mengaktifkan kerjasama dan pertukaran dalam semua bidang-bidang, sosial, budaya, sukan, kesihatan awam, alam sekitar dan sebagainya.
  5. Pihak Utara dan Selatan bersetuju untuk memegang kuasa-kuasa perundingan secepat mungkin untuk melaksanakan perkara-perkara di atas dengan segera.

Bersatu korea pasukan berarak pada upacara pembukaan Sukan Olimpik 2000, 2004, dan 2006, namun pasukan-pasukan Utara dan Selatan bertanding secara terpisah. Terdapat rancangan untuk kedua-dua pasukan ini bertanding secara bergabung di Sukan Olimpik Musim Panas 2008 tetapi kedua-dua negara tersebut tidak dapat bersetuju atas pelaksanaan butirannya. Di Kejuaraan Ping Pong Dunia 1991 Chiba, Jepun, dua negara membentuk satu pasukan gabungan.

Implikasi[sunting | sunting sumber]

Korea pada tahun 2050[8]
Korea Korea yang disatukan  Korea Selatan  Korea Utara
KDNK (USD) $6.056 trilion $4.073 trilion $1.982 trilion
KDNK per kapita $86,000 $96,000 $70,000
Pertumbuhan KDNK (2015–2050) 4.8% 3.9% 11.4%
Jumlah kependudukan 78 juta 50 juta 28 juta

Sebuah negara Korea yang satu boleh mendatangkan implikasi kepada keseimbangan kekuasaan di rantaunya, terutamanya dengan kedudukan Korea Selatan sebagai suatu kuasa serantau yang berpengaruh.[9] Penyatuan semula ini akan memberikan akses kepada tenaga kerja murah dan banyak sumber asli di Utara, yang, digabungkan dengan teknologi yang ada di Selatan, akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan ketenteraan yang berpotensi. Menurut sebuah kajian yang dijalankan Goldman Sachs pada tahun 2009, sebuah negara Korea yang disatukan bakal mempunyai ekonomi yang lebih besar daripada Jepun pada tahun 2050.[10] Sebuha angkatan tentera yang bersatu dari negara ini juga barangkalinya akan memiliki bilangan tentera simpanan serta bilangan penggodam tentera terbesar.[11]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ O’Shaughnessy, Brig Gen Karlynn Peltz. "The Economic implications of Korean reunification" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 26 Mac 2014. Dicapai pada 27 September 2012. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  2. ^ Ch'oe, Yong-ho, Bary William Theodore. De, Martina Deuchler, and Peter Hacksoo. Lee. Sources of Korean Culture: From the Sixteenth to the Twentieth Century. Vol. 2. New York: Columbia Univ., 2000. 425. Print.
  3. ^ Boose, Jr., Donald (1998). "The Korean War Revisited". Vincent Ferraro, Resources for the Study of International Relations and Foreign Policy. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Mac 2013. Dicapai pada 10 Mac 2013. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  4. ^ Lankov, Andrei (16 Mei 2012). "Stalin had direct impact on Korea in 1945-53 period". The Korea Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 June 2016. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  5. ^ Korean Quarterly 14:3 (musim luruh 1972):58-60.
  6. ^ Ch'oe, Yong-ho, Bary William Theodore. De, Martina Deuchler, and Peter Hacksoo. Lee. Sources of Korean Culture: From the Sixteenth to the Twentieth Century. Jld. 2. New York: Columbia Univ., 2000. 425-6. Print.
  7. ^ "North-South Joint Declaration". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-09. Dicapai pada 2018-01-10.
  8. ^ "Global Economics Paper No: 188 "A United Korea?"" (PDF). m/s. 17. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-07-14. Dicapai pada 2010-10-15. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  9. ^ Regional power#East Asia
  10. ^ Ramstad, Evan (21 September 2009). "Study Sees Gains in Korean Unification". Wall Street Journal. Dicapai pada 11 September 2012.
  11. ^ Hyena, Hank (24 Februari 2010). "The Next Global Superpower is… Korea?". Humanity+. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Julai 2012. Dicapai pada 11 September 2012. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]