Pergi ke kandungan

Penyelesaian satu negara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Penyelesaian satu negara ialah satu pendekatan yang dicadangkan dalam proses pendamaian Israel–Palestin. Ia mencadangkan supaya satu negara tunggal diwujudkan dalam sempadan bekas Palestin Bermandat, yang hari ini terdiri daripada wilayah gabungan Israel moden (tidak termasuk Dataran Tinggi Golan yang diilhak) dan Palestin.[1][2] Istilah realiti satu negara digunakan untuk menyatakan kepercayaan bahawa situasi konflik Israel–Palestin semasa pada hakikatnya sudah kelihatan seperti satu negara, walaupun ia tidak diisytiharkan secara rasmi.[3] Penyelesaian satu negara kadangkala dirujuk sebagai negara dwinasional, kerana harapannya ialah kedua-dua rakyat Israel dan Palestin dapat menikmati penentuan nasib sendiri serta akses penuh kepada seluruh tanah sambil hidup bersama dalam satu negara.

Pelbagai model telah dicadangkan bagi melaksanakan penyelesaian satu negara.[4]

  • Salah satu model tersebut ialah negara satuan, iaitu dengan mewujudkan sebuah kerajaan tunggal dan setiap kumpulan etnik dan agama akan mendapat kewarganegaraan serta hak yang sama.[4] Ia menyerupai aturan undang-undang Mandat British untuk Palestin. Sesetengah rakyat Israel menyokong versi model ini, yang mana Israel mengilhakkan Tebing Barat (tetapi bukan Genting Gaza) dan memberikan kewarganegaraan Israel kepada semua rakyat Palestin yang tinggal di situ, lalu mengintegrasikan wilayah tersebut dan menambah jumlah minoriti Arab, namun tetap menjadi sebuah negara Yahudi dan demokratik.[5]
  • Model kedua menggesa Israel mengilhakkan Tebing Barat dan mengintegrasikannya sebagai sebuah wilayah autonomi Palestin, iaitu orang Palestin di sana mentadbir diri sendiri dalam beberapa hal.[4] 
  • Model ketiga membentuk sebuah negara persekutuan dengan kerajaan pusat dan beberapa daerah persekutuan; sebahagian daerah akan majoriti Israel dan sebahagian lagi majoriti Palestin.[5][6]
  • Model keempat, yang dicadangkan oleh gerakan kedamaian Israel–Palestin A Land for All, melibatkan penubuhan sebuah konfederasi yang mana negara Israel dan Palestin merdeka tetapi kedua-duanya berkongsi kuasa dalam beberapa bidang. Selain itu, ia memberikan hak pemastautin kepada rakyat Israel dan Palestin di negara masing-masing.[7][8]

Walaupun semakin diperdebatkan dalam kalangan akademik, penyelesaian satu negara tidak termasuk dalam usaha diplomatik rasmi, kerana penyelesaian dua negara sentiasa menjadi tumpuan utama. Menurut tinjauan bersama yang terbaharu, Palestinian–Israeli Pulse, pada tahun 2023, hanya 23% rakyat Palestin dan 20% Yahudi Israel menyokong penyelesaian satu-negara yang demokratik. Penyelesaian satu negara yang tidak setara dan tidak demokratik kekal lebih popular dalam kedua-dua populasi tersebut, disokong oleh 30% rakyat Palestin dan 37% Yahudi Israel.[9] Satu tinjauan Palestin pada September 2024 menunjukkan bahawa hanya 10% responden menyokong sebuah negara tunggal dengan hak yang sama untuk kedua-dua pihak.[10]

  1. ^ Qadaffi, Muammar (21 January 2009). "The One-State Solution". The New York Times. m/s. A33. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 May 2013. Dicapai pada 22 January 2009.
  2. ^ Friedson, Felice (21 July 2010). "One-state or two-state solution". The Jerusalem Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-05-21.
  3. ^ Remnick, David (2014-11-10). "The One-State Reality". The New Yorker (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0028-792X. Dicapai pada 2023-05-21.
  4. ^ a b c Sharvit Baruch, Pnina (2021). "Resolving the Israeli–Palestinian Conflict: The Viability of One-State Models". www.inss.org.il (ed. Memorandum No. 217). INSS. Dicapai pada 2022-06-06.
  5. ^ a b Al Shawaf, Rayyan (3 April 2014). "Caroline Glick's one-state solution for Israel-Palestine asks all the wrong questions". The National.
  6. ^ "The Federation Plan: The Founding Document". www.federation.org.il. Dicapai pada 6 June 2022.
  7. ^ "A Land For All". 19 April 2019.
  8. ^ Scheindlin, Dahlia (29 June 2018). "An Israeli–Palestinian Confederation Can Work". Foreign Policy (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 April 2024. Dicapai pada 6 June 2022.
  9. ^ "The Palestine/Israel Pulse, a Joint Poll, 2022". Palestinian Center for Policy and Survey Research (dalam bahasa Inggeris). 24 January 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 November 2024. Dicapai pada 11 December 2023.
  10. ^ "Has the war in Gaza radicalised young Palestinians?". The Economist. 3 October 2024. ISSN 0013-0613. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 November 2024. Dicapai pada 5 October 2024.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]