Pergi ke kandungan

Penyeludupan telur ulat sutera ke dalam Empayar Rom

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pencurian dan penyeludupan telur ulat sutera ke dalam Empayar Rom
Jalan Sutera
TarikhPertengahan abad ke-6 (552/563 TM)
LokasiAsia Tengah
HadirinDua orang pendeta
HasilPenubuhan industri sutera Rom

Pada pertengahan abad ke-6 TM, dua pendeta dengan sokongan maharaja Rom Justinianus I memperoleh dan menyeludup ulat sutera hidup ke dalam Empayar Rom, memulakan industri sutera Rom yang akan lama memonopoli sutera di Eropah.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]
Ulat sutera

Sutera pertama kali dihasilkan pada alaf ke-3 SM oleh orang Cina. Abad pertama SM, bekalan sutera sudah pun memasuki Empayar Rom.[1] Dengan kebangkitan Empayar Sasan dan Perang-perang Rom-Parsi selepas itu, mengimport sutera ke Eropah menjadi semakin sukar dan mahal. Parsi mengawal ketat perdagangan di dalam wilayah mereka dan menangguhkan perdagangan semasa perang.[2] Akibatnya, Maharaja Rom Justinianus I cuba membuat laluan perdagangan alternatif ke Sogdiana, yang semasa itu telah menjadi pusat pengeluaran sutera yang besar:[3] satu ke utara melalui Krimea, dan satu ke selatan melalui Aksum.[4] Kegagalan usaha-usaha ini menyebabkan Justinianus I mencari cara lain kerana permintaan barangan mewah ini tinggi, malah dalam golongan dalaman baginda.[5]

Ekspedisi

[sunting | sunting sumber]

Dua pendeta yang tidak dinamai (kemungkinan besar ahli Gereja Nestorius[1][4]) yang menyebarkan agama Kristian di India (Gereja Timur di India), pergi ke China tahun 551 TM.[6] Semasa di China, mereka memerhatikan kaedah yang rumit untuk menternak ulat sutera dan menghasilkan sutera.[6] Ini perkembangan penting kerana orang Rom sebelum ini sangka sutera dibuat di India.[Penjelasan diperlukan][penjelasan diperlukan][7] Pada 552 TM, kedua-dua pendeta itu mencari Justinianus I.[4] Atas janji untuk baginda memberikan kurnia, pendeta-pendeta itu bersetuju untuk mendapatkan ulat sutera dari China.[Penjelasan diperlukan][<span title="not from Sogdiana, which was en-route, as implied in the next para? (November 2022)">penjelasan diperlukan</span>][3] Mereka kemungkinan besar telah melalui utara di sepanjang Laut Hitam, melepasi Selatan Kaukasus dan Laut Kaspia.[8]

Oleh sebab ulat sutera dewasa agak sensitif dan perlu disimpan pada suhu yang ideal, takut ia mati,[9] sebaliknya mereka menggunakan kenalan mereka di Sogdiana untuk menyeludup keluar telur ulat sutera atau larva yang sangat muda, yang mereka sembunyikan di dalam tongkat buluh mereka.[penjelasan diperlukan][8][4] Pokok kertau, yang diperlukan untuk ulat sutera, sama ada diberikan kepada pendeta-pendeta itu atau telah diimport ke dalam Empayar Rom.[8] Secara keseluruhannya, seluruh ekspedisi itu dianggakan berlangsung selama dua tahun.[10]

Sutera Byzantium

Tidak lama selepas ekspedisi itu kilang-kilang sutera di Konstantinopal, Beirut, Antiokhea, Tirus dan Thebai muncul.[4] Ulat-ulat sutera yang diperoleh membenarkan Empayar Rom mempunyai monopoli sutera di Eropah. Ia juga telah memecahkan monopoli sutera Cina dan Parsi.[8] Monopoli itu juga menjadi asas ekonomi Rom untuk 650 tahun yang akan datang sehingga ia jatuh pada tahun 1204.[11] Pakaian sutera, terutamanya yang dicelup dengan warna ungu diraja, hampir selalu dikhaskan untuk golongan elit di Byzantium, dan pemakaiannya dikanunkan dalam undang-undang kawalan perbelanjaan.[1] Pengeluaran sutera di sekitar Konstantinopal, khususnya di Thrake di utara Yunani, masih ada sehingga kini.

  1. ^ a b c "Silk". University of Washington. Dicapai pada 20 April 2013. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Washington" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ Norwich, John (1988), Byzantium: The Early Centuries pg. 265
  3. ^ a b Clare, Israel (1906), Library of Universal History: Mediaeval History pg. 1590
  4. ^ a b c d e Norwich, pg. 266
  5. ^ Walker, Alicia (2021). "Cross-cultural Artistic Interaction in the Early Byzantine Period". Dalam Freeman, Evan (penyunting). Smarthistory Guide to Byzantine Art.
  6. ^ a b Clare, pg. 1589
  7. ^ Clare, pg. 1587
  8. ^ a b c d Patrick Hunt. "Late Roman Silk: Smuggling and Espionage in the 6th Century CE". Stanford University. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 June 2013. Dicapai pada 20 April 2013. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Stanford" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  9. ^ "The Smithsonian on Silk Production". Diarkibkan daripada yang asal pada September 27, 2009.
  10. ^ "History of Silk - The Silk Museum". Diarkibkan daripada yang asal pada 1 July 2020.
  11. ^ Muthesius, Anna (2003), Silk in the Medieval World pg. 326