Pergi ke kandungan

Penyembur api

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sebuah penyembur api Type 93 yang digunakan oleh Tentera Darat Imperial Jepun, lukisan yang dihasilkan untuk Perkhidmatan Risikan Tentera AS
Seorang Marin AS menembak penyembur api semasa Perang Vietnam
Marin Amerika Syarikat membuat demonstrasi penyembur api (2012)

Penyembur api ialah sejenis senjata pembakar jarak jauh yang direka untuk memancarkan semburan api yang boleh dikawal. Ia mula digunakan oleh Empayar Byzantium pada abad ke-7, dan penyembur api kembali digunakan pada zaman moden semasa Perang Dunia Pertama, serta secara meluas dalam Perang Dunia Kedua sebagai senjata taktikal terhadap kubu pertahanan.

Kebanyakan penyembur api tentera menggunakan bahan api cecair, lazimnya minyak yang dipanaskan atau diesel, tetapi penyembur api komersial biasanya adalah penunu bagas yang menggunakan bahan api gas seperti propana. Gas lebih selamat untuk digunakan dalam masa aman kerana nyalaan api mempunyai kadar alir jisim yang lebih rendah, lebih cepat terpadam dan biasanya lebih mudah dikawal.

Selain kegunaan tentera, penyembur api turut mempunyai kegunaan dalam masa aman seperti untuk pembakaran terkawal, contohnya dalam penuaian tebu dan tugas pengurusan tanah yang lain. Pelbagai bentuk penyembur api direka untuk dikendalikan oleh individu, manakala bentuk lain pula dipasang pada kenderaan.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Bibliografi am

[sunting | sunting sumber]
  • Clodfelter, Micheal (May 9, 2017). Warfare and Armed Conflicts: A Statistical Encyclopedia of Casualty and Other Figures, 1492–2015, 4th Ed. McFarland, Incorporated, Publishers. ISBN 9780786474707. - Total pages: 824
  • McNab, Chris (2015). The Flamethrower. London: Bloomsbury Publishing. m/s. 16–18. ISBN 978-1472809049.
  • Needham, Joseph (1986). Science and Civilization in China. 5, Part 7. Taipei: Caves Books, Ltd.
  • Wictor, Thomas (2010). Flamethrower Troops of World War I. Atglen, Pennsylvania: Schiffer Publishing Ltd (USA). ISBN 978-0764335266.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]