Penyerang kapal dagang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kapal penyerang kapal dagang ialah kapal yang menyamar sebagai kapal dagang bukan penempur bagi menyerang kapal-kapal dagang. Jerman menggunakan beberpa kapal penyerang kapal dagang pada awal Perang Dunia Pertama, dan sekali lagi pada awal Perang Dunia Kedua. Yang paling masyhur[perlu rujukan] ialah Felix von Luckner, seorang kapten kapal penyerang kapal dagang yang menggunakan kapal layar SMS Seeadler bagi pelayarannya semasa Perang Dunia Pertama.

Jerman menghantar dua gelombang, masing-masing dengan enam kapal penyerang permukaan, semasa Perang Dunia Kedua. Berat kebanyakan kapal berada dalam julat 8-10,000 tan. Banyak kapal juga asalnya dibina sebagai kapal penyejuk yang digunakan bagi membawa makanan segar dari kawasan-kawasan tropika. Kapal-kapal ini lazimnya lebih laju daripada kapal dagang biasa—faktor yang penting buat kapal perang. Persenjtaan terdiri daripada enam meriam laut 15cm (5.9 inci), meriam berkaliber kecil, torpedo dan juga pesawat laut. Ada juga yang membawa periuk api dan dilengkapkan untuk tugas memasang periuk api. Beberapa kapten sangat kreatif tentang penyamaran kapal dan dapat menyamar sebagai kapal dagang neutral ataupun Berikat. Itali menggunakan empat kapal kelas "Ramb" sebagai penjajap tambahan semasa Perang Dunia Kedua.

Kapal-kapal penyerang kapal dagang tidak berperisai kerana kapal-kapal bertujuan untuk menyerang kapal dagang, bukan untuk bertempur dengan kapal perang. Juga, bukan mudah untuk memasang perisai pada kapal awam. Akhirnya, kebanyakan kapal-kapal ini karam ataupun diberi penugasan lain.

Perjajap Dagang Bersenjata British selalunya diubah suai daripada kapal penumpang dan lebih besar daripada kapal-kapal Jerman.

Semasa Perang Dunia Pertama, Tentera Laut Diraja British menggunakan Kapal-Q untuk bertempur dengan U-boot Jerman. Walaupun kapal-Q sebenarnya kapal perang yang menyamar sebagai kapal dagang, misi mereka yang tertumpu kepada pemusnahan kapal perang musuh berlainan daripada misi penyerang kapal dagang yang tertumpu kepada penggangguan bekalan musuh.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]