Penyerangan Kingisepp–Gdov

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Ini adalah sub-artikel bagi Penyerangan Leningrad–Novgorod dan Pertempuran Narva.

Penyerangan Kingisepp–Gdov
Sebahagian daripada Medan Timur (Perang Dunia II)
Leningrad-Novgorod.jpg
Peta Penyerangan Leningrad-Novgorod Soviet.
Tarikh 1 Februari—1 Mac 1944
Lokasi Wilayah Leningrad, Soviet Union; Narva, Estonia
Hasil Kemenangan Soviet
Pihak yang terlibat
Jerman Nazi Jerman Kesatuan Soviet Soviet Union
Komandan
Georg Lindemann Leonid A. Govorov
Kekuatan
Satu ketumbukan: 100,000 anggota
1500 artileri
100 kenderaan perisai
400 pesawat[1]
Dua ketumbukan dan Armada Baltik

Penyerangan Kingisepp–Gdov adalah kempen ketenteraan antara Barisan Leningrad Soviet dan Tentera Darat Ke-18 Jerman di pantai timur Tasik Peipus dan tebing barat Sungai Narva dari 1 Februari hingga 1 Mac 1944. Kor Ke-109 Raifal menawan bandar Kingisepp, memaksa Tentera Darat Ke-18 berundur ke posisi baru di tebing timur Narva. Unit-unit hadapan Tentera Darat Gempur Ke-2 menyeberangi sungai itu dan mendirikan beberapa pengkalan terdepan di tebing barat, ke utara dan selatan bandar Narva pada 2 Februari. Tentera Darat Ke-8 memperluas pangkalan terdepan di Paya Krivasoo di selatan bandar itu lima hari kemudian, memotong landasan keretapi belakang Ketumbukan Sponheimer. Jeneral Leonid Govorov tidak dapat memanfaatkan peluang untuk mengepung detasmen kecil Jerman yang merupakan bala bantuan. Ia kebanyakannya berasal dari rakyat Estonia yang baru dikerahkan untuk menentang pendudukan semula Soviet. Pada masa yang sama, Kor Raifal Ke-108 Soviet mendaratkan unitnya ke seberang Tasik Peipus di Pulau Piirissaar 120 kilometer dari selatan Narva dan mendirikan pangkalan terdepan di Meerapalu. Secara kebetulan , I.Battalion, Waffen-Grenadier Regiment der SS 45 (Estonia Pertama) yang menuju ke Narva tiba di kawasan itu. Batalion ini, serta sebuah batalion dari Rejimen Ke-44 Infantri (mengandungi anggota dari Prusia Timur), dan sebuah skuadron udara memusnahkan pangkalan terdepan Soviet pada 15–16 Februari. Serangan amfibia serentak Soviet telah dilakukan, apabila 517 askar dari Briged Bebas Ke-260 Infantri Laut mendarat di pantai daerah Mereküla di belakang garisan Ketumbukan Sponheimer. Namun, unit tersebut hampir dihapuskan sepenuhnya.
Akibat dari kempen ini, tentera Soviet menguasai sebahagian besar pantai timur Tasik Peipus dan mendirikan beberapa pangkalan terdepan di tebing barat Sungai Narva.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jaan Kuningas. "1944. aasta veebruar. Võitlus Narva pärast (February 1944. Battle for Narva)" (dalam bahasa Estonian). Postimees.