Penyiaran Multimedia Digital

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Korea kelihatan satu untuk menonton DMB telefon bimbit

Penyiaran Multimedia Digital (bahasa Inggeris: Digital Multimedia Broadcasting, DMB) ialah sistem pemancaran radio digital bagi menyampaikan multimedia (radio, TV, dan datacasting) kepada peranti mudah alih seperti telefon bimbit. Teknologi yang adakalanya dipanggil "televisyen mudah alih" (mobile TV) ini merupakan cabang Penyiaran Audio Digital yang asalnya dimajukan sebagai projek penyelidikan bagi pihak Kesatuan Eropah (projek Eureka #EU147). DMB dimajukan di Korea Selatan di bawah IT kebangsaan, mula-mulanya sebagai teknologi digital generasi akan datang yang bakal menggantikan radio FM.[1] Perkhidmatan TV mudah alih rasmi pertama di dunia bermula di Korea Selatan pada Mei 2005 setelah menjalani ujian awal-awal lagi. DMB boleh beroperasi melalui pancaran satelit (S-DMB) atau terestrial (T-DMB). DMB adalah berdasarkan piawaian Penyiaran Audio Digital (DAB) Eureka 147, dan ada beberapa persamaan dengan piawaian pesaingnya iaitu DVB-H. [2]

Sepertilah DAB, T-DMB direka untuk pemancaran melalui frekuensi radio jalur III (VHF) dan jalur L (UHF), bagi siaran terestrial. Oleh sebab Amerika Syarikat dan Kanada masih memperuntukkan jalur pertama untuk siaran televisyen (saluran VHF 7 hingga 13) dan AS pula menyimpan jalur L untuk kegunaan tentera, DMB masih tidak terdapat di Amerika Utara. Sebaliknya, MediaFLO milik Qualcomm digunakan di sana. Di Jepun, 1seg dijadikan piawaian dengan menggunakan ISDB.

T-DMB menggunakan MPEG-4 Part 10 (H.264) untuk video dan MPEG-4 Part 3 BSAC atau HE-AAC V2 untuk audionya. Audio dan videonya diringkaskan dalam format MPEG-2 TS. Strim ini berkodkan RS dan kata paritinya ialah panjang 16 bait. Terdapat pengantaralembaran berlingkar dalam strim ini, kemudian strim ini disiarkan dalam mod strim data melalui DAB. Untuk mengurangkan kesan-kesan saluran seperti pudar dan pembayangan, modem DMB menggunakan modulasi OFDM-DQPSK. Penerima T-DMB bercip tunggal turut disediakan oleh penyahmultipleks strim pengangkutan MPEG-2. DMB dipakai dalam peralatan-peralatan seperti telefon bimbit, TV mudah alih, PDA dan peranti telematik untuk kereta.

T-DMB merupakan satu piawaian ETSI (TS 102 427 and TS 102 428). Pada 14 Disember 2007, ITU secara rasminya meluluskan T-DMB sebagai piawaian global bersama tiga piawaian lain iaitu DVB-H, 1seg, dan MediaFLO.[3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ The Introduction of DMB in Korea
  2. ^ "T-DMB". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-13. Dicapai pada 2008-07-17.
  3. ^ [1] ITU approves Mobile TV Standards]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rasmi[sunting | sunting sumber]