Pepaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pepaya
PengarahEMI Suffian Sabhe (Musim 1)
Fairuz Loy (Musim 2)
Dibintangi oleh
Zul Yahya
Norkhiriah
Negara asal Malaysia
BahasaMalaysia
Bilangan musim2
Bilangan episod26
Penerbitan
Penerbit eksekutifJalena Rejab
PenerbitAhmad Puad Onah
Tempoh siaran1 jam per episod
Syarikat penerbitan
Grand Brilliance
Syarikat pengedaran
Primeworks Studios
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Aksi)
Siaran asal18 Ogos 2008 – 9 Februari 2009

Pepaya ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia yang dibintangi oleh Zul Yahya sebagai seorang lelaki lurus bendul yang bertukar menjadi adiwira perkasa dengan hanya memakan betik. Siri ini disiarkan melalui slot Aksi di TV3, setiap Isnin, 9 malam, mulai 18 Ogos 2008 hingga 9 Februari 2009.

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Siri Pepaya nyata mendapatkan ilham dari kartun Popeye, seorang kelasi yang menguatkan diri dengan memakan bayam. Zul Yahya sendiri yang menyalurkan ilham itu, dan beliau menerangkan buah betik sebagai pilihan kerana "buah betik adalah buah-buahan tempatan dan cukup berkhasiat terutamanya untuk pelawasan perut". Akui Zul beliau asalnya memilih buah pisang, tetapi khuatir timbulnya pula "masalah lain apabila menghasilkan kostum, mungkin boleh menimbulkan ketidakselesaan di kalangan penonton."[1]

Untuk menjelaskan watak Yahya sebagai lelaki lurus bendul, jelas Zul, "Yahya seorang lelaki pertengahan usia yang lurus. Selalunya lelaki lurus banyak kelebihan, jujur dan tidak pandai menipu, kerana itu wataknya perlu sebegitu (kelam-kabut). Bagi saya jarang orang handsome bersikap jujur kerana kebanyakan mereka berpotensi bercakap bohong."[1]

Kostum adiwira Pepaya menampilkan sepasang tangan besar buatan getah seberat 5kg sebelah.[1] Zul mengulas "Untuk penuhi kehendak cerita ini, saya perlu memakai kostum yang diperbuat daripada getah itu. Bayangkan, sebelah tangan sahaja dah 5kg. Jadi, untuk dua belah tangan dah berapa? Susah juga saya nak pikul benda tu."[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Syaliza Shapiansuri (27 Ogos 2008). "Superhero Lurus Bendul?". gua.com.my. Dicapai 24 April 2010. 
  2. ^ Siti Azira Abd Aziz (18 Ogos 2008). "Zul Yahya: 'Pepaya' versi 'Popeye' mampu pikat penonton". mStar Online. Dicapai 24 April 2010. 
TV3: Aksi, Isnin, 9.00 malam
Sebelumnya Pepaya
(18 Ogos 2008 – 9 Februari 2009)
Berikutnya
Impak Maksima Rempit vs Impak Maksima