Pepper Lunch

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pepper Lunch
Nama asliペッパーランチ
Jenis/bentuk sahAwam
Didagangkan sebagaiTYO: 3053
IndustriRestoran
Ditubuhkan1994; 30 tahun yang lalu (1994)
Ibu pejabatJepun Tokyo, Jepun
Tokoh pentingKunio Ichinose
Jepun: 一瀬邦夫 (pengasas dan tukang masak)
KeluaranStik, Daging ayam, minuman berkarbonat dan minuman lain
Tapak webpepperlunch.com
Facebook: pepperlunchfanclub Twitter: pepperlunch_JP Instagram: pepperlunchthailand Youtube: UCY2pYMxc_tV6AeRtQDcHsRg Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Variasi menu di Pepper Lunch

Pepper Lunch (Jepun: ペッパーランチ, Hepburn: Peppā-ranchi) ialah francais restoran "stik segera" khas Jepun, yang popular di kawasan Tokyo.

Pepper Lunch ialah anak syarikat Pepper Food Service Co., Ltd.[1] Operasi cawangan restoran di Asia Tenggara diuruskan oleh Suntory F&B International [2] (di rantau Benua Asia) dan Kumpulan Oishii di Australia dan Amerika Syarikat.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bahagian dalaman tipikal restoran Pepper Lunch. (Foto: New Town Plaza Phase 3, Hong Kong, Republik Rakyat China)
Menu Pepper Rice iaitu, nasi, ikan salmon dan daging lembu.

Pepper Lunch telah diciptakan pada tahun 1994 oleh chef dan pencipta Kunio Ichinose (Jepun: 一瀬邦夫), yang ingin menyajikan makanan segera berkualiti tanpa mengupah cef. Dia mencipta kaedah menggunakan plat logam panas yang dipanaskan hingga 500 darjah Fahrenheit (260 darjah Celsius) oleh periuk elektromagnet. Daging mentah dengan sayur-sayuran dan nasi kemudian diletakkan di atas pinggan, di mana ia dimasak di hadapan pelanggan. Daging boleh dimakan secara separa matang atau matang sepenuhnya, bergantung kepada pilihan pelanggan. Hidangan itu kemudian dicampur dengan sos perang madu istimewa (Amakuchi, Jepun: 天口) atau kicap bawang putih (Karakuchi, Jepun: 唐口). [3]

Pengoperasian[sunting | sunting sumber]

Terdapat lebih 600 cawangan restoran di Rantau Asia Timur, Asia Tenggara, Australia dan Amerika Utara .

Wilayah Kiraan restoran
Jepun Jepun 226
Korea Selatan Korea Selatan 23
Republik Rakyat ChinaHong Kong Hong Kong, Republik Rakyat China 26
Republik Rakyat China Republik Rakyat China 73
Republik China Taiwan 15
Filipina Filipina 56
Malaysia Malaysia 7
Australia Australia 12
Kemboja Kemboja 5
Indonesia Indonesia 60
Thailand Thailand 42
Singapura Singapura 20 [4]
Republik Rakyat ChinaMakau Makau, Republik Rakyat China 6
Vietnam Vietnam 16
Kanada Kanada 3
Brunei Brunei 2
Amerika Syarikat Amerika Syarikat 5 [5]
Guam Guam 1
Jumlah 594 (552 disenaraikan)

Di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Boga, yang mentadbir beberapa Syarikat Restoran di Indonesia, bekerjasama dengan Pepper Lunch Malaysia,[6] sebagai rakan perniagaan yang mengurus Kegiatan Operasi Perniagaan cawangan Malaysia dan pengarah Pepper Lunch Malaysia, Goh Ching Mun, berkata:

Kami teruja untuk bekerjasama dengan Boga Group untuk terus mengembangkan kehadiran kami di Malaysia. Kami percaya bahawa pengalaman mereka sebagai Penerima Francais Utama di Indonesia akan memberi manfaat kepada kami dan membimbing kami ke arah yang betul untuk lebih ramai pelanggan menikmati Pepper Rice yang sangat digemari.[7]

Setakat awal tahun 2023, Pepper Lunch sudah beroperasi sepenuhnya di beberapa tempat dibawah ini:

Negeri/Wilayah Kiraan restoran Nota Rujukan
Kuala Lumpur Kuala Lumpur 1 (Pusat Beli Belah KL East) Cawangan utama di Malaysia. [8]
Selangor Selangor 2 (Central I-City, dan Pusat Beli Belah Main Place) perkembangan di Selangor dan dibuka pada hujung tahun 2022. [8][7]
Pahang Darul Makmur Pahang 2 (Sky Avenue, dan Centrum Cameron) perkembangan di Pahang dan dibuka pada bulan Oktober tahun 2022. [8]
Pulau Pinang Pulau Pinang 1 (Pusat Beli Belah Gurney Paragon) perkembangan di Pulau Pinang dan dibuka pada hujung tahun 2022. [7]

Dirancangkan akan menambah cawangan baharu di Johor Bahru, Ipoh dan Terengganu.[7]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Kes keracunan E. coli O157[sunting | sunting sumber]

Pada September 2009, semua cawangan di Jepun ditutup buat sementara waktu selepas 38 pelanggan, berumur dua hingga 81 tahun, mengalami keracunan makanan. Puncanya ialah keracunan E. coli O157, yang telah merebak di 19 buah cawangan kedai di antara 14 wilayah di Jepun. Pembekal stik daging yang dipotong dadu telah diarahkan untuk menarik balik produk yang terjejas oleh bakteria E. coli. [9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "ホーム | 株式会社ペッパーフードサービス". 株式会社ペッパーフードサービス (dalam bahasa Jepun). 株式会社ペッパーフードサービス. 2014. Dicapai pada 15 Februari 2014.
  2. ^ "SFBI | Suntory F&B International". Suntory F&B International. Suntory F&B International. 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Februari 2014. Dicapai pada 15 Februari 2014.
  3. ^ "About Pepper Lunch". SFBI (Asia-Pacific) Pte. Ltd. Pepper Lunch Singapore. Dicapai pada 15 February 2014.
  4. ^ "List of Pepper Lunch Locations in Singapore".
  5. ^ "Japanese Chain Pepper Lunch Brings Its Meals on Superheated Cast-Iron Plates to Irvine – OC Weekly".
  6. ^ Tan Heng Hong (10 September 2022). "Pepper Lunch Malaysia Joins Forces With Boga Group To Be The Master Franchisee Of Pepper Lunch In Malaysia". www.minimeinsights.com (dalam bahasa Inggeris). Minime Insights. Dicapai pada 1 Februari 2023. President Director of Boga Group, Mr Kusnadi said that Pepper Lunch has been growing in demand, hence the decision to collaborate with Pepper Lunch Malaysia to be the Master Franchisee in Malaysia comes as no surprise. “We look forward to continuously working together to grow and expand in Malaysia. Our goal is to have 20 outlets in 5 years and we believe that Pepper Lunch Malaysia is the ideal partner to make our expansion plans a reality.”
  7. ^ a b c d ANNE DORALL (13 September 2022). "Pepper Lunch Launches Grand Plan To Expand Sizzling Meals [Review]" (dalam bahasa Inggeris). The Rakyat Post. Dicapai pada 1 Februari 2023. When asked, Boga Group’s President Director Mr Kusnadi explained that the franchise will be focusing on building Pepper Lunch as restaurants with a full menu. Boga Group also has no relation to Pepper Lunch Express, which operates on a smaller scale in food courts.
  8. ^ a b c "Pepper Lunch Malaysia". Dicapai pada 1 Februari 2023. 1 di KL, 2 di Pahang, dan 1 di Selangor, kini 2 di Selangor, dan 1 di Pulau Pinang
  9. ^ "E. coli shuts Pepper Lunch steakhouse chain nationwide". The Japan Times. Kyodo News. 8 September 2009. Dicapai pada 15 February 2014.

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]