Peptidoglikan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Struktur molekul peptidoglikan, unit penyusunnya berupa asid N-asetilmuramik (kiri) dan asid-N-asetil glukosamin (kanan) yang dihubungkan oleh ikatan β-1,4.

Peptidoglikan (murein) ialah polisakarida yang terdiri dari dua gula turunan iaitu asid-N-asetil glukosamin serta asid N-asetilmuramik yang dihubungkan ikatan β-1,4, dan rantai peptida pendek yang contohnya terdiri dari asid amino l-alanin, d-alanin, d-asam glutamat, dan baik l-lisin atau asid diaminopimelik (DAP)-asid amino jarang jumpa yang hanya ditemui pada dinding sel prokariot.[1][2] Peptidoglikan ialah komponen utama dinding sel bakteria yang bersifat kaku dan bertanggungjawab untuk menjaga integriti sel serta menentukan bentuknya.[1] Struktur dasar peptidoglikan ialah sejenis selubung yang menyelimuti sel yang tersusun dari utas-utas peptidoglikan yang berdampingan antara satu sama lain dan dihubungkan dengan ikatan silang tetrapeptida yang diperbuat dari asod amino.[2]

Peptidoglikan hanya ditemui pada spesies bakteria, contohnya Staphylococcus aureus, tetapi tidak semua bakteria memiliki DAP pada peptidoglikannya.[2] Peptidoglikan ditemui baik pada bakteria gram positif mahupun bakteria gram negatif, tetapi dengan struktur yang sedikit berbeza. Bakteria gram positif memiliki dinding sel yang tersusun dari lapisan peptidoglikan yang lebih tebal, manakala bakteria gram negatif memiliki lapisan peptidoglikan yang lebih tipis dan mempunyai struktur lipopolisakarida yang tebal.[3][4] Kaedah yang digunakan untuk membezakan kedua jenis kumpulan bakteria ini dibangunkan oleh ahli sains Denmark, Hans Christian Gram pada tahun 1884.[3] Terdapat lebih dari 100 jenis peptidoglikan yang berbeza yang telah diketahui.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b (Inggeris)Hogg S. 2005. Essential Microbiology. West Sussex: John Wiley & Sons Ltd.
  2. ^ a b c d (Inggeris)Madigan MT, Martinko JM, Brock TD. 2006. Brock Biology of Microorgnisms. New Jersey: Pearson Prentice Hall. Hal: 75-77. ISBN 0-13-196893-9
  3. ^ a b Davidson MW. 2009. Bacteria Cell Structure. http://micro.magnet.fsu.edu/cells/bacteriacell.html. Diakses pada 22 Jun 2011.
  4. ^ Todar K. 2008. Online Textbook of Bacteriology. http://www.textbookofbacteriology.net/index.html [diakses pada 21 Jun 2011].


Templat:Bakteria-stub