Perairan antarabangsa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kawasan di luar zon ekonomi eksklusif dunia yang ditanda berwarna biru gelap.

Perairan antarabangsa merujuk kepada sebarang jasad air (atau lembangan saliran) yang menjangkaui persempadanan amtarabangsa seperti lautan dan ekosistemnya, lautan dan muara setempat yang tertutup sepenuhnya mahupun separa, sungai, tasik dan danau, sistem air tanah (akuifer) dan tanah lembap.[1]

Perairan sebegini tidak tertakluk kepada kedaulatan mahupun kawalan mana-mana negara, maka dianggap sebagai terra nullius. Dengan keadaan ini, sebarang negara bebas melakukan kegiatan kenelayanan, pengemudian dan laluan kapal, lintas terbang, peletakkan kabel dan perpaipan serta penyelidikan atas perairan tersebut.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "International Waters". Rancangan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Diarkibkan daripada asal pada 27 Januari 2009.