Pergi ke kandungan

Perak (logam)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
47 paladiumperakkadmium
Cu

Ag

Au

Am
Nama, simbol, nombor perak, Ag, 47
Siri kimialogam peralihan
Kumpulan, kala, blok 115, d
Rupaputih berkilau
Jisim atom piawai 107.8682(2)g·mol−1
Tatarajah elektron [Kr] 4d10 5s1
Elektron pada setiap petala 2, 8, 18, 18, 1
Warnaperak
Fasapepejal
Ketumpatan (pada suhu bilik)10.49 g·cm−3
Ketumpatan cecair pada takat lebur9.320 g·cm−3
Takat lebur1234.93 K
(961.78 °C, 1763.2 °F)
Takat didih2435 K
(2162 °C, 3924 °F)
Haba lakuran11.28 kJ·mol−1
Haba pengewapan250.58 kJ·mol−1
Muatan haba tentu(25 °C) 25.350 J·mol−1·K−1
Tekanan wap
P/Pa 1 10 100 1 k 10 k 100 k
pada T/K 1283 1423 1575 1782 2055 2433
Sifat keatoman
Keadaan pengoksidaan1, 2, 3
(Oksida amfoterik)
Keelektronegatifan1.93 (skala Pauling)
Jejari atom160 pm
Jejari atom terhitung165 pm
Jejari kovalen153 pm
Jejari Van der Waals172 pm
Lain-lain
Sifat magnetdiamagnet
Kerintangan elektrik(20 °C) 15.87 nΩ·m
Keberkonduktan haba(300 K) 429 W·m−1·K−1
Kebauran terma(300 K) 174 mm²/s
Pengembangan terma(25 °C) 18.9 µm·m−1·K−1
Kelajuan bunyi (rod halus)(suhu bilik) 2680 m·s−1
Modulus Young83 GPa
Modulus ricih30 GPa
Nisbah Poisson0.37
Skala Vickers251 MPa
Kekerasan Brinell24.5 MPa
Nombor CAS7440-22-4
Isotop-isotop terpilih
Rencana utama: Isotop perak
iso NA separuh hayat DM DE (MeV) DP
105Ag syn 41.2 h ε - 105Pd
γ 0.344, 0.280,
0.644, 0.443
-
106mAg syn 8.28 h ε - 106Pd
γ 0.511, 0.717,
1.045, 0.450
-
107Ag 51.839% Ag stabil dengan 60 neutron
108mAg syn 418 thn ε - 108Pd
IT 0.109 108Ag
γ 0.433, 0.614,
0.722
-
109Ag 48.161% Ag stabil dengan 62 neutron
111Ag syn 7.45 h β- 1.036, 0.694 111Cd
γ 0.342 -
Rujukan

Perak (Jawi: ڤيرق) atau argentum (Kim.,[1] Jawi: ارݢينتوم‎) ialah sejenis logam kimia keunsuran yang mempunyai simbol Ag dan nombor atom 47. Perak berwarna putih berkilau dan adalah sejenis logam peralihan.

Kekonduksian (keberaliran) elektrik logam perak adalah yang paling tinggi bagi kesemua unsur manakala kekonduksian haba logam perak adalah yang paling tinggi bagi logam-logam. Perak wujud dalam semula jadi dalam bentuk tulen (perak asli), namun boleh juga diperolehi dalam bentuk aloi dengan emas (elektrum) atau dalam banyak jenis mineral (sebagai contoh argentit dan klorargirit). Logam perak kebanyakannya diperoleh daripada hasil sampingan perlombongan tembaga, emas, plumbum dan zink.

Logam ini telah diketahui semenjak zaman dahulu kala lagi dan memang telah lama dianggap sebagai logam berharga. Perak digunakan untuk menghasilkan bahan perhiasan, barang kemas, peralatan dan perkakas dapur yang bernilai tinggi dan duit syiling. Pada masa kini, logam perak digunakan untuk menghasilkan konduktor (pengalir) elektrik dan penyambung elektrik. Logam ini juga digunakan dalam pembuatan cermin dan dalam pemangkinan tindak balas kimia. Sebatian perak pula digunakan dalam filem fotografi. Larutan cair argentum nitrat dan sebatian-sebatian perak yang lain digunakan untuk menghasilkan bahan nyakjangkit. Walaupun penggunaan antimikrob ini telah kebanyakannya digantikan oleh penggunaan antibiotik, kajian lanjut masih dilaksanakan untuk mengkaji potensinya dalam bidang klinikal.

Peristilahan

[sunting | sunting sumber]

Perkataan perak merupakan istilah umum seakar Austronesia dengan ꦥꦺꦫꦏ꧀ pérak dalam bahasa Jawa, ᜉᜒᜎ pílak dalam bahasa Tagalog, pirak dalam bahasa Iban dan firaka dalam bahasa Malagasi (bermaksud "timah").[2] Waruno Mahdi mengusulkan semua perkataan ini berakar daripada serapan suatu bahasa Austroasia (lihat Khmer: ប្រាក់, rumi: prak) melalui pengaruh kerajaan Funan yang mengawal perdagangan serantau termasuk politi-politi Melayu seterusnya menggiatkan bahan ini sebagai mata wang bermula pada abad-abad ketiga dan keempat Masihi.[3]:185-188

Argentum adalah istilah lebih khusus digunakan dalam bidang kimia[1] meminjam bahasa Latin turunan akar Proto-Indo-Eropah *h₂erǵ- bermaksud "putih".[4]

Sifat kimia

[sunting | sunting sumber]

Perak mempunyai sifat mudah mulur seperti emas namun agak kurang kemuluran dari unsur disebutkan. Ia mempunyai kilauan warna yang keputihan setelah digilap tinggi.[5]

Perak yang wujud semulajadi mempunyai dua jenis isotop stabil, 107Ag yang paling banyak dijumpai (sebanyak 51.839%) dan 109Ag. Berat atom unsur ini ditimbang sebanyak 107.8682(2) u atau g/mol;[6][7] isotop-isotop ini mempunyai jisim atom relatif berkisar antara 93,943 (94Ag) hingga 126,936 (127Ag).[7] Terdapat 20 jenis radioisotop yang dapat dikenalpasti: 105Ag yang paling stabil dengan tempoh separuh hayat 41.29 hari diikuti 111Ag (7.45 hari) dan 112Ag (3.13 jam).

Unsur ini mempunyai tahap kealiran haba antara yang paling tinggi.[8]

Tindak balas

[sunting | sunting sumber]

Logam perak mudah larut dalam asid nitrik (HNO3) menghasilkan argentum nitrat (AgNO3)

Argentum oksida (Ag2O) dihasilkan dari pelaruta nitrat ini dengan larutan bes, ia dimanfaatkan sebagai elektrod positif (atau anod) dalam bateri-bateri tertentu.

Hubungan dengan manusia

[sunting | sunting sumber]

Pemakaian perak merupakan amalan digalakkan dalam kalangan lelaki Muslim[9] mengikuti sunnah Nabi Muhammad yang mempunyai sebentuk cincin perak sepertimana hadis yang diriwayatkan Abu Daud.[10][11][12]

Kegunaan lain

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b "argentum". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  2. ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "Loans - silver". Austronesian Comparative Dictionary. Dicapai pada 4 Julai 2021.
  3. ^ Waruno Mahdi (Jun 1994). "Some Austronesian Maverick Protoforms with Culture-Historical Implications I". Oceanic Linguistics. University of Hawai'i Press. 33 (1): 167–229. doi:10.2307/3623005.
  4. ^
    • "argentum". K. Prent, J. Adisubrata, W. J. S. Poerwadarminta (1969). Kamus Latin-Indonesia. Jogjakarta: Penerbitan Jajasan Kanisius. m/s. 64.
  5. ^ Alex Austin (2007). The Craft of Silversmithing: Techniques, Projects, Inspiration. Sterling Publishing Company, Inc. m/s. 43. ISBN 978-1-60059-131-0.
  6. ^ "Atomic Weights of the Elements 2007 (IUPAC)". Dicapai pada 11 November 2009.
  7. ^ a b "Atomic Weights and Isotopic Compositions for All Elements (NIST)". Dicapai pada 11 November 2009.
  8. ^ Hammond, C. R. (2004). The Elements, in Handbook of Chemistry and Physics (ed. 81st). CRC press. ISBN 978-0-8493-0485-9.
  9. ^ Ahmad Ibn Naqib Al-Misri. Reliance of the Traveller and Tools for the Worshipper (PDF). m/s. f17.
  10. ^ Muhyiddin; Ani Nursalikah (10 Julai 2020). "Seperti Apa Hiasan Cincin yang Dipakai Rasulullah?". Republika.
  11. ^ Diana Scarisbrick (2004). Historic Rings: Four Thousand Years Of Craftsmanship. Kodansha International. m/s. 283–. ISBN 978-4-7700-2540-1.
  12. ^ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (29 Mac 2022). "#771: Lelaki Memakai Cincin Perak". Maktabah Al-Bakri. Dicapai pada 24 Apr 2023.

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]
  • Greenwood, Norman N.; Earnshaw, Alan (1997). Chemistry of the Elements (2nd ed.). Butterworth-Heinemann. ISBN 0-08-037941-9.
  • Weeks, Mary Elvira; Leichester, Henry M. (1968). Discovery of the Elements. Easton, PA: Journal of Chemical Education. ISBN 0-7661-3872-0. LCCN 68-15217.
  • Andreas Brumby, Peter Braumann, Klaus Zimmermann, Francis Van Den Broeck, Thierry Vandevelde, Dan Goia, Hermann Renner, Günther Schlamp, Klaus Zimmermann, Wolfgang Weise, Peter Tews, Klaus Dermann, Alfons Knödler, Karl-Heinz Schröder, Bernd Kempf, Hans Martin Lüschow, Cartrin Peter, Rainer Schiele (2005), "Silver, Silver Compounds, and Silver Alloys", Ullmann's Encyclopedia of Industrial Chemistry, Weinheim: Wiley-VCH, doi:10.1002/14356007.a24_107.pub2

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]