Perakboy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Perakboy ada merupakan siri animasi tempatan di Malaysia yang diilhamkan oleh Kamarulzaman bin Jahidin. Ia dihasilkan oleh usahasama Triple Q Innovation Sdn. Bhd. dan KPerak INC Corporation. Siri ini adalah berkenaan seorang budak bernama Ashraf yang mendapat kuasa mengawal elektrik setelah jatuh kedalam lubang berisi cecair perak. Kuasa tersebut membolehkannya mengawal sistem robotik "Perakboy" ciptaan Doktor Zee.

Plot[sunting | sunting sumber]

Apabila Ashraf yang berumur 11 tahun, dan dua orang kawannya Muthu dan Ho, mengembara kedalam hutan Lenggong untuk membuat kajian tentang Perakman, mereka mendapati tapak tersebut telah musnah. Di hadapan mereka tersergam sebuah kapal angkasa yang amat besar seperti sebuah bangunan yang berteknologi asing. Setelah Ashraf cuba menyelinap masuk kedalam kapal angakasa tersebut, dia dikejar oleh sebuah robot yang menyebabkannya tercampak ke dalam sebuah lubang berisi cecair perak.

Rujukan[sunting | sunting sumber]