Perancis di Zaman Pertengahan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kerajaan Perancis

Royaume de France
843–1492
Flag of Perancis
Flag
Perancis pada tahun 1154
Perancis pada tahun 1154
Ibu kotaParis
Bahasa lazimBahasa Oïl (Perancis Lama), bahasa Occitan, Breton
Agama
Katolik Rom
PemerintahanBeraja
Raja 
• 843-877
Charles Si Botak
• 1483 - 1498
Charles VIII
PerundanganPeranan berparlimen-terhad: Estates-General, Parlement
Sejarah 
843
1337 - 1453
Perjanjian Damai Etaples
Mata wangLivre Perancis
Écu
Franc Perancis
Didahului oleh
Diganti oleh
Francia
Perancis Moden Awal

Perancis semasa Zaman Pertengahan secara kasarnya meliputi dan menyamai kawasan negara Perancis pada hari ini, bermula sejak kematian Charlemagne pada tahun 814 sehingga pertengahan kurun ke-15. Zaman Pertengahan di Perancis ditandai dengan;

  1. Francia Barat (843-987) dan serangan Viking dan perpecahan Empayar Carolingia oleh kuasa-kuasa tempatan, [perlu rujukan]
  2. Penghuraian sistem ekonomi seigneurial dan hak-hak sistem feudal dan tanggungjawab di antara raja-raja dan negeri-negeri di bawah perlindungan, [perlu rujukan]
  3. Pertumbuhan wilayah di bawah kawalan oleh Keluarga Capet (987-1328) dan perjuangan mereka dengan mengembangkan wilayah-wilayah Norman dan Angevin, [perlu rujukan]
  4. Satu jangkamasa limpahan kesenian dan kesasteraan dari kurun ke-12 sehingga awal kurun ke-14, [perlu rujukan]
  5. Kebangkitan Dinasti Valois (1328-1589), dinasti lanjutan dari Perang Seratus Tahun dengan Kerajaan England (1337-1453) dan malapetaka epidemik Black Death (1348), dan [perlu rujukan]
  6. Pengembangan negara Perancis pada kurun ke-15 dan penciptaan identiti Perancis.[perlu rujukan]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Bermula pada zaman pertengahan dan seterusnya, pemerintah Perancis percaya bahwa kerajaan mereka memiliki sempadan semulajadi iaitu: Pyrenees, Alps dan Rhine. Ia telah digunakan sebagai satu alasan untuk polisi agresif dan serangan yang berulang kali dilakukan.[1] Ia bagaimanapun, dari segi realitinya memiliki asas yang kecil untuk kesemua wilayah-wilayah ini digabungkan menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perancis dan kekuasaan Raja di dalam kerajaan ini agak tidak stabil. Wilayah yang membentuk kerajaan Perancis menunjukkan kepelbagaian geografi yang besar, bahagian utara dan tengah memiliki cuaca sederhana sementara bahagian selatan lebih hampir pada cuaca Mediterranean. Meskipun terdapat perbezaan ketara antara bahagian utara dan selatan, terdapat perbezaan ketara bergantung pada jarak pergunungan: terutamanya Banjaran Alps, Pyreneeds dan Massif-Tengah. Perancis mempunyai sungai-sungai utama yang digunakan sebagai jalan air: Loire, Rhone, Seine selain Garonne. Sungai-sungai ini terbentuk lebih awal daripada selebihnya dan kota-kota penting dibina di tebing-tebingnya, tetapi dipisahkan dengan hutan tebal, paya dan permukaan bumi yang kasar.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Elizabeth M. Hallam & Judith Everard - Capetian France 987-1328 editions Longman page 1.
  2. ^ Capetian France 987-1328 page 1.