Perang Belanda-Portugal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perang Belanda-Portugal
Tarikh1602–1654
Lokasi
Lautan Atlantik: Brazil, Afrika Barat, Afrika Selatan; Lautan Hindi: India, Hindia Timur, Indochina; China
Keputusan Pembentukan Empayar Belanda, Perang Pemulangan Portugal
Pihak yang terlibat
Portugal Kerajaan Portugal (awalnya di bawah kekuasaan Habsburg)
Sepanyol Kerajaan Sepanyol
Kerajaan Cochin
Republik Belanda Republik Belanda
England Kerajaan England
Johor Kesultanan Johor
Dominion Ceylon Kerajaan Kandy
Kerajaan Kongo
Kerajaan Ndongo-Matamba
Rio Grande Tupis
Nhandui Tarairiu Tribe
Puak Potiguar
Komandan dan pemimpin
Portugal Viceroy Pedro da Silva
Portugal High-Captain António Teles de Meneses
Portugal Komander Nuno Álvares Botelho
Portugal Gabenor-Jeneral Matias de Albuquerque
Portugal Martim Afonso de Castro
Sepanyol Laksamana Don Fadrique de Toledo Osório
Portugal Salvador de Sá
Republik Belanda John Maurice dari Nassau
Republik Belanda Piet Pieterszoon Hein
Republik Belanda Cornelis Matelief de Jonge
Republik Belanda Laksamana Adam Westerwolt
Republik Belanda Jeneral Gerard Hulft
England Earl Cumberland

Perang Belanda-Portugal merupakan satu konflik bersenjata yang membabitkan angkatan Belanda dalam bentuk Syarikat Hindia Timur Belanda dan Syarikat Hindia Barat Belanda, menentang Empayar Portugal. Bermula pada 1602, konflik ini melibatkan syarikat-syarikat Belanda menyerang koloni-koloni Portugal di Amerika, Afrika, India dan Timur Jauh. Perang ini dianggap sebagai lanjutan daripada Perang Lapan Puluh Tahun di Eropah pada tempoh konflik di antara Sepanyol dan Belanda, di mana Portugal masih berada di dalam kesatuan Takhta Sepanyol sepanjang tempoh konflik. Bagaimanapun, konflik ini memberi kesan yang kecil pada perang di Eropah, sebaliknya bertindak sebagai kaedah utama bagi Belanda untuk mendapatkan kawalan di empayar luar negara dan mengawal perdagangan sehingga merugikan Portugal. Angkatan Inggeris juga membantu Belanda pada tempoh tertentu semasa perang.

Akibatnya, meskipun Portugal telah menang di Amerika Selatan, Belanda jelas telah mendapat kemenangan di Timur Jauh. Impian Belanda di bahagian-bahagian lain di dunia tidak berjaya ekoran tentangan daripada Portugal. Inggeris juga mendapat manfaat daripada perang yang berpanjangan di antara dua seteru utama ini di Timur Jauh.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • BOXER, C. R., "The Portuguese Seaborne Empire 1415-1825", 1969

Pautan luar[sunting | sunting sumber]