Perang Bibir (2017)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perang Bibir
GenrePertandingan nyanyian realiti
PengacaraSherry Alhadad
Dennis Yin
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Malaysia
Penerbitan
LokasiSri Pentas 2, Bandar Utama, Damansara, Kuala Lumpur
Tempoh siaranSelama 1 jam
Penyiaran
Saluran asalTV9
Format gambar4:3
Siaran asal2 Mac 2017 (2017-03-02) – 18 Mei 2017 (2017-05-18)
Kronologi
MengikutiPerang Bibir (2016)
Diikuti olehTidak dipastikan
Rancangan berkaitan
Perang Bibir (siri TV)

Perang Bibir ialah salah satu program gerak bibir bertemakan sebuah rancangan permainan di televisyen terbitan Primeworks Studios yang ditayangkan di saluran TV9. Musim pertama program ini ditayangkan pada musim hari raya Aidilfitri 2016 yang menampilkan Nabila Huda dan Issey Fazlisham. Pada musim kedua pula, Sherry Alhadad dan Dennis Yin dipilih sebagai pengacara dan 24 peserta yang terdiri daripada kalangan artis lelaki dan perempuan di Malaysia. Rancangan ini mula ditayangkan pada 2 Mac 2017 setiap hari Khamis. Rancangan ini ditayangkan dari jam 10.30 malam hingga 11.30 malam.

Konsep[sunting | sunting sumber]

Sebanyak 12 episod ditayangkan dan 24 peserta akan bersaing untuk merebut hadiah bernilai RM30,000 dan trofi. Perang Bibir mempunyai 3 peringkat bagi setiap perlawanan iaitu peringkat kelayakan (episod 1-8), peringkat separuh akhir (episod 9-11) dan peringkat akhir (episod 12). Setiap episod akan menampilkan 3 orang peserta. Di peringkat kelayakan, para pemenang setiap pusingan atau episod akan mencabar rakan artis yang lain untuk bersaing dengan dua lagi artis di episod seterusnya. Manakala bagi peserta yang tewas akan ditentukan di peringkat wildcard untuk terus mara ke pusingan separuh akhir ketiga. Cabaran Perang Bibir mempunyai dua permainan, antaranya perang bibir bertema dan perang bibir spontan. Namun di peringkat separuh akhir, perang bibir spontan akan ditukar kepada nyanyian atau gerak bibir yang membolehkan para peserta memilih lagu pilihan mereka. Peringkat akhir yang merangkumi Lipsync pertama menampilkan para finalis membuat persembahan bersama artis jemputan, whisper challenge dan lipsync solo yang mana semua finalis men-lipsync lagu pilihan mereka.

Juri Jemputan bagi peringkat akhir ialah Ucop dan Amy Mastura. Pemarkahan setiap finalis dikira 50 mata daripada juri jemputan dan 50% daripada jeritan penonton di studio.

Peserta[sunting | sunting sumber]

Seramai 24 orang selebriti terpilih oleh pihak produksi yang rata-ratanya terdiri daripada barisan pelakon drama dan filem.[1]

Artis Lelaki[sunting | sunting sumber]

Bilangan Peserta Kerjaya
1 Ryzal Jaafar Pelakon
2 Syazwan Zulkifli Pelakon
3 Izzue Islam Pelakon
4 Taufiq Hanafi Pelakon
5 Daler Yusuf Pelakon
6 Mustaqim Bahadon Pelakon
7 Amar Asyraf Pelakon
8 Luqman Hafidz Pelakon
9 Syafiq Kyle Pelakon
10 Hafeez Mikail Pelakon
11 Raja Afiq Pelakon
12 Syazuwan Hassan Pelakon
13 Azrel Ismail Pelakon

Artis Perempuan[sunting | sunting sumber]

Bilangan Peserta Kerjaya
1 Siti Elizad Pelakon
2 Mawar Rashid Pelakon
3 Zulin Aziz Pelakon
4 Nur Risteena Pelakon
5 Puteri Aishah Pelakon
6 Neera Azizi Pelakon
7 Izreen Azminda Pelakon
8 Ramona Zamzam Pelakon
9 Reen Rahim Pelakon
10 Hana Aqeela Pelakon
11 Adeline Tsen Pelakon

Perjalanan permainan[sunting | sunting sumber]

Episod & Tarikh disiarkan Peserta Pemenang
Episod 1
(2 Mac 2017)
Ryzal Jaafar
Siti Elizad
Syazwan Zulkifli
Syazwan Zulkifli
Episod 2
(9 Mac 2017)
Izzue Islam (dicabar oleh Syazwan Zulkifli)
Mawar Rashid
Taufiq Hanafi
Mawar Rashid
Episod 3
(16 Mac 2017)
Zulin Aziz (dicabar oleh Sherry Al Hadad)
Daler Yusuf
Nur Risteena
Zulin Aziz
Episod 4
(23 Mac 2017)
Puteri Aishah (dicabar oleh Zulin Aziz)
Neera Azizi
Mustaqim Bahadon
Neera Azizi
Episod 5
(30 Mac 2017)
Amar Asyraf (dicabar oleh Neera Azizi)
Izreen Azminda
Luqman Hafidz
Izreen Azminda
Episod 6
(6 April 2017)
Syafiq Kyle (dicabar oleh Izreen Azminda)
Hafeez Mikail
Ramona Zamzam
Hafeez Mikail
Episod 7
(13 April 2017)
Azrel Ismail (dicabar oleh Hafeez Mikail)
Reen Rahim
Hana Aqeela
Reen Rahim
Episod 8
(20 April 2017)
Raja Afiq (dicabar oleh Reen Rahim)
Syazuwan Hassan
Adeline Tsen
Syazuwan Hassan
Episod 9
Separuh Akhir 1
(27 April 2017)
Syazwan Zulkifli
Mawar Rashid
Zulin Aziz
Zulin Aziz
Episod 10
Separuh Akhir 2
(4 Mei 2017)
Neera Azizi
Izreen Azminda
Hafeez Mikail
Neera Azizi
Episod 11
Separuh Akhir 3
(11 Mei 2017)
Reen Rahim
Syazuwan Hassan
Ryzal Jaafar (wildcard)
Ryzal Jaafar
Episod 12
Akhir
(18 Mei 2017)
Zulin Aziz
Neera Azizi
Ryzal Jaafar
Zulin Aziz

Pemenang[sunting | sunting sumber]

Peserta Pencapaian Hadiah kemenangan
Zulin Aziz Juara RM 30,000.00 & Trofi
Ryzal Jaafar Naib Juara Tidak disediakan
Neera Azizi Ketiga Tidak disediakan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.