Perang Byzantine–Uthmaniyah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perang Byzantine–Uthmaniyyah

Atas kiri ikut jam: Tembok Constantinople, Janissary Uthmaniyah, Bendera Byzantine, Meriam Tembaga Uthmaniyah.
Tarikh1265–1479 M
Lokasi
Asia (Asia Minor), Balkan
Keputusan Kemenangan Uthmaniyyah
Kejatuhan Empayar Byzantine
Pihak yang terlibat
 Empayar Byzantine
 Republik Genoa
 Republik Venezia
Empayar Trebizond
Despotat Morea
Despotat Epirus
 Empayar Uthmaniyah

Perang Byzantine–Uthmaniyah ialah satu siri konflik muktamad antara pihak Turki Uthmaniyah dengan Byzantine yang membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine dan kebangkitan Empayar Uthmaniyah.

Dalam tahun 1204, ibu kota Byzantine, Constantinople (sekarang Istanbul), dijarah dan diduduki oleh bala tentera Salibi, satu saat penting dalam Perpecahan Timur-Barat Kristian. Empayar Byzantine, yang sudahpun lemah akibat pemerintahan salah, berpecah dan berada dalam keadaan kelam kabut.[1] Kesultanan Rum telah mengambil kesempatan dan mula merampas wilayah di Asia Barat (Asia Minor) sehinggalah mereka berjaya ditentang oleh Empayar Nicaea dan dihalang daripada merampas tanah-tanah yang masih di bawah pemerintahan Romawi. Akhirnya Constantinople dirampas semula oleh Empayar Latin dalam tahun 1261 M oleh Empayar Nicaea. Walau bagaimanapun, kedudukan Empayar Byzantine di benua Eropah masih tidak menentu akibat kehadiran kerajaan-kerjaan yang bersaing dengannya, yakni Despotate Epirus, Serbia dan Empayar Bulgaria Kedua. Keadaan sedemikian, dicampuri pula dengan pengurangan kuasa Kesultanan Rum (pesaing utama Byzantine di Asia) membawa kepada pengunduran anggota tentera dari Asia Minor buat memperkukuhkan kedudukan Byzantine di Thrace.[2] Walaupun demikian, kelemahan Kesultanan Rum bukan merupakan barakah buat Empayar oleh sebab para bangsawan yang dikenali sebagai ghazi mula membina jajahan sendiri dan ini mengakibatkan kerugaian pihak Byzantine. Sementara ramai bey Turk mengambil bahagian dan penaklukan wilayah Byzantine dan Seljuk, wilayah-wilayah di bawah pemerintahan seorang Bey bernama Osman I menjadi ancaman terbesar buat Nicaea dan Constantinople. Menjelang tahun 1299 M, Osman I berasa keduduaknnya sudah kuat dan menggelar dirinya Sultan dan selepas itu wilayah-wilayah di bawah jajahannya dikenali sebagai Empayar Uthmaniyh.

Dalam masa 50 tahun selepas penubuhan beylik Uthmaniyah oleh Osman I, Asia Minor Byzantine menjadi pupus[3] dan menjelang ca. 1380 M, Thrace Byzantine pula jatuh ke tangan Uthmaniyah. Dalam ca. 1400, Empayar Byzantine yang pada suatu masa dahulu gagah dan kuat, tidak lebih daripada himpunan Despotate Morea, beberapa pulau Aegean dan genting tanah di Thrace, berdekatan dengan wilayah Ibu Kota. Perang Salib Nicopolis yang berlangsung dalam tahun 1396 M, serangan Timur dalam tahun 1402 dan terakhir sekali, Perang Salib Varna dalam tahun 1444 membolehkan Constantinople yang sudah hancur itu menangkis kekalahan sehinggalah tahun 1453. Dengan tamatnya peperangan, keutuhan Uthmaniyah tertubuh di timur Mediterranean.

Kebangkitan Uthmaniyyah: 1265–1328 M[sunting | sunting sumber]

Berikutan penaklukan semula Constantinople oleh Michael VIII Palaeologus dalam tahun 1261 M, kedudukan Empayar Byzantine berada dalam keadaan darurat. terdapat banyak cakap-cakap dalam kalangan negeri-negeri Latin di tanah besar Yunani dan wilayah-wilayah lain tentang perampasan semula Constantinople bagi pihak Empayar Latin.[4] sementara dari arah utara ancaman utama datang daripada pengembangan Serbia ke dalam wilayah Balkan oleh Raja Stephen Uros.[5] Apa yang pada suatu masa dahulu menjadi perbatasan kuat di bawah wangsa Komnenia di sungai Danube sekarang menjadi ancaman kepada Constantinople sendiri.

Timur Tengah c. 1263 M.[6][7][8] KUNCI: Hijau Pekat: Domain Uthmaniyah sehingga 1300-an, barisan bertitik menunjukkan penaklukan sehingga tahun 1326 M Unggu: Empayar Byzantine Hijau Muda: Tanha-tanah Turk Biru: Cilicia Merah/Merah Jambu: Negeri-negeri Latin

Untuk menyelesaikan masalah-masalah ini, Michael Palaeologus mula memperkukuhkan pemerintahannya; beliau memerintahkan maharaja bersamanya, yang lebih muda, John IV dibutakan, dan ini menyebabkan timbulnya rasa tidak puas hati yang amat.[4] Untuk menangani masalah ini, Maharaja Byzantine itu melantik Patriarch Constantinople yang baharu, yakni Germanus III, dan memerintahkan Germanus III agar memansuhkan perintah pengucilan yang diletakkan terhadapnya oleh bekas Patriarch Arsenios Autoreianos dan agar Patriah itu tunduk kepada kuasa Rom agar ancaman Latin dapat dikurangkan.[4]

Sambil Empayar Byzantine meneruskan penaklukan wilayah Latin, pihak Turk, di bawah Osman I mula menceroboh ke dalam tanah Anatolia Byzantine; Sogut dan Eskisehir masing-masing ditakluki dalam tahun 1265 dan 1289 M.[2] Michael Palaeologus tidak dapat menangani kerugian awal ini oleh sebab beliau terpaksa memindahkan tenteranya ke wilayah Barat.

Dalam tahun 1282, Michael Palaeologus meninggal dunia dan anak lelakinya, Andronicus II mengambil alih kuasa. Kematian Maharaja Byzantine lama itu membawa kesenangan kepada orang awam; dasar beralahnya terhadap pihak geraja di Rom, pencukaian yang berat dan perbelanjaan ketenteraan yang besar membebankan rakyak jelata. Sementara Turk Uthmaniyah mula merampas tanah daripada Empayar, mereka dilihat sebagai pembebas orang Anatolia dan ramai yang memeluk Islam, sekaligus melemahkan asas kuasa Ortodoks Byzantine.[9]

Pemerintahan Andronicus ditandai oleh ketidakcekapan dan keputusan-keputusan yang tidak bijak yang dalam jangka masa lama membawa kepada keruntuhan Empayar Byzantine. Beliau mula merendahkan nilai hyperpyron (mata wang) Byzantine, mengakibatkan pengurangan nilai ekonomi Byzantine; cukai dikurangkan buat golongan Berkuasa yakni bangsawan yang memilik tanah dan mengenakan Pronoia terhadap rakyat kelas Kesatria. Bagi mempopularkan pemerintahannya, beliau meninggalkan kesatuan antara Gereja Ortodoks dan Katolik yang ditetapkan oleh Majlis Lyon Kedua dalam tahun 1274 M, dan dengan ini meningkatkan lagi perasaan saling membenci antara orang Latin dan Byzantine.[10]

Andronicus II menaruh minat mendalam terhadap pemulihan tanah-tanah Anatolia milik Byzantium dan memerintahkan pembinaan kubu di Anatolia serta latihan bala tenteranya.[10] Maharaja Byzantine memerintahkan pemindahan istananya ke Anatolia agar dapat menyelia kempen-kempen tentera di sana dan mengarahkan Jeneralnya, Alexios Philanthropenos agar menolak kemaraan Turk. Kejayaan-kejayaan awal tidak memberi manfaat apabila Alexios melaksanakan kudeta yang gagal, yang membawa kepada hukuman buta dan dengan itu, pemberhentian kempen-kempennya. Ini membolehkan Uthmaniyah untuk mengepung Nicaea dalam tahun 1301. Kekalahan lanjut terhadap anak lelaki Andronicus, Michael IX, dan Jeneral Byzantine, George Mouzalon, berlaku di Magnesia dan di Bapheus dalam tahun 1302 M.[10]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ The Fourth Crusade and the Sack of Constantinople, Jonathan Phillips, History Today v 54:5 2004
  2. ^ a b Compact History, pp. 70–71
  3. ^ Grant, R.G. (2005). Battle a Visual Journey Through 5000 Years of Combat. London: Dorling Kindersley. m/s. 122.
  4. ^ a b c Mango, Cyril. The Oxford History of Byzantium. 1st ed. New York: Oxford UP, 2002. pp. 255–257
  5. ^ Mango, Cyril. The Oxford History of Byzantium. 1st ed. New York: Oxford UP, 2002. 260
  6. ^ Madden, Thomas F. Crusades: the Illustrated History. 1st ed. Ann Arbor: University of Michigan P, 2005 pg 162
  7. ^ Grant, R G. Battle: a Visual Journey Through 5000 Years of Combat. London: Dorling Kindersley, 2005 pg 93
  8. ^ Shepherd, William R. "The Byzantine Empire in 1265." Perry-Castañeda Library. 1926. University of Texas Libraries. June 15, 2007. See [1].
  9. ^ Bentley, Jerry H., and Herb F. Ziegler. Traditions & Encounters: a Global Perspective on the Past. 3rd ed. Vol. 1. New York: McGraw-Hill, 2006
  10. ^ a b c Oxford History, pp. 260–261

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Bartusis, Mark C. (1997), The Late Byzantine Army: Arms and Society 1204–1453, University of Pennsylvania Press, ISBN 0-8122-1620-2
  • R.G. Grant, Battle: A Visual Journey Through 5,000 Years of Combat, Dorling Kindersley Publishers Ltd, 2005.
  • Philip Sherrard, Great Ages of Man: Byzantium, Time-Life Books
  • Madden, Thomas F. Crusades: the Illustrated History. 1st ed. Ann Arbor: University of Michigan P, 2005
  • Parker, Geoffrey. Compact History of the World. 4th ed. London: Times Books, 2005
  • Laiou, Angeliki E. (1972), Constantinople and the Latins: The Foreign Policy of Andronicus II, 1282–1328, Harvard University Press, ISBN 978-0-674-16535-9
  • Mango, Cyril. The Oxford History of Byzantium. 1st ed. New York: Oxford UP, 2002
  • Nicol, Donald MacGillivray (1993), The Last Centuries of Byzantium, 1261–1453, Cambridge University Press, ISBN 978-0-521-43991-6
  • Treadgold, Warren T. (1997), A History of the Byzantine State and Society, Stanford University Press, ISBN 0-8047-2630-2
  • Vryonis, Speros S. (1971). The decline of medieval Hellenism in Asia Minor: And the process of Islamization from the eleventh through the fifteenth century. University of California Press. ISBN 978-0-520-01597-5.