Perang China-Jepun Kedua
Perang Cina-Jepun Kedua | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perang Dunia II | |||||||||
![]() Peta yang menunjukkan takat penguasaan Jepun pada tahun 1940 | |||||||||
| |||||||||
Pihak yang terlibat | |||||||||
![]() |
![]() | ||||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||||
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() | ||||||||
Kekuatan | |||||||||
5,600,000 askar | 4,100,000 askar (termasuk 900,000 askar Pihak Berikat) [1] | ||||||||
Kerugian dan korban | |||||||||
3,200,000 tentera, 17,530,000 orang awam | 2,100,000 askar |
Perang China-Jepun Kedua (7 Julai 1937–9 September 1945) atau juga dikenali sebagai Perang Menentang Jepun ialah perang utama antara Republik China dan Empayar Jepun sebelum dan semasa Perang Dunia kedua. Walaupun kedua-dua pihak telah menyerang satu sama lain, mulai dari tahun 1931, perang telah berlaku secara besar-besaran pada tahun 1937 dan hanya diakhiri dengan penyerahan Jepun pada tahun 1945. Pencerobohan ini dirancang Tentera Empayar Jepun dengan tujuan untuk menguasai China.
Sebelum tahun 1937, kedua-dua pihak telah melancarkan serangan yang digelar "peristiwa." Penaklukan Manchuria oleh Jepun pada tahun 1931 dikenali sebagai "Peristiwa Mukden". 'Peristiwa' terakhir pada tahun 1937 yang dikenali sebagai Peristiwa Jambatan Marco Polo menandakan permulaan peperangan antara kedua-dua negara. Sejak dari tahun 1937 hingga tahun 1941, China melawan tanpa bantuan. Selepas Serangan Pelabuhan Mutiara, perang ini menjadi salah satu medan utama dalam Perang Dunia II. Malah, ia perang terbesar bergolak di benua Asia terakam sepanjang abad kedua puluh dari segi skala.[2]
Fakta-fakta Perang[sunting | sunting sumber]
Di negara China, Perang China-Jepun Kedua dikenali sebagai Perang Menentang Jepun (Cina Tradisional: 抗日戰爭 , Cina Ringkas: 抗日战争 , pinyin: Kàng Rì Zhànzhēng), atau Perang Penentangan 8 tahun (八年抗戰 ), atau lebih ringkas lagi, Perang Penentangan (抗戰 ).
Di Jepun, perang itu dinamai Perang Jepun-China (日中戦争, Nicchū Sensō) untuk memberikan nada berkecuali. Ketika perang bermula pada Julai 1937 dekat Beijing, kerajaan Jepun menggunakan nama Peristiwa China Utara (北支事変 , Hokushi Jihen) tetapi dengan meletusnya perang, mereka menggunakan nama Peristiwa China (支那事変 , Shina Jihen).
Perkataan peristiwa (事変 , jihen) digunakan oleh Jepun kerana kedua-dua pihak belum mengisytiharkan perang antara satu sama lain. Jepun ingin mengelakkan campur tangan negara barat seperti Britain dan terutamanya Amerika Syarikat yang merupakan pengeksport utama besi kepada Jepun. Presiden Roosevelt akan mengenakan sekatan disebabkan Akta Keberkecualian jika ia adalah perang. Dalam propaganda Diraja, pencerobohan China merupakan 'jihad' (seisen), langkah pertama untuk hakko ichi'u (lapan sudut di bawah satu bumbung). Pada tahun 1940, Perdana Menteri Konoe melancarkan Liga anggota Diet yang mempercayai matlamat Jihad. Apabila kedua-dua kerajaan China dan Jepun mengisytiharkan perang pada Disember 1941, nama peperangan digantikan dengan Perang Asia Timur Raya (大東亜戦争 , Daitōa Sensō).
Walaupun kerajaan Jepun menggunakan frasa "Peristiwa Shina" dalam dokumen-dokumen rasminya kerana perkataan Shina dianggap sebagai perkataan menghina oleh China, media-media di Jepun sering memparafrasakannya dengan ungkapan-ungkapan lain seperti Peristiwa Jepun-China (日華事変 [Nikka Jihen], 日支事変 [Nisshi Jihen] yang digunakan oleh media sejak dari dekad 1930-an lagi.
Malah nama Perang China-Jepun Kedua biasanya tidak digunakan di Jepun kerana mengikut Jepun, perangnya dengan Empayar Qing (Perang China-Jepun Pertama; 日清戦争 , Nisshin-Sensō) pada tahun 1894 langsung tidak berkait dengan perang ini.
Latar belakang[sunting | sunting sumber]
Perang China-Jepun Kedua bermula dengan Perang China-Jepun I pada tahun 1894-95, dengan China di bawah Dinasti Qing dikalahkan oleh Jepun dan dipaksa menyerahkan Taiwan serta juga mengiktiraf 'kemerdekaan' Korea melalui Perjanjian Shimonoseki. Dinasti Qing berada dalam zaman kejatuhannya, akibat imperialisme barat serta pemberontakan dalaman, manakala Jepun menjadi kuasa besar melalui proses pemodenan yang berkesan.
Republik China ditubuhkan pada tahun 1912 selepas Revolusi Xinhai yang menggulingkan Dinasti Qing. Walau bagaimanpun, Republik tersebut adalah lemah, akibat penguasaan para hulubalang. Prospek menyatukan negara dan menghalau kuasa imperialis adalah tipis, dengan sesetengah hulubalang memihak kepada berbagai-bagai kuasa asing dalam usaha-usaha untuk menghapuskan satu sama lain. Umpamanya, hulubalang Zhang Zuolin dari Manchuria secara terbuka bekerjasama dengan Jepun supaya ingin menerima bantuan ketenteraan dan ekonomi.
Adalah semasa tempoh awal Republik China bahawa Jepun menjadi ancaman asing yang terbesar kepadanya. Pada tahun 1915, Jepun mengisytiharkan Dua Puluh Dua Tuntutan untuk melanjutkan kepentingan politik dan perdagangan di China. Selepas Perang Dunia I, Jepun mengambil alih lingkungan pengaruh Jerman di Shandong. China di bawah kerajaan Beiyang masih berpecah belah dan tidak berupaya menentang sebarang serangan asing sehingga pelancaran Ekspedisi Utara pada tahun 1926-28 oleh Kuomintang (KMT, atau Parti Nasionalis Cina), kerajaan pesaingnya yang berpusat di Guangzhou.
Ekspedisi Utara merentasi China dengan mudah sehingga disekat di Shandong apabila Zhang Zongchang, hulubalang Beiyang yang disokong oleh Jepun, cuba menghentikan Tentera Kuomintang daripada menyatukan China. Keadaan ini memuncak dengan Peristiwa Jinan pada tahun 1928 yang mengakibatkan pertempuran singkat antara tentera Kuomintang dengan tentera Jepun. Pada tahun yang sama, Zhang Zuolin, hulubalang Manchuria, dibunuh oleh Jepun apabila beliau enggan bekerjasama dengannya. Menyusul peristiwa-peristiwa ini, kerajaan Kuomintang di bawah Chiang Kai-shek akhirnya berjaya menyatukan China pada tahun 1928.

Walaupun demikian, banyak pertempuran antara China dan Jepun masih berlarutan dengan kebangkitan nasionalisme China yang memiliki salah satu maklumat Tiga Prinsip Rakyat yang bertujuan untuk menghapuskan imperialisme asing sama sekali dari China. Bagaimanapun, Ekspedisi Utara hanya dapat menyatukan China pada nama sahaja, dengan perang-perang saudara tercetus antara bekas hulubalang-hulubalang dan puak-puak Kuomintang. Tambahan pula, para komunis Cina memberontak terhadap kerajaan pusat. Kerana keadaan-kedadaan ini, kerajaan pusat China banyak mengalihkan perhatian mereka kepada perang-perang saudara dan mengikut dasar "pendamaian dalaman dahulu sebelum penentangan kuasa asing". Keadaan ini memberikan peluang yang mudah kepada Jepun untuk melanjutkan keganasannya.
Pada tahun 1931, tentera Jepun menyerang Manchuria sejurus selepas Peristiwa Mukden. Selepas lima bulan bertempur pada tahun 1932, negara boneka Manchukuo diasaskan dengan Puyi, maharaja terakhir China, dilantik sebagai ketua negara. Tidak berupaya mencabar Jepun secara langsung, China merayu kepada Liga Bangsa untuk bantuan. Penyiasatan Liga menerbitkan Laporan Lytton yang mengutuk Jepun untuk serangan Manchurianya, dan mengakibatkan Jepun menarik diri daripada pertubuhan antarabangsa tersebut. Sejak dari akhir dekad 1920-an dan pada sepanjang dekad 1930-an, dasar beralah merupakan dasar komuniti antarabangsa, dengan tiadanya sebarang negara yang rela mengambil pendirian yang aktif selain daripada celaan lemah. Jepun melihatkan Manchuria sebagai suatu bekalan bahan-bahan mentah yang tidak terhad serta juga sebagai sebuah negara penampan terhadap Kesatuan Soviet.
Pertempuran-pertempuran tidak henti-henti menyusul Peristiwa Mukden. Pada tahun 1932, askar-askar Cina dan Jepun bertempur dalam pertempuran singkat dalam Peristiwa 28 Januari. Perang itu menyebabkan penyahtenteraan Shanghai yang melarang China menempatkan sebarang askar di dalam bandar raya sendiri. Di Manchukuo, sebuah kempen berterusan dijalankan untuk menewaskan tentera sukarelawan yang muncul, akibat kekecewaan umum terhadap dasar ketaktentangan Jepun. Pada tahun 1933, Jepun menyerang wilayah Tembok Besar dan ekoran daripada pertempuran itu, Kedamaian Sementara Tanggu dimeterai yang memberikan Jepun penguasaan ke atas provinsi Rehe serta sebuah kawasan bebas tentera antara Tembok Besar dan wilayah Beiping-Tianjin. Jepun juga bertujuan untuk mencipta lagi sebuah wilayah penampan, kini antara Manchukuo dan Nanjing, ibu negara kerajaan Nasionalis Cina.
Selain itu, Jepun semakin mempergunakan pertikaian-pertikaian dalaman antara puak-puak Cina untuk mengurangkan kekuatan mereka satu demi satu. Oleh itu, walaupun beberapa tahun telah berlalu selepas Ekspedisi Utara, kuasa politik kerajaan Nasionalis masih hanya berkisar di sekitar wilayah Delta Sungai Yangtze, dengan wilayah-wilayah China yang lain pada dasarnya dipegang oleh kuasa-kuasa tempatan.
Jepun sering membayar atau mencipta hubungan khas dengan kuasa-kuasa wilayah supaya dapat menjejaskan usaha-usaha kerajaan pusat Nasionalis untuk menyatukan China. Untuk berbuat demikian, Jepun mencari-cari berbagai-bagai pengkhianat Cina untuk bekerjasama dan membantu mereka mengetuai sebilangan kerajaan "autonomi" yang menyokong Jepun. Dasar ini dipanggil "Pengkhususan" China Utara (Bahasa Cina: 華北特殊化 ; pinyin: húaběitèshūhùa), atau lebih dikenali sebagai "Gerakan Autonomi China Utara". Provinsi-provinsi utara yang terjejas oleh dasar ini ialah Chahar, Suiyuan, Hebei, Shanxi, dan Shandong.
Di bawah tekanan Jepun pada tahun 1935, China memeterai Perjanjian He-Umezu yang melarang Kuomintang (KMT) daripada menjalankan operasi partinya di Hebei dan secara berkesan, menamatkan penguasaan Cina terhadap China Utara. Pada tahun yang sama, Perjanjian China-Doihara dimeterai dan mengakibatkan KMT disingkirkan dari Provinsi Chahar. Dengan itu, kerajaan pusat Cina disingkirkan sama sekali daripada China Utara menjelang akhir tahun 1935. Sebagai ganti, Majlis Autonomi Hebei Timur (disokong oleh Jepun), dan Majlis Politik Hebei-Chahar diasaskan.
Untuk memahami kerumitan penglibatan Rusia, United Kingdom, dan Amerika Syarikat yang kemudian dalam Perang China-Jepun Kedua, alasan-alasan dan niat-niat yang mendasari penglibatan masing-masing dalam perang ini harus diperhatikan:
Jepun: Niat-niat Jepun adalah jelas: untuk mencipta kemakmuran Jepun melalui memperoleh sumber-sumber China untuk tujuan tersebut. Jepun tidak bertujuan untuk memerintah China secara langsung, tetapi ingin mengasaskan kerajaan-kerajaan boneka yang menyokong kepentingannya. Untuk mendukung matlamat-matlamatnya, Jepun harus menguasai banyak sumber semula jadi, seperti yang terdapat di Malaysia, Indonesia, dan Filipina yang ketika itu masing-masing dikuasai oleh Britain, Belanda, dan Amerika Syarikat.
China (Nationalis): China Nationalis mempunyai banyak matlamat: untuk menentang keganasan Jepun, menyatukan China di bawah sebuah kerajaan pusat, menghapuskan pengaruh asing dari China, menewaskan komunisme, serta juga untuk muncul semula sebagai sebuah negara yang kuat.
China (Komunis): Pihak komunis membiarkan tentera Nasionalis melakukan kebanyakan pertempuran dengan Jepun, sementara menjalankan perang gerila terhadap tentera Jepun. Parti Komunis Cina cuba mengelakkan sebarang pertempuran langsung dengan tentera Jepun kerana berharap dapat muncul daripada peperangan lebih kuat daripada tentera Nasionalis. Dengan itu, pihak komunis akan menjadi pemenang dalam pertempuran yang tidak dapat dielakkan dengan pihak Nasionalis untuk penguasaan China.
Kesatuan Soviet: Kesatuan Soviet membiarkan Jepun melampaui keupayaannya di China supaya ia dapat bertempur dengan tentera Jerman di Barat tanpa menurunkan banyak askar di Timur terhadap serangan Jepun yang mungkin. Tambahan pula, sebuah China yang dilemahkan akan membenarkan pihak komunis China berkembang dan akhirnya mengambil alih negara itu, dan memberikannya suatu sekutu yang berpotensi serta sebuah zon penampan terhadap dasar peluasan kuasa Barat dan Jepun.
United Kingdom: United Kingdom terpaksa bertempur dengan Jerman di Eropah sementara membenarkan China bertempur dengan Jepun sehingga menemui jalan buntu, kerana hendak mendapatkan lebih banyak masa untuk memperoleh semula tanah-tanah jajahan Pasifiknya di Malaysia kini, Burma, dan Singapura. Kebanyakan askar British dipergunakan untuk bertempur di Eropah dan oleh itu, tidak banyak yang dapat diturunkan dalam perang di Pasifik.
Amerika Syarikat: Amerika Syarikat umumnya mengamalkan dasar pemencilan sebelum serangan Pelabuhan Mutiara dan tidak ingin memprovokasi Jepun secara langsung. Menyusul kemasukan Amerika ke dalam Perang Dunia II, Amerika Syarikat harus menewaskan tentera Jepun di Pasifik sementara bertempur juga dengan tentera Jerman di Kancah Eropah. Keutamaannya adalah untuk menewaskan tentera Jerman terlebih dahulu. Amerika Syarikat memulakan kempen pelompatan dari pulau ke pulau untuk mencapai pangkalan-pangkalan yang cukup dekat dengan Jepun untuk menyokong serangan-serangan pengeboman dan akhirnya serangan langsung. Apabila tentera Jerman menyerah, perang di Timur harus ditamatkan dengan secepat mungkin tanpa banyak pengorbanan tentera Amerika Syarikat.
Adalah jelas ketika itu bahawa China Nasionalis menghadapi tugas yang amat sukar kerana sekutu-sekutunya memiliki kepentingan yang tidak semestinya sepadan dengan kepentingan China. Jika fakta-fakta ini diingati, sesetengah keputusan Pihak Berikat akan lebih mudah difahami.
Tokoh utama[sunting | sunting sumber]
China: Pihak Nationalis[sunting | sunting sumber]
|
China: Pihak Komunis[sunting | sunting sumber]
|
Jepun: Tentera Empayar Jepun[sunting | sunting sumber]
|
Kerajaan Boneka[sunting | sunting sumber]Kerajaan Sementara Republik China
|
Tokoh asing yang menyebelahi China[sunting | sunting sumber] |
Pertempuran dalam Perang China-Jepun Kedua[sunting | sunting sumber]
Kempen[sunting | sunting sumber]
Pertempuran[sunting | sunting sumber]
Pertempuran dengan rencana. Bendera menunjukkan pihak pemenang, manakala tarikh menunjukkan permulaan, kecuali Changsa yang bermula pada Disember 1941.
Mukden, September 1931
Penjajahan Manchuria ,September 1931
Kempen Jiangqiao , Oktober 1931
Penentangan di Jambatan Nenjiang, November 1931
Operasi Chinchow, Disember 1931
Pertahanan Harbin, Januari 1932
Shanghai (1932), Januari 1932
Pengamanan Manchukuo, Mac 1932
Operasi Anti Penyamun Manchukuo, Mac 1932
Operasi Nekka, Januari 1933
Tembok Besar, Januari 1933
Pertempuran Rehe, Februari 1933
- Aksi di Mongolia Dalam (1933-36)
Pertempuran Jambatan Lugou (Peristiwa Jambatan Marco Polo), Julai 1937
Beiping-Tianjin, Julai 1937
Chahar, Ogos 1937
Pertempuran Shanghai, Ogos 1937
Operasi Landasan Keretapi Beiping–Hankou, Ogos 1937
Operasi Landasan Keretapi Tianjin–Pukou, Ogos 1937
Taiyuan, September 1937
Pertempuran Pingxingguan, September 1937
Pertempuran Xinkou, September 1937
Pertempuran Nanjing, Disember 1937
PertempuranXuzhou, Disember 1937
Honan Utara dan Timur,1938, Januari 1938
Pertempuran Lanfeng, Mei 1938
Operasi Amoy, Mei 1938
Pertempuran Wuhan, Jun 1938
Operasi Canton, Oktober 1938
Operasi Pulau Hainan, Februari 1939
Pertempuran Nanchang, Mac 1939
Pertempuran Sungai Xiushui, Mac 1939
Pertempuran Suixian-Zaoyang, Mei 1939
Operasi Swatow, Jun 1939
Pertempuran Changsha (1939), September 1939
Pertempuran Guangxi Selatan, November 1939
Pertempuran Genting Kunlun, Disember 1939
Serangan Musim Sejuk (1939-40), November 1939
Pertempuran Wuyuan, Mac 1940
Pertempuran Zaoyang-Yichang, Mei 1940
Serangan Seratus Rejimen, Ogos 1940
Ekspedisi Indochina, September 1940
Operasi Hopei Tengah, November 1940
Pertempuran Henan Selatan, Januari 1941
Operasi Hopei Barat, Mac 1941
Pertempuran Shanggao, Mac 1941
Pertempuran Shanxi Selatan, Mei 1941
Pertempuran Changsha (1941), September 1941
Pertempuran Changsha (1942), Januari 1942
Pertempuran Jalan Yunnan-Burma, Mac 1942
Pertempuran Zhejiang-Jiangxi, April 1942
Pertempuran Hubei Barat, Mei 1943
Pertempuran Buram Utara dan Yunnan Barat, Oktober 1943
Pertempuran Changde, November 1943
Pertempuran Henan-Hunan-Guangxi, April 1944
Pertempuran Changsha (1944), Ogos 1944
Pertempuran Guilin-Liuzhou, Ogos 1944
Pertempuran Hunan Barat, April - Jun 1945
Operasi Ribut Ogos, Ogos – September 1945
Pertempuran udara[sunting | sunting sumber]
Serangan dan operasi terancang Jepun[sunting | sunting sumber]
- Serangan Sczechwan
- Operasi Kuolichi-Taierhchuang
- Operasi CHE-KIANG
- Operasi Peiping-Hankow
- Operasi Siang-Kwei
- Operasi Canton-Hankow
- Operasi Kiangsi-Fukien
- Pendudukan Kwanchow-Wan
- Operasi Laohokow
- Operasi Chichiang
- Pendaratan di Tsingtao
Senarai peristiwa politik dan tentera Jepun[sunting | sunting sumber]
Serangan ke atas orang awam[sunting | sunting sumber]
- Pembunuhan beramai-ramai Nanjing
- Pembunuhan beramai-ramai Sook Ching (terhadap Cina perantauan)
- Pengeboman Chongqing
- Peristiwa Shantung
- Pertempuran Zhejiang-Jiangxi
- Sanko sakusen
- Serangan Senjata Kimia Changteh
- Serangan senjata kuman Kaimingye
- Serangan Udara Taihoku
- Unit 731
- Unit 100
- Unit 516
- Unit 1855
- Unit 2646
- Unit 8604
- Unit 9420
- Unit Ei 1644
- Wanita keselesaan (comfort women)
Unit-unit penyelidikan khas Tentera Empayar Jepun |
---|
Unit 100 (Shenyang) | Unit 516 (Qiqihar) | Unit 543 (Hailar) | Unit 731 (Pingfang) / Unit 200 (Manchuria) / Unit 8604 atau Unit Nami (Guangzhou) | Unit 773 (Songo) | Unit Ei 1644 (Nanjing) | Unit 1855 (Nanjing) | Unit 2646 atau Unit 80 (Hailar) | Unit 9420 atau Unit Oka (Singapura) |
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
- Akademi Tentera Whampoa
- Divisyen-divisyen dilatih Jerman
- Harimau Terbang
- Hubungan China-Jepun
- Kerajaan Wang Jingwei
- Kerjasama China-Jerman
- Lingkungan Sekemakmuran Asia Timur Raya
- Mitsubishi
- Pasca perang Jerman lwn pasca perang Jepun
- Perang Asia Timur Raya
- Perang China-Jepun Pertama
- Perang Pasifik
- Peristiwa-peristiwa yang mendahului Perang Dunia II di Asia
- Sejarah China
- Sejarah Jepun
- Sejarah Republik China
- Sejarah ketenteraan China
- Sejarah ketenteraan Jepun
- Serangan Udara Taihoku
- Tentera Kerjasama China
- Tentera Pertama Baru
- Tentera Republik China
- Tentera Republik Rakyat China
- Tentera Revolusi Nasional
- Tentera Udara Republik China
- Tentera-tentera Cina dalam Perang China-Jepun Kedua
- Zaman Kehulubalangan
Nota[sunting | sunting sumber]
- ^ Jowett, Phillip, Rays of the Rising Sun, m.s. 72.
- ^ The Second Sino-Japanese War (1937-1945)
Rujukan[sunting | sunting sumber]
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Perang China-Jepun Kedua |
- Laman web Taipei Times: Penulisan semula tidak mengendahkan kebenaran sejarah (12 Julai 2005) – ditulis oleh Chang, Flora dan Ming, Chu-cheng
- Gordon, David M. "Perang China-Jepun, 1931–1945" Jurnal Sejarah Ketenteraan (Januari 2006), 70#1, m.s. 137–82 – gambar keseluruhan historiografi buku-buku utama
- Jung Chang dan Jon Halliday, Mao: The Unknown Story (London, 2005); Jonathan Cape, ISBN 0-679-42271-4
- Annalee Jacoby dan Theodore H. White, Thunder out of China, New York: William Sloane Associates, 1946
- Jowett, Phillip (2005). Rays of the Rising Sun: Japan's Asian Allies 1931-45 Jilid 1: China and Manchukuo. Helion and Company Ltd. ISBN 1-874622-21-3. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan) - buku tentang orang-orang Cina dan Mongol yang bertempur untuk pihak Jepun semasa perang. - Long-hsuen, Hsu (1972). History of the Sino-Japanese war (1937-1945). Penerbitan Chung Wu. ASIN B00005W210. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan)
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- Arkib Akhbar Perang Dunia II: Perang di China, 1937-1945 Diarkibkan 2003-11-29 di Wayback Machine
- Catatan Tahunan Harimau Terbang
- (Cina) Laman web KangZhan: Galeri dan sejarah Perang China-Jepun
- (Jepun) Askar Jepun dalam Perang China-Jepun, 1937-1938
- Sejarah dan Buku Peta Komersil China – Percetakan Universiti Harvard oleh Albert Herrmann, Ph.D. Sila lihat bahagian bawah senarai untuk peta-peta tahun 1930.
Albania · Amerika Syarikat · Australia · Belanda · Belarus · Brazil · Bulgaria · Burma · China · Czechoslovakia · Denmark · Estonia · Filipina · Finland · Greece · Hungary · India · Iraq · Ireland · Italy · Jepun · Jerman · Kanada · Latvia · Lithuania · Luxembourg · Manchukuo · Malaya · Mesir · New Zealand · Norway · Perancis · Poland · Romania · Slovakia · Afrika Selatan · Kesatuan Soviet · Sepanyol · Sweden · Thailand · Turki · Ukraine · United Kingdom · Yahudi · Yugoslavia