Perang Habsburg-Uthmaniyah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Perang Habsburg-Uthmaniyyah
Sebahagian daripada Perang Uthmaniyyah di Eropah
Battle of Lepanto 1571.jpg
Pertempuran Lepanto (1571) di sebuah lukisan oleh artis tidak diketahui pada akhir kurun ke-16 (Muzium Maritim Kebangsaan)
Tarikh 1526 (Pertempuran Mohács) sehingga 1791 (Perjanjian Sistova) (265 tahun)
Lokasi Hungary, Mediterranean, Balkan, Afrika Utara dan Malta
Hasil Tamatnya perluasan Uthmaniyyah, Habsburg menakluk Hungary dan Transylvania daripada Uthmaniyyah, akhirnya kejatuhan kedua-dua empayar Uthmaniyyah dan Habsburg.
Pihak yang terlibat
Familienwappen Habsburg-Stroehl.jpgDinasti Habsburg:

 Empayar Suci Rom

 Empayar Sepanyol

Sekutu bukan-Habsburg:
Moldavia[1]
Coat of arms of Transylvania.svgTransylvania
 Wallachia
Flag of Oryol (variant).svg Tsardom Rusia[2]
Flag of the Cossack Hetmanat.svg Cossack Hetmanate (Vassal Muscovite dan Poland)[3]

Sekutu Liga Suci:
Chorągiew królewska króla Zygmunta III Wazy.svg Komanwel Poland–Lithuania
Mantua Flag 1575-1707 (new).svg Duchy Mantua[4]
 Republik Venice
Sovereign Military Order of Malta Golongan Saint John

 Empayar Uthmaniyyah

Vassal:

Perang Habsburg-Uthmaniyyah merujuk pada siri-siri pertempuran yang bermula pada kurun ke-16 sehingga kurun ke-18 antara Empayar Uthmaniyyah dengan Habsburg (kemudian Empayar Austria), yang disokong oleh Empayar Suci Rom, Kerajaan Beraja Hungary dan Habsburg Sepanyol. Medan peperangan banyak terjadi dalam kempen-kempen daratan di Hungary (termasuk Transylvania dan Vojvodina), Croatia dan Serbia Tengah.

Menjelang kurun ke-16, Uthmaniyyah menjadi ancaman serius kepada kuasa-kuasa Eropah, apabila kapal-kapal Uthmaniyyah menyapu bersih pegangan wilayah Venice di Laut Aegea dan Laut Ionia; manakala kapal-kapal privatir Barbar yang disokong oleh Uthmaniyyah pula merampas pegangan Sepanyol di Maghreb. Pembaharuan Protestant, Persaingan Habsburg-Perancis dan pelbagai konflik saudara di Empayar Suci Rom mengalih perhatian pihak Kristian daripada konflik mereka dengan Uthmaniyyah. Sementara itu, Uthmaniyyah juga terpaksa berhadapan dengan Empayar Safavid Parsi serta Kesultanan Mamluk Mesir, yang mana berjaya dikalahkan dan digabungkan ke dalam empayar Uthmaniyyah.

Asal[sunting | sunting sumber]

Kemaraan Habsburg[sunting | sunting sumber]

"The Great Gun" (1518), sebuah gambaran alegoris yang dilukis oleh Albrecht Dürer berkenaan ancaman Turki ke atas wilayah Jerman

Ferdinand I menyerang Hungary, sebuah negeri lemah ekoran konflik saudara, pada tahun 1527, dalam cubaan untuk menjatuhkan John Szapolyai dan meletakan kekuasaan beliau di sana. John tidak mampu untuk menghalang kempen Ferdinand dan menyaksikan penaklukan Buda dan beberapa penempatan utama lain di sepanjang Danube. Meskipun begitu, sultan Uthmaniyyah lambat untuk bertindak balas dan hanya membantu negeri vassalnya apabila mengaturgerak 120,000 orang tentera pada 10 Mei 1529.[5] Cabang monarki Habsburg di Austria memerlukan kuasa ekonomi Hungary untuk berperang dengan Uthmaniyyah. Semasa perang dengan Uthmaniyyah, wilayah jajahan bekas kerajaan beraja Hungary mengecil sekitar 70%; meskipun kehilangan wilayah dan demografi, Hungary masih penting dari segi ekonomi berbanding Austria atau Kerajaan Beraja Bohemia pada akhir kurun ke-16.[6] Daripada kesemua wilayah jajahan beliau pada waktu itu, Kerajaan Beraja Hungary meruapakan sumber pendapatan terbesar bagi Ferdinand.[7]

Pengepungan Vienna[sunting | sunting sumber]

Perang kecil[sunting | sunting sumber]

Perang di Mediterranean[sunting | sunting sumber]

1480-1540[sunting | sunting sumber]

Pengepungan Rhodes pada 1522

Sementara itu, Empayar Uthmaniyyah dengan pantas menghapuskan pesaing Kristian di laut. Pada kurun ke-14, Uthmaniyyah hanya mempunyai saiz tentera laut yang kecil. Menjelang kurun ke-15, Uthmaniyyah memiliki beratus-ratus buah kapal dalam inventorinya; mereka mencabar Constantinople dan kuasa-kuasa laut seperti Republik Venice dan Genoa di Itali. Pada tahun 1480, Uthmaniyyah gagal mengepung Pulau Rhodes, kubu kuat bagi Kesatria St. John. Apabila Uthmaniyyah kembali pada tahun 1522, mereka berjaya menakluknya dan kuasa-kuasa Kristian hilang sebuah pangkalan laut yang penting.

Dalam satu tindak balas, Charles V mengetuai satu pasukan besar Liga Suci yang terdiri daripada 60,000 askar di kota Tunis, Uthmaniyyah. Selepas armada Hayreddin Barbarossa dikalahkan oleh armada Genoa, pasukan tentera darat Charles membunuh seramai 30,000 orang penduduk kota.[8] Selepas itu, Sepanyol mengangkat seorang pemimpin Muslim menaiki kuasa sebagai boneka. Kempen ini bukan merupakan sebuah kejayaan; ramai tentera Liga Suci dijangkiti wabak, satu kebiasaan bagi sebuah pasukan seberang laut yang besar. Tambahan pula, kebanyakan armada Barbarossa tidak hadir di Afrika Utara dan pihak Uthmaniyyah mendapat kemenangan menentang LIga Suci dalam Pertempuran Preveza pada tahun 1538.

Pengepungan Malta[sunting | sunting sumber]

Pengepungan Malta (1565)

Meskipun kehilangan Rhodes, Cyprus; sebuah pulau yang lebih jauh daripada Eropah berbanding Rhodes, kekal di bawah kekuasaan Venice. Apabila Kesatria St. John berpindah ke Malta, Uthmaniyyah menyedari bahawa kemenangan mereka di Rhodes hanya memindahkan masalah; kapal-kapal Uthamniyyah kerap diserang oleh Kesatria, sebagai sebahagian cubaan mereka untuk menghalang perluasan kuasa Uthmaniyyah ke arah Barat. Sebagai tindak balas, kapal-kapal Uthmaniyyah menyerang banyak bahagian di selatan Eropah dan sekitar Itali, berusaha bersama-sama Perancis untuk meluaskan perang dengan menentang Habsburg (lihat Perang Itali). Keadaan ini akhirnya tiba ke penghujung apabila Suleiman, pemenang di Rhodes pada tahun 1522 dan di Djerba memutuskan pada tahun 1565 untuk memusnahkan pangkalan Kesatria di Malta. Kehadiran armada Uthmaniyyah sangat dekat dengan negeri-negeri Paus memberi israyat kepada Sepanyol, yang mula mengumpulkan sebuah pasukan ekspedisi kecil (yang mana tiba semasa pengepungan) dan kemudian sebuah armada yang lebih besar untuk membantu Malta. Kubu berbentuk ultra-moden di St Elmo berjaya ditawan dengan korban yang tinggi termasuk nyawa jeneral Uthmaniyyah Turgut Reis, dan keseluruhan pulau adalah sangat tinggi. Meskipun begitu, pelanunan Barbar masih berterusan dan kemenangan di Malta tidak memberi kesan kepada kekuatan Uthmaniyyah di Mediterranean.

Cyprus dan Lepanto[sunting | sunting sumber]

Pertempuran Lepanto

Kematian Suleiman al-Qanuni pada tahun 1566 menyaksikan Selim II menaiki takhta. Beliau mengerahkan satu ekspedidi besar bagi mengambil alih Cyprus daripada Venice, sebuah pulau terdekat dengan kawasan Timur Tengah yang dikawal oleh Uthmaniyyah berbanding Venice. Pilihan ketenteraan lain yang ditolak oleh Selim adalah membantu pemberontak Moor yang telah dimulakan oleh takhta Sepanyol untuk menghalau keluar penduduk Moor daripada Semenanjung Iberia. Sekiranya Selim berjaya mendarat di Semenanjung Iberia, beliau mungkin dipintas, oleh itu beliau menakluk Cyprus pada tahun 1571 selepas mengalami kekalahan dalam pertempuran laut di Lepanto. Liga Suci, yang diusahakan oleh Paus untuk mempertahankan Cyprus tiba terlalu lambat untuk menyelamatkannya (meskipun 11 bulan menerima tentangan di Famagusta) tetapi berjaya mengumpulkan kekuatan ketenteraan pihak Eropah yang banyak, yang diharap dapat menentang Uthmaniyyah, yang mana memiliki peluru dan perisai yang lebih baik. Peluang untuk mengambil balik Cyprus dibazirkan ekoran perselisihan biasa selepas kemenangan, menyebabkan pihak Venice menandatangani satu perjanjian dengan Uthmaniyyah pada tahun 1573, berdasarkan terma-terma yang diberi oleh Uthmaniyyah.

Perang Tiga Belas Tahun 1593-1606[sunting | sunting sumber]

Penaklukan Crete[sunting | sunting sumber]

Perang Turki Besar[sunting | sunting sumber]

Pengepungan Vienna[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Pertempuran Vienna

Pada tahun 1683, selepas 15 bulan mengerakkan tentera, Wazir Besar tiba di Vienna dan mendapati benteng kota dipertahanankan dan disediakan dengan baik. Wazir juga mendapati terdapat banyak perikatan yang dibuat pihak Austria, termasuk dengan Jan Sobieski, Raja Poland. Apabila Vienna mula dikepung pada tahun 1683, Sobieski dan pasukan gabungan Jerman dan Poland tiba semasa pertahanan Vienna mula goyah. Dalam sebuah pertempuran muktamad, Uthmaniyyah dikalahkan dan kepungan dibatalkan.

Klimaks semasa Pengepungan Vienna

Serangan balas Liga Suci[sunting | sunting sumber]

Perang tamat[sunting | sunting sumber]

Peperangan kurun ke-18[sunting | sunting sumber]

Peperangan kurun ke-19[sunting | sunting sumber]

Perang Dunia I[sunting | sunting sumber]

Hubungan antara Austria dan Uthmaniyyah mula bertambah baik apabila mereka menghadapi ancaman serupa dari Rusia dan sekutu yang sama iaitu Jerman bagi bertindak balas di atas ancaman daripada Tsar. Uthmaniyyah berharap agar Jerman mengindustrikan negara mereka untuk mempertahankan diri menentang Rusia, yang mana telah melancarkan "Perang Salib menentang Turki" kepada satu tahap menghalau keluar Turki daripada wilayah Crimea dan Caucasus. Sementara itu, Empayar Prusia Jerman merayu kepada Austria di sebabkan berkongsi budaya dan bahasa yang serupa serta terma-terma yang lebih longgar selepas Perang Austria-Prusia. Austria tidak lama kemudian dapat melihat kemaraan Rusia ke arah sempadan mereka. Maka, pada tahun-tahun sebelumnya Perang Dunia I, dua buah musuh ini mendapati mereka menjadi sekutu menentang Perancis, Rusia dan Britain. Pada tahun 1918, Empayar Austria-Hungary menyerah diri kepada pemisahan seperti tertakluk di bawah Perjanjian Saint-Germain, sepertimana juga pihak Uthmaniyyah di bawah Perjanjian Sèvres.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Moldavia, Transylvania and Wallachia engaged in numerous wars with the Ottomans, some of which coincided with the Habsburgs' own wars. At times, however, they were on the opposite side.
  2. ^ Russia engaged in the Russo–Turkish Wars with the Ottomans, some of which coincided with the Habsburgs' own wars, others concluded by similar treaties such as the Treaty of Belgrade
  3. ^ Engaged in wars against the Ottomans and the Crimean Khanate throughout the whole period, some of which coincided with the Habsburgs' own wars. Petro Doroshenko's faction of Hetmanate, however, supported Ottoman Empire
  4. ^ the Duchy of Mantua sent Reinforcement Army led by the Dukes Vincenzo Gonzaga during Long Turkish War in 1595, and Ferdinando Carlo Gonzaga during Great Turkish War in 1687.
  5. ^ S. Turnbull, The Ottoman Empire 1326–1699, 50
  6. ^ Robert Evans, Peter Wilson (2012). The Holy Roman Empire, 1495-1806: A European Perspective Volume 1 van Brill's Companions to European History. BRILL. m/s. 263. ISBN 9789004206830. 
  7. ^ Dr. István Kenyeres: THE FINANCIAL ADMINISTRATIVE REFORMS AND REVENUES OF FERDINAND I IN HUNGARY, English summary at page 92 Link1: [1] Link2: [2]
  8. ^ A Global Chronology of Conflict: From the Ancient World to the Modern Middle East, Vol. II, ed. Spencer C. Tucker, (ABC-CLIO, 2010), 506.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Aksan, Virginia. Ottoman wars, 1700-1870: an empire besieged (Reprint, Routledge, 2014).
  • Barker, Thomas Mack. Double eagle and crescent: Vienna's second Turkish siege and its historical setting. SUNY Press, 1967.
  • Cacavelas, Jeremias, and Frederick Henry Marshall. The Siege of Vienna by the Turks in 1683 (Cambridge University Press, 2015).
  • Jelavich, Barbara. History of the Balkans (Cambridge University Press, 1983).
  • Millar, Simon. Vienna 1683: Christian Europe Repels the Ottomans (Osprey Publishing, 2008); Short military history, well illustrated.
  • Murphey, Rhoads. Ottoman Warfare, 1500-1700 (Rutgers University Press, 1999).
  • Părvev, Ivan. Habsburgs and Ottomans Between Vienna and Belgrade:(1683-1739) (1995).
  • Rothenberg, Gunther E. The Austrian military border in Croatia, 1522-1747 (1960); The Military Border in Croatia, 1740-1881: a study of an imperial institution (1966).
  • Wheatcroft, Andrew. The Enemy at the Gate: Habsburgs, Ottomans, and the Battle for Europe (2010).