Perang Hirah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perang Hirah
Sebahagian daripada Penaklukan Parsi oleh Islam dan
Kempen Khalid ibn al-Walid
TarikhMei 633 M
Lokasi
Keputusan Kemenangan Khulafa al-Rasyidun, pembubaran Dinasti Lakhmid.[1]
Pihak yang terlibat
Khulafa al-Rasyidun Empayar Parsi,
Lakhmid
Komandan dan pemimpin
Khalid ibn al-Walid Iyas, [2]
Abd al-Masih
Kekuatan
~10,000-15,000[3][4] ~10,000
Kerugian dan korban
Sedikit Sedikit

Perang Hirah berlaku beberapa hari selepas pertempuran di Ullais. Khalid ibn al-Walid dengan kekuatan sehingga 15,000 tentera Islam menuju ke Hirah untuk menawan kerajaan boneka Parsi iaitu Lakhmid.

Pertahanan kerajaan Lakhmid yang berpusat di dalam kota istana seramai 10,000 orang tentera pimpinan Panglima Iyas dan Panglima Abdul Masih menggunakan manjanik untuk mencegah kemaraan tentera Islam daripada menakluki kota tersebut. Namun setelah beberapa hari bertahan, kota yang tersergam indah itu akhirnya jatuh ke tangan tentera Islam. Banyak peralatan peperangan milik tentera Parsi jatuh ke tangan tentera Islam.

Perang ini juga menamatkan riwayat kerajaan Lakhmid di Hirah seterusnya mengukuhkan lagi pertahanan tentera Islam di timur Semenanjung Arab.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Conflict and Cooperation: Zoroastrian Subalterns and Muslim Elites in Medieval Iranian Society By Jamsheed Kairshasp Choksy, pg. 14
  2. ^ Muhammad's People: An Anthology of Muslim Civilization By Eric Schroeder,pg.160
  3. ^ Berlaku selepas Perang Ullais (sekitar 2 ribu daripada 15 ribu tentera Muslim maut). Jumlah lebih tepat tidak dapat dipastikan kerana ada kemungkinan tenaga bantuan tiba, atau rekrut baru dari Bani Bakr di Iraq.
  4. ^ Sword of Allah: chapter no: 23 by Lieutenant-General Agha Ibrahim Akram Nat. Publishing. House, Rawalpindi (1970) ISBN 978-0-7101-0104-4