Pergi ke kandungan

Perang Macedonia Ketiga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perang Macedonia Ketiga
Sebahagian daripada Perang Macedonia
Tarikh171–168 BC
Lokasi
Keputusan Kemenangan Rome
Perubahan
wilayah
Macedon dibahagikan kepada empat buah republik kecil (Amphipolis, Thessalonica, Pella, dan Pelagonia)
Pihak yang terlibat
Republik Rom
Kerajaan beraja Attalid
Orang Thessalia
Kontigen Orang Achaea
Kontigen Aetolia
Kontigen dari pihak-pihak sekutu Greece lain
Macedonia
Kerajaan beraja Odrysia (Thrace)
Kontigen Creta
Epirus (bermula 170 BC)
Kontigen Aetolia
Athamania
Kerajaan beraja Illyria
Kontigen dari pihak-pihak sekutu Greece lain
Komandan dan pemimpin
Publius Licinius Crassus (171 BC)
Aulus Hostilius Mancinus (170 BC)
Quintus Marcius Philippus (169 BC)
Lucius Aemilius Paullus (168 BC)
Eumenes II dari Pergamon
Perseus dari Macedon
Cotys IV dari Kerajaan beraja Odrysian (Thrace)
Gentius
Kerugian dan korban
Tidak diketahui 150,000 orang penduduk Epirotes diperhambakan

Perang Macedonia Ketiga (171–168 SM) adalah satu peperangan yang terjadi antara republik Rome dan Raja Perseus dari Macedon. Pada tahun 179 SM, Raja Philip V dari Macedon telah meninggal dunia dan digantikan oleh putera baginda yang bercita-cita tinggi, Perseus. Beliau merupakan seorang anti-Rome dan membangkitkan perasaan anti Rome di dalam Macedonia. Pada 172 SM, satu delegasi Rome telah melawat Perseus dan memerlukan konsesi beliau yang bermaksud untuk melupuskan kemerdekaan Macedon. Setelah beliau enggan untuk memenuhi tuntutan ini, delegasi ini kembali ke Rome. Rome kemudian mengisytiharkan perang ke atas Macedon.

Kebanyakan pertempuran berlaku di Macedon selain jirannya Thessaly, di mana pasukan tentera Rome ditempatkan. Selepas satu pertempuran yang tidak muktamad di Callinicus pada tahun 171 SM, dan beberapa tahun berperang, Rome secara muktamad telah mengalahkan tentera Macedonia dalam Pertempuran Pydna pada tahun 168 SM, oleh itu menamatkan peperangan.[1]

Kemenangan Rome mengakhiri dinasti Antigonid dan menamatkan kemerdekaan kerajaan beraja Greek di Macedon, bagaimanapun pengilhakkan rasmi terjadi beberapa tahun selepasnya. Kerajaan beraja ini kemudian dipecahkan kepada empat buah republik kecil yang dikenali sebagai merides, dengan ibu-ibu kota terletak di Amphipolis, Thessalonica, Pella, dan Pelagonia,[2] yang mana merupakan anggota dalam sebuah liga persekutuan, Liga Macedonia.[3] Prestij dan kekuasaan Rome di Greece meningkat dengan tinggi.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Erdkamp, Paul (2017), "The Third Macedonian War, 171–168 BC", The Encyclopedia of Ancient Battles, Oxford, UK: John Wiley & Sons, Ltd, m/s. 1–5, doi:10.1002/9781119099000.wbabat0380, ISBN 978-1405186452, dicapai pada 2022-03-26
  2. ^ Eckstein 2010, halaman 245; Errington 1990, halaman 216–217; Hatzopoulos 1996, halaman 43–46.
  3. ^ Papazoglou 1979, m/s. 305.

Sumber utama

[sunting | sunting sumber]
  • Livy, History of Rome from Its Foundation: Rome and the Mediterranean (Books 42–45), Penguin Classics, Reprint edition, 1976; ISBN 978-0140443189
  • Plutarch, Parallel Lives, The Life of Aemilius, Loeb Classical Library, Vol 6, 1989; ISBN 978-0674991095

Sumber sekunder

[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]