Perang Parsi-Rusia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Perang Parsi-Rusia atau Perang Iran-Rusia adalah satu siri-siri peperangan yang berlaku antara Empayar Rusia dan Empayar Parsi antara kurun ke-17 sehingga kurun ke-19. Rusia sebagai sebuah kuasa yang meningkat naik, mula menyaingi hegemoni Turki Uthmaniyyah dan Safawiyyah Iran (diiukuti oleh Afsharid dan Qajar Iran) di kawasan Laut Hitam, Laut Kaspia, dan paling penting di Kaukasus. Semua peperangan Parsi-Rusia tertumpu di kawasan Kaukasus. Sepanjang sejarahnya, Transkaukasia (kini terdiri daripada Georgia, Azerbaijan dan Armenia) dan sebahagian besar Dagestan biasanya dimasukkan ke dalam dunia Iran.[1] Sepanjang kurun ke-19, Empayar Rusia menakluk wilayah daripada Qajar Iran.[1]

Senarai konflik[sunting | sunting sumber]

Peperangan Parsi-Rusia yang penting adalah:

No: Nama Keputusan
1 Perang Parsi-Rusia (1651–53) Kemenangan strategik Parsi. Safawiyyah mendapat lebih banyak pengaruh di Kaukasus Utara
2 Perang Parsi-Rusia (1722–23) Kemenangan Rusia. Rusia memperolehi wilayah di Derbent, Baku, dan wilayah di Shirvan, Gilan, Mazandaran, dan Astrabad, tetapi mengembalikan semua kawasan ini kira-kira 10 tahun kemudian.[2]
3 Perang Parsi-Rusia (1796) Pengunduran Rusia. Kebuntuan
4 Perang Parsi-Rusia (1804–13) Kemenangan Rusia. Penjanjian Gulistan[3] – Parsi melepaskan wilayah yang kini adalah Georgia, Dagestan, sebahagian utara Armenia, dan sebahagian besar Azerbaijan moden kepada Rusia.[4][5]
5 Perang Parsi-Rusia (1826–28) Rusia kalah dan kemudian mengambil semula kawasan-kawasan yang dipertikaikan. Perjanjian Turkmenchay[6] – Parsi melepaskan wilayah yang kini merupakan Republik Armenia, Nakhchivan, Azerbaijan, dan Iğdır kepada Rusia.[7] Wilayah merangkumi seperti yang terkandung dalam Perjanjian Gulistan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Multiple Authors. Caucasus and Iran. Encyclopædia Iranica. Dicapai pada 2012-09-03. 
  2. ^ Alexander Mikaberidze, Conflict and Conquest in the Islamic World: A Historical Encyclopedia, Vol. I, ed. Alexander Mikaberidze, (ABC-CLIO, 2011), 850.
  3. ^ Treaty of Gulistan, Wars and Peace Treaties: 1816 to 1891, (Routledge, 1992), 67.
  4. ^ Timothy C. Dowling Russia at War: From the Mongol Conquest to Afghanistan, Chechnya, and Beyond pp 728-729 ABC-CLIO, 2 dec. 2014. ISBN 978-1598849486
  5. ^ Mikaberidze, Alexander. Conflict and Conquest in the Islamic World: A Historical Encyclopedia 2 volumes: A Historical Encyclopedia ABC-CLIO, 22 jul. 2011 ISBN 978-1598843378 p 351
  6. ^ Zirisnky, M. "Reza Shah's abrogation of capitulation, 1927-1928" in The Making of Modern Iran: State and Society Under Riza Shah 1921–1941, Stephanie Cronin (ed.) London: Routledge, 2003, p. 81: "The context of this regime capitulations, of course, is that by the end of the reign of Fath Ali Shah (1798–1834), Iran could no longer defend its independence against the west. ... For Iran this was a time of weakness, humiliation and soul-searching as Iranians sought to assert their dignity against overwhelming pressure from the expansionist west."
  7. ^ Timothy C. Dowling Russia at War: From the Mongol Conquest to Afghanistan, Chechnya, and Beyond pp 729-730 ABC-CLIO, 2 dec. 2014. ISBN 978-1598849486
  • Бабулин И.Б. Русско-иранский военный конфликт 1651-1653 гг.//«Рейтар» № 31, 2006