Perang Pemulihan Dominica

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perang Pemulihan Dominica
Tarikh16 Ogos 1863 – 15 Julai 1865
Lokasi
Keputusan

Dominican liberal victory

Pihak yang terlibat
Republik Dominika Republik Dominica Sepanyol Kerajaan Sepanyol
Komandan dan pemimpin
Republik Dominika Gaspar Polanco
Republik Dominika Gregorio Luperon
Republik Dominika Santiago Rodríguez
Republik Dominika Benito Moncion
Republik Dominika Pedro Antonio Pimentel
Republik Dominika José María Cabral
Sepanyol Isabel II
Sepanyol Pedro Santana
Sepanyol José de la Gándara
Kekuatan
15,000–17,000 orang askar 51,000 orang askar Sepanyol
12,000 orang askar bantuan Dominica[1]
Kerugian dan korban
4,000 orang terkorban[1]
38 buah meriam ditawan
10,888 orang askar cedera atau terkorban diserang[1]
20,000–30,000 orang askar Sepanyol terkorban akibat penyakit[1]
10,000 askar Dominica terkorban (akibat kecederaan atau penyakit)[1]

Perang Pemulihan Dominica (Sepanyol: Guerra de la Restauración Dominicana) adalah suatu perang gerilya dari 16 Ogos 1863 dan 1865 di Republik Dominica yang dilangsungkan antara puak-puak nasionalis dan konservatif berikutan penyerangan dan penjajahan semula Empayar Sepanyol ke atas republik tersebut dijajah selama 17 tahun setelah ia merdeka atas undangan para konservatif itu sendiri.

Tarikh perang ini dimulakan turut dijadikan suatu hari kebangsaan di Republik Dominica, malah ia merupakan tarikh yang ditetapkan sebagai tarikh pelantikan presiden yang baru setiap empat tahun.[2]

Pencetus[sunting | sunting sumber]

Pemerintahan Pedro Santana[sunting | sunting sumber]

Pada 1861, tampuk pemerintahan presiden Buenaventura Báez diambil alih secara paksa dalam suatu rampasan kuasa oleh Jeneral Pedro Santana. Berikutan perampasan kuasa ini, Santana memulakan suatu pemerintahan kediktatoran wewenangan sendiri; beliau terutamanya banyak membelanjakan harta mahsul simpanan perbendaharaan republik itu seboros-borosnya untuk kegunaan peribadi sehingga republik tersebut mula mengalami suatu kegawatan ekonomi.

Kegawatan ini turut diburukkan dengan ancaman yang dibawa dari negara jiran, Haiti, yang ingin menyerang negara tersebut. Oleh itu, Santana (yang sendirinya merupakan seorang setiaraja Kerajaan Sepanyol) memutuskan membuat suatu undangan agar empayar tersebut menakluk republik ini kembali sebagai suatu wilayah jajahan.

Susur kejadian[sunting | sunting sumber]

Perang dimulai dari pemberontakan para petani, tapi menjadi perang antar ras. Sebagian besar pemberontak kulit hitam membakar dan menjarah harta benda dan memperkosa serta membunuh orang kulit putih; Sepanyol kemudian menembak atau menggantung orang-orang yang diduga membantu pemberontakan.[3]

Penarikan balik[sunting | sunting sumber]

Pergelutan yang berlaku di republik tersebut semakin lama semakin tidak digemari dalam kalangan rakyat Sepanyol itu sendiri. Kerugian yang dibawa dalam peperangan ini akhirnya menjadi antara perkara yang menggesa peletakkan jawatan Perdana Menteri Sepanyol, Leopoldo O'Donnell pada 2 Mac 1863.

Ramón María Narváez mengambil alih jawatan pemimpin Cortes Generales di mana para anggotanya memutuskan peperangan ini tidak dapat diteruskan lagi. Maka dengan ini, Kementerian Perang Kerajaan Sepanyol mengisytiharkan tamatnya perang ini dengan titah pengesahan diraja Ratu Isabel II pada 3 Mac 1865. Para balatentera Sepanyol mula meninggalkan pulau tersebut pada 15 Julai tahun sama.

Kesan dampak[sunting | sunting sumber]

Negara hancur dan tidak teratur, dan sebagian besar petani memegang senjata.

Keadaan peperangan yang dahsyat ini turut menyedarkan pihak Haiti yang merasakan tiada berbaloinya lagi untuk menyerang serta "menyatukan" pulau Hispaniola; maka Haiti memutuskan untuk berdamai dengan Republik Dominica lalu cuba menyelesaikan masalah pertindihan sempadan antara kedua-dua negara ini.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Clodfelter (2017). Warfare and Armed Conflicts: A Statistical Encyclopedia of Casualty and Other Figures, 1492–2015. m/s. 306.
  2. ^ "Lifestyle Cabarete - What is Restoration Day?". Lifestyle Cabarete (dalam bahasa Inggeris). Ogos 12, 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada Ogos 18, 2015. Dicapai pada Ogos 14, 2018.
  3. ^ Bowen, Wayne H. (2011). Spain and the American Civil War. University of Missouri Press. m/s. 99.
  4. ^ Miguel, Pedro Luis San (September 2005). The imagined island: history, identity, & utopia in Hispaniola. UNC Press Books. m/s. 89–90. ISBN 978-0-8078-5627-7. Dicapai pada Ogos 15, 2011.