Perang Pewarisan Antiokia
| Perang Pewarisan Antiokhia | |||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kerajaan Silisia, Kepengiranan Antiokhia dan Kaunti Tripoli pada awal abad ke-13 | |||||||||
| |||||||||
| Pihak yang terlibat | |||||||||
| Komandan dan pemimpin | |||||||||
Perang Pewarisan Antiokia, juga dikenal sebagai Perang Pewarisan Antiokhia, adalah sebuah siri konflik bersenjata di Syam utara antara tahun 1201 dan 1219 atas pewarisan yang dipertikaikan kepada Bohemond III dari Antiokhia. Kepengiranan Antiokhia adalah kuasa Kristian terkemuka di rantau tersebut selama dekad terakhir abad ke-12, tetapi Kerajaan Armenia di Silisia menantang ketuanannya. Perebutan sebuah kubu penting, Bagras, di Syam oleh Leo II dari Armenia Silisia menimbulkan konflik panjang di awal tahun 1190-an. Leo cuba merampas Antiokhia, tetapi warga bandar Yunani dan Latin membentuk komune yang mencegah tentara Armenia yang menduduki bandar tersebut. Anakanda sulung Bohemond III, Raymond, meninggal pada tahun 1197, meninggalkan seorang bayi lelaki, Raymond-Roupen. Ibunda bayi tersebut, Alice, merupakan anak saudara Leo II dan pewaris takhta. Bohemond III dan para bangsawan Antiokhia menegaskan hak Raymond-Roupen untuk menggantikan datuknya di Antiokhia, tetapi komune tersebut lebih memilih putera bongsu Bohemond III, Bohemond, pak cik kepada Raymond-Roupen, yang sudah menjadi Pengiran Tripoli.
Bohemond dari Tripoli merebut Antiokhia tanpa perlawanan setelah ayahanda baginda meninggal pada bulan April 1201, yang mendorong banyak bangsawan Antiokhia untuk mencari perlindungan di Armenia Silisia. Leo menyerbu kerajaan tersebut hampir setiap tahun antara tahun 1201 dan 1208, tetapi baginda harus kembali ke kerajaannya pada setiap kesempatan kerana az-Zahir Ghazi, amir Ayyubiyah dari Aleppo, atau Kaykaus I, sultan Seljuk dari Rum, menyerbu Armenia Silisia saat baginda tiada. Paus Inosensius III awalnya menyokong Leo. Namun, konflik antara Leo dan Kesateria Templar atas Bagras menyebabkan ekskomunikasi Leo pada tahun 1208. Selama tahun-tahun berikutnya, Leo merebut kubu-kubu baru di Suriah, hanya untuk meninggalkannya pada tahun 1213 dalam usaha untuk memperbaiki hubungannya dengan Takhta Suci. Mengambil kesempatan dari kepencilan Bohemond IV, Leo memasuki Antiokhia, membantu Raymond-Roupen merebut kerajaan itu pada tahun 1216. Tidak lama kemudian, Leo meninggalkan Bagras dan kehilangan kubu-kubu Armenia di utara Pegunungan Taurus ke tangan Seljuk. Raymond-Roupen menaikkan kadar cukai, yang membuatnya tidak popular di Antiokhia. Hubungannya dengan Leo menjadi tegang, memungkinkan Bohemond IV untuk mendapatkan kembali Antiokhia pada tahun 1219. Perang tersebut menyumbang kepada melemahnya negara-negara Kristian di Syam utara.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Sumber
[sunting | sunting sumber]- Barber, Malcolm (2012). The Crusader States. Yale University Press. ISBN 978-0-300-11312-9.
- Burgtorf, Jochen (2016). "The Antiochene War of Succession". Dalam Boas, Adrian J. (penyunting). The Crusader World. The Routledge Worlds. The University of Wisconsin Press. m/s. 196–211. ISBN 978-0-415-82494-1.
- Ghazarian, Jacob G. (2000). The Armenian Kingdom in Cilicia during the Crusades: The Integration of Cilician Armenians with the Latins, 1180–1393. RoutledgeCurzon. ISBN 978-0-7007-1418-6.
- Hardwicke, Mary Nickerson (1969) [1962]. "The Crusader States, 1192–1243". Dalam Setton, Kenneth M.; Wolff, Robert Lee; Hazard, Harry (penyunting). The Later Crusades, 1189–1311. A History of the Crusades. II (ed. Second). The University of Wisconsin Press. m/s. 522–554. ISBN 978-0-299-04844-0.
- Kennedy, Hugh (2006). "Ibn al-Athīr (1160–1233)". Dalam Murray, Alan V. (penyunting). D–J. The Crusades: An Encyclopedia. II. ABC Clio. m/s. 625. ISBN 978-1-57607-862-4.
- Lock, Peter (1995). The Franks in the Aegean, 1204–1500. Longman. ISBN 978-0-58-205139-3.
- Murray, Alan V. (2006). "William of Tyre (d. 1186)". Dalam Murray, Alan V. (penyunting). Q–Z. The Crusades: An Encyclopedia. IV. ABC Clio. m/s. 1281–1282. ISBN 978-1-57607-862-4.
- Perry, Guy (2013). John of Brienne: King of Jerusalem, Emperor of Constantinople, c. 1175–1237. Cambridge University Press. ISBN 978-1-107-04310-7.
- Runciman, Steven (1989) [1951]. The Kingdom of Acre and the Later Crusades. A History of the Crusades. III. Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-06163-6.
- Rüdt-Collenberg, Count W. H. (1963). The Rupenides, Hethumides and Lusignans: The Structure of the Armeno–Cilician Dynasties. Calouste Gulbenkian Foundation Library. OCLC 5122239.
- Weltecke, Dorothea (2006). "Bar Ebroyo (1226–1286)". Dalam Murray, Alan V. (penyunting). A–C. The Crusades: An Encyclopedia. I. ABC Clio. m/s. 152. ISBN 978-1-57607-862-4.