Perang Pijar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Perang Pijar terjadi Mekah semasa Nabi Muhammad berumur 15 hingga 20 tahun. Bapa saudaranya Abu Talib turun ke medan perang. Perang ini hanya beberapa hari saja setiap tahun, tetapi berlangsung selama empat tahun terus-menerus.

Pengalaman Rasulullah[sunting | sunting sumber]

Nabi Muhamad turut serta sebagai pengutip anak panah . Ini adalah perang pertama yang disertai oleh Nabi Muhamad.

Punca[sunting | sunting sumber]

Perang ini antara suku Quraisy dengan suku Hawazin.Puncanya Barradz bin Qais dari kabilah Kinana telah membunuh ‘Urwa ar-Rahhal bin ‘Utba dari kabilah Hawazin pada bulan suci yang sebenarnya dilarang untuk berperang. Seorang pedagang, Nu’man bin’l-Mundhir, setiap tahun mengirimkan sebuah kafilah dari Hira ke Pasar Ukaz, tidak jauh dari Arafat. Barradz mahu membawa kafilah itu ke bawah pengawasan kabilah Kinana. Tetapi ‘Urwa juga ingin mengiringi kafilah itu. Nu’man memilih ‘Urwa (Hawazin). Lalu Barradz membunuhnya dan mengambil kabilah itu. Maka terjadilah perang antara mereka itu.

Penyelesaian[sunting | sunting sumber]

Perang selama empat tahun ini berakhir apabila Quraisy telah membayar kompensasi sebanyak dua puluh kepada orang Hawazin.[1]


Rujukan[sunting | sunting sumber]