Perang Safawiyyah-Uthmaniyyah (1532–1555)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perang Uthmaniyyah-Safawiyyah 1532–1555
Sebahagian daripada Perang Parsi-Uthmaniyyah

Lukisan dari Süleymanname menggambarkan mara dengan tentera beliau di Nakhchiva, musim panas tahun 1554, pada penghujung Perang Uthmaniyyah-Safawiyyah.
Tarikh1532–1555
Lokasi
Keputusan Kemenangan muktamad Uthmaniyyah;[1]
Perdamaian Amasya
Perubahan
wilayah

Uthmaniyyah memperolehi sebahagian besar wilayah di Mesopotamia (Iraq), Kurdistan Barat, Armenia Barat, dan Georgia Barat[2]
Parsi mengekalkan Tabriz, Georgia Timur, Armenia Timur, Kurdistan Timur, Dagestan, dan Azerbaijan[3] dan sempadan barat laut mereka yang masih tinggal seperti sebelum perang

Erzurum, Van, dan Shahrizor menjadi zon penampan.[4] Kars diistiharkan neutral.[5]
Pihak yang terlibat
Empayar Safawiyyah  Empayar Uthmaniyah
Komandan dan pemimpin

Tahmasp I
Shahverdi Sultan

Ismail Mirza

Empayar Uthmaniyah Sulaiman al-Qanuni
Empayar Uthmaniyah Pargali Ibrahim Pasha (sehingga tahun 1535 apabila beliau dihantar balik ke Istanbul)
Empayar Uthmaniyah İskender Çelebi (sehingga beliau dihukum mati pada 1535)


Empayar Uthmaniyah Şehzade Selim (1553–1555 dalam Kempen Nakhchiva)
Empayar Uthmaniyah Alqas Mirza POW (sehingga penangkapan beliau oleh abang beliau, Tahmasp pada 1549)
Kekuatan
60,000 askar
10 unit artileri
200,000 askar
300 unit artileri

Perang Uthmaniyah-Safawiyyah 1532–1555 merupakan salah satu daripada beberapa konflik ketenteraan yang berlaku antara dua musuh ketat ini, empayar Uthmaniyyah yang diketuai oleh Sulaiman al-Qanuni, dengan empayar Safawiyyah yang diketuai oleh Tahmasp I.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Perang ini tercetus di sebabkan pertikaian wilayah di antara dua empayar ini, terutamanya apabila Bey Bitlis memutuskan untuk bernaung di bawah Parsi.[6] Juga, apabila Tahmasp mengarahkan agar gabenor Baghdad, seorang penyokong Suleiman dibunuh.

Dari segi diplomatik, Safawiyyah terlibat dalam perundingan dengan Habsburg untuk mewujudkan sebuah Perikatan Habsburg-Parsi yang akan menyerang empayar Uthmaniyah di dua perbatasan.[6]

Kempen di Dua Iraq (Kempen Pertama, 1532–1536)[sunting | sunting sumber]

Pasukan Uthmaniyah, pertamanya di bawah pemerintahan Wazir Besar, Ibrahim Pasha, dan kemudian disertai oleh Suleiman sendiri, berjaya menyerang Safawiyyah Iraq, menawan semula Bitlis, dan mara untuk menawan Tabriz dan kemudian Baghdad pada tahun1534.[6] Tahmasp berjaya mengelakkan diri apabila beliau selalu mengundurkan diri sebelum ketibaan tentera Uthmaniyah, yang mana menguna pakai strategi membumi-hangus.

Kempen Kedua (1548–1549)[sunting | sunting sumber]

Dalam cubaan untuk mengalahkan Shah untuk kali terakhir, Suleiman melakukan kempen kedua pada tahun 1548–1549. Sekali lagi, Tahmasp menggunakan polisi bumi-hangus, meninggalkan sisa di Armenia. Sementara itu, Raja Perancis Francis I, musuh kepada Habsburg dan Sulaiman al-Qanuni meneruskan Persekutuan Perancis-Uthmaniyyah, yang mana dirasmikan pada tahun 1536, yang akan mengimbangi ancaman Habsburg. Pada 1547, apabila Suleiman menyerang Parsi, Perancis menghantar dutanya, Gabriel de Luetz, untuk menemani dalam kempen beliau.[7] Gabriel de Luetz memberi nasihat ketenteraan kepada Suleiman, seperti menasihati beliau akan penempatan kedudukan artileri semasa Pengepungan Van.[7] Suleiman berjaya menawan Tabriz, Armenia yang dikuasai Parsi, mengukuhkan kehadiran yang berpanjangan di kawasan Van di Anatolia Timur, dan menawan beberapa kubu di Georgia.

Kempen Ketiga (1553–1555) dan peristiwa selepasnya[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1553, Suleiman memulakan kempen ketiga dan terakhir beliau menentang Shah, yang mana beliau pada mulanya kalah sebelum menawan semula Erzurum. Perolehan wilayah Uthmaniyah dimuktamadkan dalam Perdamaian Amasya pada tahun 1555. Suleiman mengembalikan Tabriz, tetapi mengekalkan Baghdad, hilir Mesopotamia, barat Armenia, barat Georgia, muara Euphrates dan Tigris, dan sebahagian pantai Teluk Parsi. Parsi mengekalkan wilayah selebihnya di barat laut di Kaukasus.

Di sebabkan komitmen tinggi beliau di Parsi, Suleiman hanya mampu menghantar sokongan laut yang terhad kepada Perancis semasa dalam kempen Serbuan Corsica (1553) oleh perikatan Perancis-Uthmaniyah.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Gábor Ágoston-Bruce Masters:Encyclopaedia of the Ottoman Empire , ISBN 978-0-8160-6259-1, p.280
  2. ^ The Reign of Suleiman the Magnificent, 1520–1566, V.J. Parry, A History of the Ottoman Empire to 1730, ed. M.A. Cook (Cambridge University Press, 1976), 94.
  3. ^ A Global Chronology of Conflict: From the Ancient World to the Modern Middle East, Vol. II, ed. Spencer C. Tucker, (ABC-CLIO, 2010). 516.
  4. ^ Ateş, Sabri (2013). Ottoman-Iranian Borderlands: Making a Boundary, 1843–1914. Cambridge: Cambridge University Press. m/s. 20. ISBN 978-1107245082.
  5. ^ Mikaberidze, Alexander (2011). Conflict and Conquest in the Islamic World: A Historical Encyclopedia, Volume 1. ABC-CLIO. m/s. 698. ISBN 978-1598843361.
  6. ^ a b c The Cambridge history of Islam by Peter Malcolm Holt, Ann K. S. Lambton, Bernard Lewis p. 330 [1]
  7. ^ a b The Cambridge history of Iran by William Bayne Fisher p.384ff

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • Mikaberidze, Alexander (2015). Historical Dictionary of Georgia (ed. 2). Rowman & Littlefield. m/s. xxxi. ISBN 978-1442241466.