Perang Saudara Brunei

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Perang Saudara Brunei

ڤراڠ ساودارا بروني

Maklumat am
Tarikh 1660 hingga 1673
Lokasi Brunei Brunei

Sabah Sabah (dibawah pemerintahan Brunei)

Hasil Kemenangan bagi Sultan Muhyiddin:
Pihak yang berperang
Angkatan Sultan Abdul Hakkul Mubin Angkatan Sultan Muhyiddin
Komander dan pemimpin
Abdul Hakkul Mubin  (dikenali sebagai Abdul Momin) Sultan Muhyiddin
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Perang Saudara Brunei ialah perang saudara yang berlaku di Brunei dari tahun 1660 sehingga 1673.[1][2][3]

Penyebab[sunting | sunting sumber]

Perang Saudara Brunei telah tercetus hanya gara-gara perlawanan sabung ayam.

Semasa pemerintahan Sultan Muhammad Ali, terdapat perselisihan faham diantara anak Sultan, Pengiran Muda (putera) Bongsu dan Pengiran Muda Alam, anak Pengiran Abdul Mumin dengan keputusan sabung ayam dimana Pengiran Muda Bungsu telah kalah.[1] Kekalahan beliau telah diejek oleh Pengiran Muda Alam. Dan kerana terlalu marah, Pengiran Muda Bongsu telah membunuh Pengiran Muda Alam dan melarikan diri dari tempat kejadian.[2]

Bagi membalas dendam, Abdul Momin dan pengikut-pengikutnya telah mencekik Sultan Muhammad Ali. Abdul Momin kemudiannya mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan dan memakai gelaran "Sultan Abdul Hakkul Mubin".[1] Dia cuba untuk memuaskan hati pengikut Sultan sebelumnya dengan melantik cucu Muhammad Ali, iaitu Muhyiddin sebagai Bendahara baru ("Ketua Menteri").[1]

Selepas beberapa ketika, bagaimanapun, penyokong Muhammad Ali membalas dendam dengan meyakinkan Bendahara Muhyiddin untuk berdiri menentang Abdul Momin. Bendahara Muhyiddin pada mulanya enggan untuk berbuat demikian, tetapi kemudian bersetuju untuk berbuat demikian kerana penyokongnya mula membuat gangguan ke dalam istana dan rumah.[1] Sultan Abdul Hakkul Mubin kemudiannya memindahkan istananya ke Pulau Chermin atas nasihat Muhyiddin bagi menunggu sehingga krisis tamat.[1]

Selepas beliau memindahkannya, bagaimanapun, Muhyiddin telah mengisytiharkan dirinya sebagai sultan dan akhirnya satu pertempuran antara kedua-dua sultan pun tercetus. Oleh itu, Perang Saudara Brunei pun bermula.[1][2][3][4]

Pertempuran dan hasilnya[sunting | sunting sumber]

Semasa Perang Saudara, Abdul Momin telah melarikan diri ke Kinarut, Sabah, Malaysia di mana, beliau tinggal di sana selama sepuluh tahun bagi menangkis serangan berulang dari Sultan Muhyiddin.[1] Mereka kembali ke Brunei selepas serangan terakhir oleh Angkatan Muhyiddin di mana mereka gagal untuk mengalahkan Abdul Momin.[1]

Muhyiddin bimbang kerana perang saudara ini telah berlarutan terlalu lama dan akhirnya beliau memutuskan fikiran dengan meminta bantuan Sultan Sulu bagi menghantar tentera. Beliau dilaporkan telah menjanjikan tanah timur Sabah sebagai ganjaran bagi mendapatkan bantuan.[1]

Muhyiddin akhirnya mencapai kemenangan manakala Abdul Momin telah terbunuh dalam perang saudara tersebut. Ia tidak jelas sama ada Muhyiddin benar-benar meminta bantuan Sulu dalam perang saudara, Sultan Sulu pada masa itu juga berada di pihaknya. Bagaimanapun, Sulu mendakwa bahawa beliau telah diminta oleh Brunei untuk membantu dan mereka telah menjanjikan Sabah sebagai ganjaran. Brunei menafikan ini sehingga hari ini.[2][3][4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i j "Civil war wrecks chaos in the country". The Brunei Times. Dicapai pada 17 Januari 2013. 
  2. ^ a b c d History for Brunei Darussalam: Sharing Our Past (Secondary 1). pp. 44–45. ISBN 99917-2-330-7. 
  3. ^ a b c History for Brunei Darussalm. EPB Pan Pacific. 2008. p. 44. ISBN 9917-2-545-8 Periksa nilai |isbn=: length (bantuan). 
  4. ^ a b History for Brunei Darussalam. p. 108. ISBN 99917-2-545-8.