Perang Seminole Kedua
Perang Seminole Kedua | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Osceola, Salah seorang Ketua Seminole. | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Seminole | Amerika Syarikat | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Osceola Holata Mico (Billy Bowlegs) Ar-pi-uck-i (Sam Jones) Micanopy Coacoochee (Wild Cat) Halleck Tustenuggee |
Duncan Lamont Clinch 1835-36 Winfield Scott 1836 Richard Keith Call 1836 Thomas S. Jesup 1836-38 Zachary Taylor 1838-40 Walker Keith Armistead 1840-41 William Jenkins Worth 1841-42 | ||||||
Kekuatan | |||||||
900-1,400 pahlawan pada 1835,[1] kurang dari 100 pada tahun 1842[2] | lebih dari 9,000 pada tahun 1837[3] keseluruhan 10,169 biasa, 30,000 militia dan sukarelawan[4] | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
tidak diketahui[5] | 1,600 tentera, orang awam tidak diketahui[6] |
Perang Seminole Kedua, juga dikenali sebagai Perang Florida, merupakan petelingkahan dari 1835 hingga 1842 di Florida antara pelbagai penduduk peribumi Amerika secara keseluruhannya dikenali sebagai Seminole dan Amerika Syarikat, sebahagian dari siri konflik yang dikenali sebagai Peperangan Seminole. Perang Seminole Kedua, sering kali dirujuk sebagai Perang Seminole Sebenar, merupakan Perang Indian peribumi paling mahal membabitkan Amerika Syarikat.
Latarbelakang
[sunting | sunting sumber]Kumpulan dari pelbagai puak di tenggara Amerika Syarikat telah berpindah ke kawasan yang tidak berpenghuni di Florida pada abad ke-18. Ini termasuk puak Alabama, Choctaw, Yamasee, Yuchi dan puak Creek. Puak Creeks adalah kumpulan terbesar, dan termasuk Lower Creeks dan Upper Creeks, dan kedua penutur Hitchiti- dan Muscogee. Satu kumpulan penutur Hitchiti, Mikasuki, mendiami sekitar kawasan apa yang dikenali sebagai Tasik Miccosukee berhampiran Tallahassee, Florida. Satu lagi kumpulan penutur Hitchiti mendiami sekitar Prairie Alachua yang kini dikenali sebagai Alachua County, Florida. Pihak Sepanyol di St. Augustine, Florida mula memangil Alachua Creeks Cimarrones, yang secara kasar bererti "yang liar " atau "pelarian", dan kemungkinannya asal gelaran "Seminole". Nama ini kemudiannya digunakan kepada kumpulan lain di Florida, sungguhpun Penduduk Pribumi Amerika masih menganggap diri mereka sebagai puak berlainan. Kumpulan lain di Florida pada masa Perang Seminole termasuk "Indian Sepanyol ", digelar sebegitu kerana dipercayai mereka merupakan keturunan dari Calusa, dan "Indian rancho", orang dengan leluhur Peribumi Amerika, kemungkinannya kedua-dua Calusa dan Creek, dan campuran leluhur Peribumi Amerika/Sepanyol, tinggal di kem Sepanyol/Cuba di persisiran Florida.[7]
Amerika Syarikat dan Sepanyol bertikai mengenai Florida selepas Perjanjian Paris (1783) menamatkan Perang Kemerdekaan Amerika dan memulangkan Florida Timur dan Florida Barat kepada kawalan Sepanyol. Amerika Syarikat mempertikaikan sempadan Florida Barat (yang telah ditetapkan semasa jajahan tersebut berada di bawah kawalan United Kingdom) dan menuduh pihak berkuasa Sepanyol sebagai gagal mengekang masyarakat Peribumi Amerika Syarikat yang tinggal di Florida dari menjarah masuk Amerika Syarikat, dan melindungi hamba yang melarikan diri. Bermula dari 1810 Amerika Syarikat menduduki dan mengambil bahagian Florida Barat. Pada tahun 1817 Andrew Jackson meminpin penjajahan Florida, peristiwa yang dikenali sebagai Perang Seminole Pertama. Amerika Syarikat kemudiannya mengambil Florida dari Sepanyol melalui Perjanjian Adams-Onís dan mengambil hak milik pada tahun1821. Kini Florida kepunyaan Amerika Syarikat, Seminoles sekali laji merupakan masalah bagi pihak kerajaan. Pada tahun 1823 kerajaan merunding Perjanjian Moultrie Creek dengan Seminoles, menubuhkan tanah simpan bagi mereka di tengah negeri. Enam ketua, bagaimanapun, dibenarkan mengekalkan kampong mereka sepanjang sungai Apalachicola.[8]
Puak Seminoles perlahan-lahan menetap di tanah simpan, sungguhpun terdapat pertikaian terpencil dengan kulit putih. Kol. (kemudian Jen.) Duncan Lamont Clinch dilantik memimpin unit tentera di Florida, Fort King di bina berhampiran agensi tanah simpan, di tapak masa kini Ocala, dan pada awal tahun 1827 pihak tentera dapat melaporkan bahawa Seminoles berada di tanah simpan dan Florida adalah aman. Keamanan ini berlangsung selama lima tahun, semasa itu terdapat desakan berulang bagi menghantar puak Seminoles ke barat Mississippi. Puak Seminoles menentang sebarang tindakan sedemikian, dan terutamanya terhadap cadangan mereka menyertai saudara Creekmereka. Kebanyakan orang kulit putih menganggap Seminoles sebagai Creeks yang baru berpindah ke Florida, sementara Seminoles mendakwa Florida sebagai rumah mereka dan menafikan mereka memiliki sebarang kaitan dengan puak Creeks.[9]
Status hamba yang melarikan diri merupakan pergeseran yang berterusan antara Seminoles dan kulit putih. Seminoles dan penangkap hamba sering bertelingkah mengenai hakmilik hamba. Ladang baru di Florida meningkatkan jumlah hamba yang boleh melarikan diri ke pihak Seminoles. Bimbang mengenai kemungkinan kebangkitan puak Indian dan/atau kebangkitan hamba, Gobenor DuVal meminta tambahan tentera persekutuan bagi Florida.Sebaliknya, Fort King telah ditutup pada tahun 1828. Puak Seminoles, kekurangan makanan dan mendapati pemburuan semakin sukar di tanah simpan, mula merayau darinya lebih kerap. Jupga pada tahun 1828, Andrew Jackson, musuh lama puak Seminoles, dilantik sebagai Presiden Amerika Syarikat. Pada tahun 1830 pihak kongres meluluskan Akta Pemindahan Indian. Semua masalah dengan puak Seminoles akan diselesaikan dengan memindahkan mereka ke barat Mississippi.[10]
Perjanjian Payne Landing
[sunting | sunting sumber]Pada musim bunga 1832 puak Seminoles di tanah simpan di panggil bagi perjumpaan di Payne's Landing di Sungai Oklawaha. Perundingan perjanjian itu menetapkan bahawa Seminoles berpindah ke barat, jika tanah di situ didapati sesuai. Mereka akan ditempatkan di tanah simpan Creek dan menjadi sebahagian puak Creek. Perwakilan tujuh Ketua yang akan memeriksa tanah simpan baru tidak meninggalkan Florida sehingga Oktober 1832. Selepas mengelilingi kawasan tersebut selama beberapa bulan dan berbincang dengan puak Creeks yang telahpun menetap di situ, pada 28 Mac 1833 tujuh ketua menandatangani kenyataan yang menyatakan bahawa tanah baru itu boleh diterima. Bagaimanapun, apabila kembali ke Florida, kebanyakan Ketua menolak kenyataan tersebut, mendakwa bahawa mereka tidak menandatanganinya atau mereka telah dipaksa menanda tanganinya, dan dalam apapun, mereka tidak memiliki kuasa bagi membuat keputusan bagi kesemua puak dan kumpulan yang menduduki tanah simpan. Malah sesetengah pegawai Tentera mendakwa bahawa Ketua-Ketua tersebut telah "dibuli dan ditekan untuk tanda tangan." Tambahan lagi, "terdapat bukti penipuan oleh orang kulit putih dalam cara perjanjian itu dikarang."[11] Bagaimanapun, kampung di kawasan Sungai Apalachicola lebih mudah dipujuk, dan berpindah ke Barat pada 1834.[12]
Amerika Syarikat akhirnya mengesahkan Perjanjian Payne's Landing pada April 1834. Perjanjian tersebut memberikan puak Seminoles tiga tahun untuk berpindah ke barat Mississippi. Kerajaan menafsirkan tiga tahun ini bermula dari 1832, dan menjangka puak Seminoles untuk berpindah sepenuhnya menjelang tahun 1835. Kubu Fort King dibuka semula pada tahun 1834. Agen Seminole baru, Wiley Thompson, telah dilantik pada tahun 1834, dan ditugaskan bagi memujuk puak Seminoles untuk berpindah diserahkan kepadanya. Dia memanggil Ketua-ketua Seminoles berunding di Fort King pada Oktober 1834 untuk berbincang dengan mereka mengenai pemindahan ke Barat. Ketua-ketua Seminoles memberitahu Thompson bahawa mereka tiada niat untuk berpindah, dan mereka tidak merasa terikat dengan Perjanjian Payne's Landing. Sehunung dengan itu, Thompson kemudian meminta bantuan sokongan bagi Fort King dan Fort Brooke, dengan melaporkan bahawa, "puak Indianmembeli sejumlah besar Ubat Bedil dan Timah Hitam selepas menerima bantuan Tahunan. Jeneral Clinch turut memberi amaran kepada Washington bahawa puak Seminoles tiada niat untuk berpindah, dan lebih ramai tentera diperlukan bagi memaksa mereka berpindah. Pada bulan Mac 1835 Thompson memanggil Ketua-ketua untum membaca surat dari Presiden Andrew Jackson kepada mereka. Dalam suratnya, Jackson berkata, "Jika anda... enggan berpindah, saya I akan memberitahu pegawai Pemerintah untuk memindahkan anda dengan paksaan." Ketua-ketua meminta tiga puluh hari untuk menjawap. Sebulan berikutnya, ketua-ketua Seminole memberitahu Thompson bahawa mereka tidak akan berpindah ke barat. Thompson dan ketua-ketua Seminole mula bertengkar, dan Jeneral Clinch terpaksa campur tangan bagi mengelakkan pertumpahan darah. Akhirnya, lapan Ketua bersetuju untuk berpindah ke barat, tetapi meminta pemindahan itu ditangguhkan sehinga akhir tahun, dan Thompson dan Clinch bersetuju.[13]
Lima ketua Seminole paling penting, termasuk Micanopy dari Seminoles Alachua, menentang pemindahan tersebut. Sebagai tindak balas, Thompson mengistiharkan bahawa ketua-ketua tersebut disingkir dari kedudukan mereka. Ketika hubungan dengan Seminoles merosot, Thompson melarang penjualan senapang dan peluru kepada mereka. Seorang pahlawan muda, Osceola yang mula disedari oleh orang kulit putih, terutamanya amat marah dengan larangan tersebut, merasakan ia menyamakan Seminoles dengan hamba dan berkata, "Orang kulit putih tidak akan membuat saya hitam. Saya akan membuat orang kulit putih merah dengan darah; dan kemudian menghitamkan mereka dengan matahari dan bulan ... dan burung buzzard hidup dengan daging mereka." Sungguhpun begitu, Thompson menganggap Osceola sebagai kawan dan memberikannya rifle. Bagaimanapun, kemudian, apabila Osceola mencetus kekacauan, Thompson membiarkannya ditahan di Fort King selama semalaman. Pada keesokkan harinya, agar dapat membebaskan dirinya, Osceola bersetuju untuk mematuhi Perjanjian Payne's Landing dan membawa pengikutnya sama.[14]
Keadaan menjadi semakin buruk apabila sekumpulan kulit putih menyerang beberapa orang Indian yang sedang duduk di keliling unggun api. Dua orang Indian Merah tiba semasa serangan dan menembak kearah orang kulit putih. Tiga kulit putih cedera dan seorang Indian Merah terbunuh dan seorang cedera. Pada Ogos 1835, Prebet Kinsley Dalton (yang mana Dalton, Georgia dinamakan sempena namanya) dibunuh oleh Seminoles ketika membawa surat dari Fort Brooke ke Fort King. Pada November, Ketua Charley Emathla, tidak mahu terbabit dalam perperangan, membawa pengikutnya kearah Fort Brooke di mana mereka akan menaiki kapal untuk pergi ke barat. Ini di anggap khianat oleh Seminoles lain. Osceola bersemuka dengan Charlie Emathla di denai dan membunuhnya.[15]
Penyembelihan Dade
[sunting | sunting sumber]Apabila kesedaran bahawa Seminoles akan menentang pemindahan mula diterima, Florida mula bersedia untuk perang. Pasukan Bersenjata St. Augustine meminta jabatan Perang Amerika Syarikat meminjamkan 500 senapang lantak (musket). Lima ratus sukarelawan digerakkan di bawah Brig. Jen. Richard K. Call. Pasukan perang Indian menyerang ladang dan penempatan, dan keluarga petani lari ke kubu, Bandar besar, atau langsung keluar dari jajahan. Satu kumpulan pasukan perang yang dipimpin oleh Osceola menawan kereta api bekalan pasukan bersenjata militia Florida, membunuh lapan pengawalnya dan mencederakan enam yang lain. Kebanyakan barangan yang dirampas dapat kembali oleh pasukan bersenjata militia dalam pertempuran lain beberapa hari berikutnya. Ladang gula sepanjang persisiran Atlantik selatan St. Augustine dimusnahkan dengan ramai hamba di ladang tersebut menyertai Seminoles.[16]
Tentera Amerika Syarikat memiliki 11 kompeni, sekitar 550 tentera, ditempatkan di Florida. Fort King hanya memiliki satu kompeni tentera, dan ia dibimbangi bahawa mereka mungkin diatasi oleh puak Seminoles. Terdapat tiga kompeni di Fort Brooke, dengan dua lagi dijangka tiba bila-bila masa, dengan itu ia diputuskan bagi menghantar dua kompeni ke Fort King. Pada 23 Disember 1835 kedua kompeni, berjumlah 110 orang, meninggalkan Fort Brooke di bawan pimpinan Maj. Francis L. Dade. Puak Seminoles mengekori tentera berbaris selama lima hari. Pada 28 Disember puak Seminoles menyerang hendap tentera, dan menghapuskan mereka. Hanya tiga orang terselamat penyembelihan itu, dan seorang dari mereka, Edwin De Courcey, diburu dan dibunuh oleh seorang Seminole pada hari berikutnya. Dua lain yang terselamat, Ransome Clarke dan Joseph Sprague, kembali ke Fort Brooke. Hanya Clarke, yang mati akibat kecederaannya beberapa tahun berikutnya, meninggalkan kisah mengenai pertempuran tersebut dari sudut pandangan tentera. Joseph Sprague tidak tercedera dan hidup agak lama, tetapi tidak mampu memberikan kisah pertempuran kerana dia segera mencari perlindungan di kolam berdekatan. Pihak Seminoles hanya kehilangan tiga orang denga lima tercedera. Pada hari yang sama dengan Penyembelihan Dade, Osceola dan pengikutnya menembak dan membunuh Wiley Thompson dan enam yang lain dalam serangan hendap di luar Fort King.[17]
Berikutnya Major Ethan Allen Hitchcock diantara mereka yang menjumpai mayat dari kumpulan Dade pada Februari. Dalam journalnya dia menulis kisah sayu mengenai jumpaan tersebut, kemudian meluahkan tidak puas hatinya dengan pertikaian tersebut: "Kerajaan adalah salah, dan merupakan punca utama penentangan berterusan oleh Indian, yang hanya mempertahankan negara mereka dari usaha kita untuk menguatkuasakan perjanjian palsu. Pihak peribumi menggunakan semua cara bagi mengelakkan perang, tetapi dipaksa melakukannya oleh penindasan kerajaan kita.".[18]
Pada 29 Disember Jeneral Clinch meninggalkan Fort Drane (baru ditubuhkan di ladang Clinch, sekitar dua puluh batu (32 km) barat laut Fort King) bersama 750 askar, termasuk 500 sukarelawan yang kerahan akan berakhir pada 1 January 1836. Mereka menuju ke arah kubu kuat Seminole yang dikenali sebagai Teluk Withlacoochee, yang kini dikenali sebagai Tasik Tsala Apopka, kawasan banyak tasik di barat daya Sungai Withlacoochee. Apabila mereka sampai di sana, mereka tidak menjumpai tempat menyeberang, dan Clinch menyuruh tentera biasanya menyeberang sungai menggunakan kanoe tunggal yang mereka jumpa. Sebaik sahaja mereka seberang dan berehat, pihak Seminoles menyerang. Pihak tentera hanya dapat menyelamatkan diri dengan memasang bayonet dan menyerbu Seminoles, dengan korban empat orang mati dan 59 tercedera. Pihak militia memberikan perlindungan ketika anggota Tentera berundur menyeberangi sungai.[19]
Pada 6 januari 1836 satu kumpulan Seminoles menyerang ladang coontie milik William Cooley di New River , Broward County, Florida (kini Fort Lauderdale, Florida), membunuh isteri, anak dan guru anaknya. Penduduk lain kawasan New River dam county Biscayne Bay di selatan lari ke Key West.[20] Pada 17 Januari, sukarelawan dan pihak puak Seminoles bertembung di selatan St. Augustine di Ladang dan Kilang Gula Dunlawton dalam apa yang dikebnali sebagai Pertempuran Dunlawton. Pihak sukarelawan kehilangan empat orang dengan tiga belas cedera.[21] Pada 19 Januari 1836 sloop perang Tentera Laut USS Vandalia (1828) dihantar ke Teluk Tampa dari Pensacola. Pada hari yang sama 57 anggota Kor Marine di hantar dari Key West untuk membantu melindungi Fort Brooke.[22]
Ekspedisi Jeneral Gaines
[sunting | sunting sumber]Tentera biasa Amerika Syarikat pada masa itu adalah kecil, dengan kurang dari 7,500 orang mengawal sejumlah 53 pos.[23] Ia tersebar sedikit, untuk mengawal sempadan Kanada, bagi menduduki kubu persisiran, dan terutamanya, memindah puak Indian ke barat dan memantau bagi mengasingkan mereka dari penduduk kulit putih. Keperluan sementara bagi tentera tambahan diisi oleh pasukan bersenjata negeri dan jajahan, dan oleh unit sukarelawan tadbir sendiri. Ketika berita dan khabar angina mengenai pertempuran tersebar, tindakan dilakukan pada banyak peringkat. Maj. Jen. Winfield Scott idtempatkan bagi menguruskan perang. Kongres meluluskan US$620,000 bagi perang. Kompeni sukarelawan mula dibentuk di Alabama, Georgia dan Carolina Selatan. Jeneral Gaines mengumpulkan 1,100 membentuk satu pasukan biasa dan sukarelawan di New Orleans, Louisiana dan berlayar dengan mereka ke Fort Brooke.[24]
Apabila Gaines sampai ke Fort Brooke, dia mendapati dirinya kekurangan perbekalan. Kerana mempercayai bahawa Jeneral Scott telah menghantar bekalan ke Fort King, Gaines memimpin orangnya ke Fort King. Ditengah perjalanan, mereka menjumpai tempat penyembelihan Dade, dan menanam mayat dalam tiga kubur besar. Pasukan tersebut sampai ke Fort King selepas sembilan hari dan mendapati ia sangat kekurangan perbekalan. Selepas menerima ration selama tujuh hari dari Jeneral Clinch di Fort Drane, Gaines menghala kembali ke Fort Brooke. Dia berharap untuk mencapai sesuatu bagi usahanya, Gaines membawa orangnya melalui laluan lain kembali ke Fort Brooke, bertujuan untuk bertempur dengan puak Seminoles di kubu kuat mereka di Teluk Sungai Withlacoochee. Akibat kekurangan pengetahuan negeri tersebit, pasukan Gaines sampai ke tempat sama di Withlacoochee di mana Clinch bertembung dengan Seminoles sebulan setengah sebelumnya, dan ia mengambil masa satu hari lagi untuk menjumpai tempat menyeberang ketika kedua pihak berbalas-balas tembakan seberang sungai.[25]
Ketika usaha menyeberang dicuba di arungan Withlacoochee, Lt. James Izard tercedera (dan kemudiannya mati). Jeneral Gaines ditembak. Dia tidak dapat menyeberang, dan jika dia kembali ke Fort King orang-orangnya akan kehabisan ration. Gaines menyuruh orang-orangnya membina perkubuan, yang dikenali sebagai Kem Izard,dan menghantar berita kepada Jeneral Clinch. Gaines berharap puak Seminoles akan menumpu sekeliling Kem Izard, dan pasukan Clinch kemudian dapat menyerang puak Seminoles dari belakang, menghancurkan mereka antara dua pasukan. Malangnya, Jeneral Scott, yang menguruskan perang, memerintah Clinch untuk kekal di Fort Drane. Tidak lama kemudian, orang-orang Gaines mula terpaksa memakan kuda, baghal dan kadang-kala anjing, ketika pertempuran berlangsung selamalapan hari. Masih di Fort Drane, Clinch memohon agar Jeneral Scott menukar arahannya dan membenarkannya pergi membantu Gaines. Clinch akhirnya memutuskan untuk mengingkari Scott dan pergi untuk menyertai Gaines hanya satu hari sebelum kebenaran Scott untuk melakukannya sampai di Fort Drane. Clinch dan orangnya sampai ke Kem Izard pada 6 March, menghalau puak Seminoles.[26]
Kempen Jeneral Scott
[sunting | sunting sumber]Jeneral Scott telah mula mengumpulkan tentera dan bekalan bagi kempen besar menentang Seminoles. Tiga lajur, berjumlah 5,000 orang, akan menumpu ke Teluk Withlacoochee, memerangkap puak Seminoles dengan pasukan cukup besar untuk mengalahkan mereka. Scott akan mengiring satu lajur, di bawah pemerintahan Jeneral Clinch, bergerak ke selatan dari Fort Drane. Lajur kedua, di bawah Brig. Jen. Abraham Eustis, akab bergerak baratdaya dari Volusia, sebuah bandar di Sungai St. Johns. Sayap ke tiga di bawah pemerintahan Kol. William Lindsay, akan bergerak ke utara dari Fort Brooke. Rancangan adalah ketiga lajur akan tiba ke Teluk secara serentak untuk menghalang puak Seminoles dari melarikan diri. Eustis dan Lindsay sepatutnya berada di kedudukan pada 25 Mac, agar lajur Clinch dapat menghalau puak Seminoles pada mereka.[27]
Dalam perjalanan dari St. Augustine ke Volusia untuk berada di kedudukan permulaannya, Jen. Eustis menjumpai Pilaklikaha, atau Palatlakaha, juga dikenali sebagai Bandar Abraham. Abraham merupakan ketua Seminole Hitam, dan penterjemah bagi Seminoles. Eustis membakar Bandar sebelum bergerak ke Volusia.
Kesemua tiga lajur terlewat. Eustis dua hari terlewat berlepas dari Volusia disebabkan oleh serangan Seminoles. Lajur Clinch dan Lindsay hanya tiba di kedudukan mereka pada 28 Mac. Disebabkan masalah menyeberangi kawasan yang tidak dipeta, lajur Eustis tidak tiba sehinggalah 30 Mac. Clinch menyeberangi Withlacoochee pada 29 Mac bagi menyerang Seminoles di Teluk, tetapi mendapati kampong tersebut ditinggalkan. Lajur Eustis bertempur kecil dengan sebahagian Seminoles sebelum tiba ke kedudukan ditetapkan, tetapi keseluruhan aksi hanya membunuh atau menangkap sedikit puak Seminoles. Pada 31 Mac ketiga-tiga komander, kini kekurangan perbekalan, menuju ke Fort Brooke. Kegagalan ekspedisi bagi bertempur dengan Seminoles secara efektif dilihat sebagai satu kegagalan, dan dipersalahkan pada kekurangan masa perancangan dan cuaca yang tidak baik.[28]
Pengunduran Tentera, Gabenor Call cuba menyelesaikannya
[sunting | sunting sumber]April 1836 tidak begitu baik bagi pihak Tentera. Pihak Seminoles telah menyerang sejumlah kubu, termasuk Kem Cooper di Teluk, Fort Alabama di Sungai Hillsborough, Hillsborough utara Fort Brooke, Fort Barnwell berhampiran Volusia, dan Fort Drane sendiri. Seminoles turut membakar kilang gula di ladang Clinch. Selepas itu, Clinch berhenti dari perlantikannya dan meninggalkan jajahan tersebut. Fort Alabama titinggalkan pada akhir April. Pada akhir May, Fort King turut ditinggalkan. Pada Jun tentera di rumah sekat “blockhouse” di Withlacoochee diselamatkan selepas dikepung oleh Seminoles selama 48 hari. Pada 23 Julai 1836, Seminoles menyerang rumah api Tanjung Florida, mencederakan pembantu penjaga yang bertanggung jawab dan membunuh pembantunya, dan membakar rumah api tersebut. Rumah api tersebut tidak dibaiki sehingga 1846. Fort Drane ditinggalkan pada Jun akibat penyakit, dengan lima dari tujuh pegawai dan 140 orang dalam daftar sakit. Tentera mengalami serangan penyakit yang teruk pada masa musim panas di Florida yang digelar musim sakit. Menjelang akhir bulan Ogos, Fort Defiance, di sempadan Prairie Alachua, turut ditinggalkan. Mendapati perperangan dijangka berpanjangan dan mahal, pihak Kongres meluluskan tambahan US$1.5 juta dan membenarkan sukarelawan untuk menyertai selama sehingga setahun.[29]
Richard Keith Call, yang memimpin sukarelawan Florida sebagai Brig. Jen. ketika Clinch bergerak ke Teluk Withlacoochee pada Disember, telah dilantik sebagai Gabenor jajahan Florida pada 16 March 1836. Gabenor Call mencadangkan kempen musim panas dengan menggunakan pasukan bersenjata dan sukarelawan dan bukannya pasukan Tentera biasa. Jabatan Perang bersetuju dengan cadangan ini, tetapi kelewatan dalam persediaan bererti kempen tidak bermula sehingga akhir bulan September. Desakan juga dibuat bagi menyerang Teluk Withlacoochee. Dia menghantar kebanyakan bekalannya di pantai barat semenanjung dan sehinga ke Withlacoochee bagi mendirikan pangkalan bekalan. Dengan bahagian utama orang-orangnya, dia bergerak ke Fort Drane yang telah ditinggalkan masa itu, dan kemudian ke Withlacoochee, yang mereka tiba pada 13 Oktober. Withlacoochee sedang banjir dan tidak boleh diseberangi. Pihak tentera tidak dapat membina rakit untuk menyeberang kerana mereka tidak membawa kapak bersama mereka. Tambahan lagi, pihak Seminoles di seberang sungai akan menembak mana-mana tentera yang kelihatan sepanjang sungai. Call kemudian berpaling ke barat sepanjang tebing utara sungai untuk sampai ke depoh bekalan. Bagaimanapun, kapal wap yang membawa bekalan telah tenggelam di bahagian bawah sungai dan depoh bekalan jauh di hilir dari tempat Call jangka ia berada. Kehabisan makanan, Call meminpin orang-orangnya kembali ke Fort Drane, satu lagi ekspedisi yang gagal terhadapTeluk.[30]
Pada pertengahan -November Call cuba sekali lagi. Pasukannya berjaya menyeberangi Withlacoochee kali ini, tetapi mendapati Teluk itu ditinggalkan. Call membahagikan pasukannya, dan bergerak menghulu sungai (selatan) dari kedua belah. Pada 17 November, pihak Seminoles dihalau dari kem yang besar. Terdapat satu lagi pertempuran keesokkan harinya, dan pihak Seminoles dijangka menghala ke Paya Wahoo. Call menunggu untuk membawa lajur lain menyeberangi sungai sebelum memasuki Paya Wahoo pada 21 November. Pihak Seminoles menentang kemaraannya dalam Pertempuran Paya Wahoo, kerana keluarga mereka berhampiran, tetapi terpaksa berundur menyeberangi anak sungai. Major David Moniac, Creek darah campuran merupakan Peribumi Amerika pertama tamat dari Akademi Tentera Amerika Syarikat West Point, cuba menentukan kedalaman anak sungai tetapi ditembak oleh pihak Seminoles dan terbunuh.
Berhadapan dengan cabaran menyeberangi sungai yang tidak diketahui kedalamannya semasa ditembak, dan bekalan yang semakin berkurangan, Call berundur dan memimpin orangnya ke Volusia. Pada 9 Disember Call telah dilucut pemerintahannya dan digantikan oleh Maj. Jen. Thomas Jesup, yang memimpin pasukannya balik ke Fort Brooke. Kerahan sukarelawan tamat pada akhir Disember dan mereka kembali ke rumah masing-masing.[31]
Jesup mengambil alih
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1836 Tentera Amerika Syarikat memiliki hanya empat Major Jeneral. Alexander Macomb, Jr. merupakan Jeneral pemerintah Tentera. Edmund Gaines dan Winfield Scott setiap satunya telah bertugas dilapangan dan gagal mengalahkan puak Seminoles. Thomas Jesup merupakan Major Jeneral terakhir yang ada. Jesup baru mematahkan kebangkitan puak Creeks di Georgia barat dan Alabama timur (Perang Creek 1836), mengatasi Winfield Scott dalam proses itu. Jesup membawa pendekatan baru bagi perperangan menentang puak Indian. Disebalik menghantar pasukan besar untuk memaksa puak Seminoles bertempur dalam set pertempuran yang ditetapkan, dia menumpu pada usaha meletihkan puak Seminoles. Pendekatan ini memerlukan kehadiran tentera yang besar di Florida, dan Jesup akhirnya memiliki pasukan lebih dari 9,000 orang di bawah pemerintahannya. Hampir separuh dari pasukannya adalah sukarelawan dan pasukan bersenjata (bukan tentera). Ia termasuk satu brigade Marin, dan anggota Tentera laut dan Kastam-Marin yang meronda persisiran dan sungai dan anak sungai dalaman.[32]
Pihak Tentera laut dan Kastam-Marin kedua mereka telah bekerja sama dengan pihak tentera sejak awal perang. Kapal Tentera laut dan bot kastam mengangkut orang dan bekalan ke pos tentera. Mereka meronda persisiran pantai Florida bagi mengumpul maklumat dan memintas Seminoles, dan menghalang penyeludupan senjata dan bekalan kepada pihak Seminoles. Kelasi dan Marin membantu menduduki kubu Tentera yang kekurangan anggota. Kelasi, Marin, dan Kastam-Marin terbabit dalam ekspedisi ke tengah Florida, samaada melalui bot dan di darat. Menentang bilangan tersebut, puak Seminoles memulakan perang dengan bilangan antara 900 dan 1,400 pahlawan,dan tanpa cara menggantikan kehilangan mereka.[33]
Damai dan kegagalannya
[sunting | sunting sumber]Januari 1837 melihat perubahan dalam perang. Dalam pelbagai pertembungan sejumlah Seminole dan Seminole Hitam terbunuh atau ditawan. Dalam Pertempuran Hatchee-Lustee, brigade Marin menahan antara tiga puluh sehingga empat puluh Seminole dan kulit hitam, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, bersama 100 kuda barangan dan 1,400 ekor lembu. Pada akhir Januari sesetengah ketua Seminole menghantar perutusan kepada Jesup,dan mengatur genjatan senjata. Pertempuran tidak berhenti serta merta, dan perjumpaan antara Jesup dan ketua-ketua Indian tidak berlaku sehingga akhir Februari. Pada March 'Penyerah kalah'ditanda tangani oleh sebilangan ketua, termasuk Micanopymenyatakan bahawa Seminole boleh ditemani oleh rakan mereka dan "negro mereka, harta 'bona fide' " dalam pemindahan mereka ke Barat.[34]
Malah ketika puak Seminoles mula tiba di kem Tentera bagi menunggu pengangkutan ke barat, penangkap hamba menuntuk kembali orang kulit hitam yang tinggal bersama puak Seminoles. Oleh kerana puak Seminole tidak memiliki rekod bertulis bagi hakmilik, mereka biasanya kalah dalam pertikaian mengenai hak milik. Orang kulit putih yang lain cuba menjadikan puak Seminole ditahan di atas tuduhan jenayah atau hutang. Kesemua ini menjadikan puak Seminole mensyaki mengenai janji yang dibuat oleh Jesup. Disebaliknya, ia disedari bahawa ramai dari pahlawan yang datang ke kem pengangkutan tidak membawa keluarga mereka bersama, dan kelihatannya lebih berminat untuk mengumpul bekalan. Menjelang akhir May, ramai ketua, termasuk Micanopy, telah menyerah diri. Bagaimanapun, dua pemimpin penting, Osceola dan Ar-pi-uck-i (Sam Jones), tidak menyerah, dan diketahui menentang dengan keras pemindahan itu. Pada 2 Jun kedua pemimpin ini bersama 200 pengikut memasuki kem tahanan di Fort Brooke dan membawa keluar 700 Seminole yang telah menyerah. Perang kembali meletus, dan Jesup tidak lagi akan mempercayai janji puak Indian.[35]
Perang tidak berterusan serta merta pada skala besar. Jeneral Jesup memikirkan bahawa dengan penyerah diri begitu ramai Seminoles bererti perang sedang berakhir, dan tidak merancang kempen yang panjang. Ramai tentera telah ditempatkan di tempat lain, atau, dalam kes orang bersenjata militia dan sukarelawan,dibebaskan dari tuga. Ia juga memasuku musim panas, 'musim sakit', dan Tentera tidak bertempur dengan agresif di Florida semasa musim panas. Panik 1837 telah mengurangkan pendapatan kerajaan, tetapi Kongres meluluskan tambahan US$1.6juta bagi perang. Pada Ogos pihak Tentera berhenti membekalkan perbekalan kepada orang awam yang mencari perlindungan di kubunya.[36]
Tahanan dan isyarat palsu
[sunting | sunting sumber]Jesup mengekalkan tekanan ke atas Seminoles dengan menghantar unit kecil ke lapangan. Ramai kulit hitam bersama Seminoles mula menyerah diri. Selepas beberapa perubahan polisi mengenai hamba pelarian, Jesup akhirnya menghantar mereka ke barat bagi menyertai Seminoles yang sudahpun berada dalam jajahan Indian. Pada 10 September 1837 Tentera dan pasukan bersenjata menangkap kumpulan Mikasukis termasuk Raja Phillip, seorang ketua penting di Florida. Pada malam berikutnya, pemerintah yang sama menangkap kumpulan Yuchis, termasuk ketua mereka Uchee Billy.[37]
Jeneral Jesup menyusuh Raja Phillip menghantar perutusan kepada anaknyaCoacoochee (Kucing Liar) bagi mengatur perjumpaan dengan Jesup. Apabila Coacoochee tiba di bawah bendera damai, Jesup menahannya. Pada Oktober Osceola dan Coa Hadjo, seorang lagi ketua meminta perundingan damai dengan Jesup.Satu perjumpaan diatur di selatan St. Augustine. Apabila Osceola dan Coa Hadjo tiba bagi perjumpaan tersebut, juga di bawah bendera putih, mereka ditahan. Osceola mati dalam tempoh tiga bulan selepas dia ditahan, di penjara di Fort Moultrie di Charleston, Carolina Selatan. Tidak kesemua Seminoles yang ditahan Tentera kekal ditahan. Ketika Osceola masih ditahan di Fort Marion (Castillo de San Marcos) di St. Augustine, dua puluh orang Seminoles yang ditahan dalam kurungan yang sama bersamanya dan Raja Phillip lepas lari melalui tingkap sempit. Yang lolos lari termasuk Coacoochee dan John Horse, ketua Seminole Hitam.[38]
Satu perwakilan Cherokee dihantar ke Florida untuk berunding dengan Seminoles untuk berpindah ke barat. Apabila Micanopy dan yang lain tiba untuk berjumpa dengan Cherokees, Jeneral Jesup menahan Seminoles. John Ross, ketua deligasi Cherokee, membantah. Jesup menjawap bahawa dia telah memberitahu Cherokees bahawa tiada Seminole yang dating akan dibenarkan pulang.[39]
Zachary Taylor dan Pertempuran Tasik Okeechobee
[sunting | sunting sumber]Jesup kini memiliki himpunan tentera yang besar,termasuk sukarelawan dari sejauh Missouri dan Pennsylvania. Begitu ramai orang sehinggakan dia berhadapan dengan masalah untum memberi mereka semua makan. Rancangan Jesup adalah untuk bergerak turun semenanjung dengan banyak lajur, menolak Seminoles jauh keselatan. Jeneral Joseph Marion Hernández memimpin lajur di persisiran timur. Jeneral Eustis membawa lajurnya ke hulu Sungai St. Johns River (keselatan). Kolonel Zachary Taylor memimpin lajur dari Fort Brooke ke tengah negeri, dan kemudian keselatan antara Sungai Kissimmee dan Sungai Peace. Pemerintah lain membersihkan kawasan antara St. Johns dan SUngai Oklawaha, antara Oklawaha dan Sungai Withlacoochee, dan sepanjang Sungai Caloosahatchee. Unit gabungan Tentera-Tentera Laut meronda persisiran timur bawah Florida. Tentera lain meronda bahagian utara jajahan sebagai perlindungan dari serangan Seminole.[40]
Kolonel Taylor melihat pertempuran pertama kempen tersebut. Meninggalkan Fort Gardiner di atas Kissimmee bersama 1,000 orang pada 19 Disember, Taylor bergerak kearah Tasik Okeechobee. Dalam dua hari pertama sembilan puluh Seminoles menyerah diri. Pada hari ketiga Taylor berhenti bagi membina Fort Basinger, Florida, di mana dia meninggalkan tentera yang sakit dan tentera yang mencukupi bagi mengawal Seminoles yang menyerah diri. Tiga hari berikut, pada hari Krismas 1837, lajur Taylor memintas kumpulan utama Seminoles di persisiran utara tasik Okeechobee.[41]
Puak Seminoles dipimpin oleh Alligator, Sam Jones, dan Coacoochee yang baru melepaskan diri, berada dalam kedudukan yang baik di persekitaran Hammock yang dikelilingi oleh menerung. Tanahnya berlumpur tebal, dan daun menerung memotong dan membakar kulit dengan mudah. Taylor memiliki sekitar 800 orang, sementara Seminoles berjumlah kurang dari 400. Taylor menghantar sukarelawan Missouri dahulu. Kolonel Richard Gentry, tiga orang pegawal dan lebih dari dua puluh orang terbunuh sebelum sukarelawan berundur. Kemudian lebih 200 orang tentera dari Infantri ke- 6, yang kehilangan empat pegawai dan korban hanpir 40% sebelum mereka berundur. Kemudian ia adalah giliran Infantri ke-4, 160 orang di sokong oleh sisa infantry ke-6 dan sukarelawan Missouri. Kali ini tentera berjaya menghalau pihak Seminoles dari kawasan hammock dan kearah tasik. Taylor kemudian menyerang sisi mereka denga pasukan simpanannya, bagaimanapun pihak Seminoles berjaya lepas lari menyeberangi tasik. Hanya sekitar sedozen Seminoles terbunuh dalam pertempuran. Bagaiamanapun, Pertempuran tasik Okeechobee disambut sebagai kemenangan besar bagi Taylor dan pihak Tentera.[42]
Pertempuran Loxahatchee
[sunting | sunting sumber]Taylor kini menyertai lajur lain bergerak turun semananjung untuk melalui sebelah timur tasik Okeechobee, di bawah pemerintahan keseluruhan Jeneral Jesup. Pasukan sepanjang Sungai Caloosahatche menghalang sebarang laluan ke utara pada sebelah barat tasik. Masih meronda pantai timur Florida pasukan gabungan Tentera-Tentera laut di bawah Lt. Levin Powell Tentera laut. Pada 15 Januari Powell sedang memimpin lapan puluh orang kea rah kem Seminole apabila mereka mendapati mereka hampir dikepung sepenuhnya oleh sejumlah besar Seminoles. Serbuan terhadap Seminoles gagal, tetapi tentera berjaya kembali ke bot mereka selepas kehilangan empat mati dan dua puluh dua cedera. (Pengunduran pasukan itu dilindungi oleh Lt. Tentera Joseph E. Johnston.) Pada akhir Januari pasukan Jesup memintas sebilangan besar Seminoles ke timur Tasik Okeechobee. Pihak Seminoles pada awalnya berlindung di kawasan hammock, tetapi mereka dihalau oleh tembakan meriam dan roket kembali menyeberangi sungai yang luas ( Sungai Loxahatchee), di mana mereka membuat satu lagi pertahanan. Pihak Seminoles akhirnya menghilangkan diri, selepas menyebabkan lebih banyak korban dari yang mereka alami, dan Pertempuran Loxahatchee tamat.[43]
Pertempuran kini reda. Pada Februari 1838 ketua Seminole Tuskegee dan Halleck Hadjo menghubungi Jesup dengan cadangan bahawa mereka akan berhenti berjuang sekiranya mereka dibenarkan tinggal di selatan Tasik Okeechobee. Jesup sukakan idea tersebut, menjangkakan usaha yang berpanjangan untuk menangkap baki Seminole yang berada di Everglades, dan menjangkakan bahawa puak Seminole lebih mudah untuk dikumpulkan kemudian apabila tanah benar-benar diperlukan oleh penempatan kulit putih. Bagaimanapun, Jesup perlu menulis ke Washington untuk kelulusan. Ketua-ketua Indian dan pengikut mereka berkemah berhampiran Tentera ketika menunggu jawapan, dan terdapat perhubungan rapat antara kedua kem. Bagaimanapun Setiausaha Perang Joel Roberts Poinsett menolak urusan tersebut dan memerintah Jesup untuk meneruskan kempennya. Sebaik sahaja menerima jawapan Poinsett', Jesup memanggil ketu-ketua itu semula, tetapi mereka enggan datang. Tidak rela membenarkan 500 Seminole kembali ke paya, Jesup menghantar pasukannya bagi menahan mereka. Puak Seminole tidak membuat sebarang tentangan, mungkin kerana tidak melihat sebarang sebab untuk terus berjuang.[44]
Jesup meletak jawatan, digantikan oleh Zachary Taylor
[sunting | sunting sumber]Jesup kini meminta dilucutkan jawatannya. Ketika musim panas hampir pada tahun 1838 bilangan tentera di Florida merosot kepada sekitar 2,300. Pada April Jesup diberitahu bahawa dia patut kembali ke jawatannya sebagai Jeneral Quartermaster Tentera.. Pada May Zachary Taylor, kini seorang Jeneral, mengambil alih pemerintahan pasukan Tentera di Florida. Dengan tentera yang berkurangan, Taylor menumpukan bagi mengekalkan puak Seminole luar dari utara Florida, agar penduduk boleh kembali ke penempatan mereka. Bagaimanapun, puak Seminole masih mampu sampai jauh ke utara. Pada Julai satu keluarga dibunuh di Sungai Santa Fe, satu lagi berhampiran Tallahassee, termasuk juga dua keluarga di Georgia. Pertempuran reda semasa musim panas, kerana tentera ditarik balik ke persisiran, dan Seminole menumpu bagi menanam tanaman mereka dan mengumpul bekalan bagi musim luruh dan sejuk.[45]
Rancangan Taylor adalah bagi membina pos kecil pada selang berkala merentasi utara Florida, disambung dengan laluan gerabak, dan menggunakan unit tentera yang besar bagi mencari di kawasan ditetapkan. Usaha ini memakan banyak belanja, tetapi pihak Kongress terus meluluskan belanjawan yang diperlukan. Pada Oktober 1838 Taylor memindahkan puak Indian terakhir sepanjang Sungai Apalachicola dipindahkan ke barat. Pembunuhan di kawasan Tallahassee menyebabkan Taylor menarik tentera keluar dari selatan Florida bagi memberikan lebih banyak perlindungan di utara. Musim sejuk agak sepi. Hanya beberapa orang Seminole dibunuh, dan kurang dari 200 dihantar ke barat, sementara hanya sembilan tentera Amerika Syarikat dibunuh oleh Seminole. Taylor juga mampu melaporkan bahawa pada musim Bunga 1839 bahawa orang-orangnya telah membina 53 pos baru dan menyiapkan 848 batu (1,365 km) jalan kereta lembu.[46]
Perdamaian Macomb' dan Penyembelihan Harney
[sunting | sunting sumber]Di Washington dan sekitar negara sokongan terhadap perang semakin merosot. Saiz tentera telah meningkat kerana permintaa bagi tenaga manusia dalam perang di Florida. Ramai orang kini merasakan bahawa Seminole berhak untuk kekal di Florida. Ia juga jelas bahawa ia akan mengambil masa yang lama untuk mencari semua Seminole keluar dari Florida, dengan belanja yang tinggi. Pihak Kongres meluluskan US$5,000 bagi berunding dengan puak Seminole. Presiden Martin Van Buren menghantar Jeneral Pemerintah (“Commanding General”) Tentera, Alexander Macomb, untuk merundingkan perjanjian baru dengan puak Seminole. Puak Seminole lambat membalas tawaran perjanjian baru, mengingati perjanjian dan janji yang diingkari pada masa lalu. Akhirnya, Sam Jones menghantar pengganti yang dipilih, Chitto Tustenuggee, bagi bertemu dengan Macomb. Pada 19 May 1839 Macomb mengumumkan bahawa persetujuan telah dicapai bersama puak Seminole. Puak Seminole akan berhenti berjuang sebagai ganti tanah simpan di selatan Florida.[47]
Ketika musim panas berlalu perjanjian tersebut kelihatannya kekal. Beberapa pembunuhan yang berlaku boleh dipersalahkan kepada pahlawan muda tidak berdisplin, malah pada penjenayah kulit putih. Satu pos dagang ditubuhkan di pantai utara Sungai Caloosahatchee, dan puak Seminole yang dating ke pos dagang kelihatannya baik. Satu pasukan 23 orang tentera ditempatkan di pos dagang bagi mengawalnya, di bawah pemerintahan Kolonel William S. Harney. Pada 23 Julai sekitar 150 Indian menyerang pos dagang Calooshatchee dan pengawalnya. Beberapa orang tentera termasuk Kolonel Harney, berjaya sampai ke sungai dan mendapatkan bot untuk melarikan diri, tetapi kebanyakan tentera termasuk beberapa orang awam di pos dagang terbunuh. Perang kembali meletus.[48] Adalah tidak jelas kumpulan Indian mana yang menyerang pos dagang tersebut. Ramai yang menyalahkan Indian 'Sepanyol' yang diketuai oleh Chakaika. Sesetengah bagaimanapun mensyaki Sam Jones, dari suku kaum Mikasukis merupakan orang yang mencapai persetujuan dengan Macomb. Sam Jones berjanji untuk menyerahkan mereka yang terbabit dengan serangan kepada Harney dalam tempoh 33 hari. Dalam masa itu suku kaum Mikasukis di kem Sam Jones berhampiran Fort Lauderdale, Florida kekal bersahabat dengan tentera yang ditempatkan di situ. Pada 27 Julai pegawai di kubu tersebut telah dijemput untuk menari di kem Mikasuki. Pegawai tentera menolak tetapi menghantar dua orang tentera dan seorang penterjemah kulit hitam bersama satu tong wiskey. Tentera tersebut dibunuh tetapi penterjemah terlepas dan melaporkan di kubu bahawa Sam Jones dan Chitto Tustenuggee terbabit dalam serangan tersebut. Pada Ogos puak Seminole beroperasi sejauh ke utara di Fort White.[49]
Taktik baru
[sunting | sunting sumber]Ketika usaha Tentera di Florida terbukti kurang berjaya, ia beralih kearah kaedah baru, dengan menggunakan anjing perburuan bloodhound bagi menjejak Seminole. Sungguhpun Jeneral Taylor telah memohon dan menerima kebenaran bagi mendapatkan bloodhounds pada tahun 1838, dia tidak melakukannya. Kerajaan jajahan Florida membeli sekawanan bloodhound dari Cuba pada awal 1840 dan menggaji pengendali anjing dari Cuba. Semasa ujian awal anjing perburuan memberikan hasil bercampur-campur, bangkangan dari orang awam di Amerika Syarikat meletus mengenai kebimbangan anjing sedemikian akan cuba membunuh atau mencacatkan Seminole, termasuk wanita dan kanak-kanak. Setiausaha Tentera terpaksa mengeluarkan arahan agar anjing diikat mulut semasa digunakan bagi menjejak. Ketika ia berkembang, oleh kerana anjing bloodhound tidak mampu menjejak menerusi air, puak Seminole dengan mudah mengelakkan mereka.[50]
Di utara Florida, rumah sekatan Taylor dan system rondaan mengekalkan Seminole bergerak, tetapi tidak mampu menghalau mereka dari kawasan tersebut. Serangan hendap ke atas pengembara sering berlaku. Pada 13 Februari 1840 koc surat antara St. Augustine dan Jacksonville diserang hendap. Pada May Seminole menyerang kumpulan pelakon berhampiran St. Augustine, membunuh sejumlah enam orang. Pada bulan yang sama sekumpulan empat orang tehtera mengembara antara kubu-kubu di County Alachua diserang, dengan seorang terbunuh dan dua lagi tidak kembali. Satu kumpulan lapan belas orang mengejar pihak Indian, tetapi enam dari mereka terbunuh.[51]
Pada May 1840 Zachary Taylor, setelah berkhidmat lebih lama dari sebarang komander dalam perang Florida sebelumnya, diluluskan permohonannya untuk pertukaran. Dia digantikan oleh Brig. Jen. Walker Keith Armistead, yang sebelumnya berkhidmat di Florida sebagai pembantu Jen. Jesup. Armistead segera menyerang, menghantar 100 tentera setiap kali bagi memburu Seminole dan kem mereka. Bagi kali pertama, pihak Tentera secara aktif berkempen di Florida semasa musim panas, menawan dan memusnahkan tanaman dan bangunan. Pihak Seminole juga kekal aktif. Sejumlah empat belas tentera terbunuh dalam perkhidmatan dalam bulan Julai.[52] Pihak Tentera kini memburu kem tersembunyi Seminole, membakar ladang dan menghalau kuda, lembu dan babi.[53]
Armistead bercadang menyerahkan pertahanan Florida utara dari Fort King kepada pasukan bersenjata awam dan sukarelawan, sementara Tentera biasa bertugam menghadkan Seminoles ke selatan Fort King, dan mengejar mereka dengan tekun. Kem dan ladang tersembunyi dijumpai dan dimusnahkan sepanjang tengah Florida, dan menjelang pertengahan musim panas pihak Tentera telah memusnahkan 500 ekar (2.0 km2) tanaman Seminole. Jeneral Armistead menjadi terasing dari kerajaan jajahan, sungguhpun dia memerlukan 1,500 pasukan bersenjata awam dari jajahan bagi mempertahankan kawasan di utara Fort King. Bagi memperkukuhkan usaha di selatan Fort King, Regimen Infantri ke-8 dihantar ke Florida. Tentera di Florida kini termasuk sepuluh kompeni Second Dragoon, sembilan kompeni Artileri KeTiga, dan Regimen Infantri Pertama, Regimen Infantri Kedua, dan Regimen Infantri Ketiga, Regimen Infantri Keenam, Regimen Infantri Ketujuh dan Regimen Infantri Kelapan.[54]
Perubahan juga berlaku di selatan Florida. Di Fort Bankhead yang terletak di Key Biscayne Kol. Harney melaksanakan program latihan pesat perperangan di paya dan hutan bagi orang-orangnya.[55] Tentera laut memainkan peranan lebih besar dalam perang, dengan kelasi dan marin mudek sungai dan anak sungai, dan ke dalam Everglades.[56]
"Angkatan Nyamuk (Mosquito)"
[sunting | sunting sumber]Pada awal tahun perperangan, Lt. Tentera laut Levin Powell memimpin pasukan gabungan Tentera laut dan Tentera yang terdiri daripada 200 orang yang beroperasi sepanjang persisiran pantai. Pada akhir tahun 1839 Lt. Tentera laut John T. McLaughlin diberikan pemerintahan pasukan afimbia gabungan Tentera laut-Tentera bagi beroperasi di Florida. Ini termasuk schooner luar pantai dan baj berhampiran tanah besar bagi memintas pedagang Cuba dan Bahama yang membawa senjata dan bekalan lain ke puak Seminole, dan bot lebih kecil, sehingga kanoe, bagi meronda sungai dan memasuki Everglades. McLaughlin menubuhkan pangkalannya di Tea Table Key di utara Florida Keys.[57]
Satu usaha menyeberangi Everglades dari barat ke timur dilancarkan pada April 1840, tetapi pasukan kelasi dan marin telah di serang oleh puak Seminole pada titik pertemuan di Tanjung Sable. Sungguhpun tidak terdapat sebarang kematian yang diketahui (pihak Seminole membawa mayat dan mereka yang tercedera), ramai anggota tentera laut jatuh sakit dan ekspedisi itu terpaksa dibatalkan dan mereka yang sakit di bawa ke Pensacola. Selama beberapa bulan ahli-ahli pasukan Lt. McLaughlin menjelajah muara dan sungai di selatan Florida.[58] McLaughlin ada memimpin satu pasukan menyeberangi Everglades kemudiannya. Mengembara dari Disember 1840 sehingga pertengahan Januari 1841, pasukan McLaughlin menyeberangi Everglades dari timur ke barat dalam kanoe dikorek, kumpulan kulit putih pertama menamatkan penyeberangan.[59]
Indian Key
[sunting | sunting sumber]Indian Key adalah sebuah pulau kecil di bahagian atas Florida Keys yang dibangunkan sebagai pangkalan kapal pecah. Pada tahun 1836 ia menjadi tapak county bagi County Miami-Dade yang baru dibuka dan pelabuhan masuk. Sungguhpun bimbang mengenai serangan dan kemunculan Indian di kawasan tersebut, penduduk Indian Key kekal di situ bagi mempertahankan harta mereka, dan agar berhampiran dengan sebarang kapal pecah di bahagian atas Florida Key. Pulau tersebut memiliki enam meriam dan kompeni pasukan bersenjata kecil sendiri bagi pertahanan mereka dan pihak tentera laut telah mendirikan pangkalan di Tea Table Key berhampiran.[60]
Pada awal pagi 7 Ogos1840, sejumlah besar Indian 'Sepanyol' menyelip masuk ke Indian Key. Secara tidak sengaja, salah seorang sedar dam memberi amaran selepas melihat Indian tersebut. Sekitar lima puluh orang tinggal di pulau tersebut, empat puluh berjaya melarikan diri. Yang mati termasuk Dr. Henry Perrine, bekas Konsul Amerika Syarikat di Campeche, Mexico, yang sedang menunggu di Indian Key sehingga ianya selamat bagi mengambil grant 36 bt2 (93 km2) di tanah besar yang diberikan Kongres kepadanya.[61]
Pengkalan Tentera laut di Tea Table Key telah dikeluarkan dari kaki-tangannya bagi operasi di persisiran barat daya tanah besar, meninggalkan hanya ahli perubatan, pesakitnya, dan lima kelasi di bawah midshipman untuk menjaga mereka. Kontigen kecil ini memasang beberapa meriam pada baj dan cuba menyerang puak Indian di Indian Key. Puak Indian menembak balas kearah kelasi tersebut menggunakan bebola senapang lantak yang di isi dalam salah satu meriam di pantai. Sentakkan pada meriam di atas baj mencampakkan mereka , sehingga ke dalam laut, dan kelasi itu terpaksa berundur. Pihak Indian kemudiannya membakar semua bangunan di Indian Key selepas menjarah sepenuhnya.[62]
Dendam dan perundingan
[sunting | sunting sumber]Pada Disember, 1840 Kol. Harney akhirnya membalas dendam kerana dimalukan di Sungai Caloosahatchee. Dia memimpin sembilan puluh orang ke Everglades dari Fort Dallas di Sungai Miami, bergerak menggunakan kanoe dipinjam dari Marin. Mereka dipandu oleh orang kulit hitam bernama John yang telah ditahan Seminole sekian lama. Lajur tersebut terserempak dengan beberapa Indian dalam kanoe dan mengejar mereka dan menangkap sebahagian dari mereka dan segera menggantung mereka.
Apabila John menghadapai masalah mencari laluan, Harney cuba memaksa wanita Seminole untuk menunjukkan jalan ke kem, dilaporkan dengan mengancam untuk mengantung anak mereka. Bagaimanapun, John kembali mendapat arah dan pasukan Harney menjumpai kem Chakaika dan 'Indian Sepanyol'. Berpakaisan seperti Indian, pihak tentera menghampiri kem pada waktu pagi dan mencapai kejutan. Chakaika berada di luar kem ketika serangan bermula. Dia mula lari dan kemudian berhenti dan berpaling menghadap tentera, menawarkan tangannya, tetapi seorang tentera menembak dan membunuhnya.
Terdapat pertempuran singkat ketika masa sesetengah Indian lepas lari. Harney menyuruh dua pahlawan yang ditawan digantung, dan mayat Chakaika digantung di sisi mereka. Harney dan orangnya kembali ke Fort Dallas selepas dua belas hari di Everglades. Harney telah kehilangan seorang tentera terbunuh. Pasukannya telah membunuh empat Indian dalam pertempuran dan menggantung lima yang lain. Majlis Perundangan Florida (“Legislative Council”) menganugerahkan Harney dengan pujian dan satu pedang, dan Harney kemudiannya diberikan pemerintahan Dragoon Kedua.[63]
Armistead memiliki US$55,000 untuk digunakan bagi merasuah ketua Indian untuk menyerah. Pada November 1840 Jen. Armistead berjumpa di Fort King dengan Tiger Tail (Thlocklo Tustenuggee), penutur Muskogee, dan Halleck Tustenuggee, penutur Mikasuki. Armistead dibenarkan oleh pihak Washington untuk menawarkan setiap pemimpin $5,000 bagi membawa pengikut mereka bagi pengangkutan ke barat, dan memberikan tanah di selatan Florida bagi mereka yang tinggal.bagaimanapun, Kolonel Ethan A. Hitchcock merekodkan dalam dairinya, dengan agak kecewa, bahawa Jeneral mengenepikan cadangan tersebut dan mendesak Ketua Indian mematuhi perjanjian Payne's Landing. Tambahan lagi ketika berunding perdamaian, dia menghantar pasukan mengancam orang Halleck di rumahnya. Selepas beberapa hari sebagai tetamu Tentera, kedua ketua Indian melarikan diri pada tengah malam 14 November 1840.[64] Echo Emathla, ketua Tallahassee, menyerah diri, tetapi kebanyakan Tallahassee, di bawah kepimpinan Tiger Tail, tidak melakukannya. Mikasukis, dipimpin Coosa Tustenuggee dan Halleck Tustenuggee, terus beroperasi di bahagian utara Semenanjung Florida.
Coosa Tustenuggee akhirnya menerima US$5,000 kerana membawa enam puluh orangnya. Ketua lebih kecil menerima US$200, dan setiap pahlawan mendapat US$30 dan rifle. Coacoochee mengambil kelebihan dari persetujuan Armistead untuk berunding. Pada Mac 1841 dia bersetuju untuk membawa pengikutnya dalam tempoh dua atau tiga bulan. Dalam tempoh itu, dia muncul di beberapa kubu, menunjukkan pas yang diberikan oleh Armistead padanya, dam meminta makanan dan minuman keras. Dalam satu lawatan ke Fort Pierce, Coacoochee meminta kuda untuk ditunggang ke Fort Brooke. Komander kubu memberikannya seekor kuda, bersama lima setengah gelen wiski.[65]
Menjelang musim bunga 1841 Armistead telah menghantar 450 orang Seminoles ke barat. Tambahan 236 orang lagi di Fort Brooke menunggu pengangkutan. Armistead mengangarkan sekitar 120 pahlawan telah dihantar ke barat semasa pentadbirannya, dan tidak terdapat lebih dari 300 pahlawan masih tinggal di Florida.Pada May 1841 Halleck Tustenuggee memberi berita bahawa dia akan membawa kumpulannya untuk menyerah diri.[66]
Kolonel Worth mengambil alih
[sunting | sunting sumber]Pada bulan May 1841 Armistead telah digantikan oleh Kol. William Jenkins Worth sebagai komander pasukan Tentera di Florida. Disebabkan perperangan ini tidak lagi popular di peringkat kongres dan negara, Worth terpaksa berjimat. Perang itu menelan belanja sebanyak US$93,300 sebulan, disamping bayaran tentera biasa. John T. Sprague, pembantu Worth, percaya bahawa sesetengah orang awam sengaja cuba melengahkan perang agar mereka kekal mendapat bayaran gaji dari pihak kerajaan. Sekitar 1,000 kakitangan awam Tentera dihentikan, dan beberapa pemerintahan kecil telah digabung. Worth kemudian memerintah orangnya keluar untuk melakukan misi 'cari dan musnah’ semasa musim panas. Usaha ini berkesan menyingkir puak Seminoles keluar dari kubu kuat mereka di Teluk Withlacoochee. Kebanyakan bahagian utara Florida turut dibersihkan menggunakan kaedah ini.[67]
Pada May 1, 1841 Leftenan William Tecumseh Sherman ditugaskan mengiring Coacoochee untuk perjumpaan di Fort Pierce.Selepas membasuh dan mengenakan pakaian terbaiknya (yang termasuk vest dengan lubang peluru padanya), Coacoochee meminta Sherman untuk memberikan perak padanya sebagai pertukaran bagi nota satu dolar dari Bank Tallahassee. Dalam perjumpaan itu Major Thomas Childs bersetuju memberikan Coacoochee tempoh tiga puluh hari bagi mengumpul orang-orangnya untuk pengangkutan ke Barat. Sementara itu, orang-orang Coacoochee bebas datang dan pergi di kubu itu bagi sepanjang tempoh itu, sementara Childs menjadi yakin bahawa Coachoochee akan mengingkari perjanjiannya. Childs memohon dan mendapat kebenaran bagi menahan Coacoochee. Pada 4 Jun dia menahan Coachoochee dan lima belas pengikutnya. Leftenan Kolonel William Gates mengarahkan agar Coacoochee dan orang-orangnya dihantar serta merta ke New Orleans.Apabila Kolonel Worth mengetahui hal ini, dia memerintah kapal itu untuk kembali ke Tampa Bay, kerana dia bertujuan untuk menggunakan Coacoochee bagi memujuk puak Seminoles yang lain untuk menyerah diri.[68]
Kolonel Worth menawarkan rasuah sekitar US$8,000 kepada Coacoochee. Kerana Coacoochee tidak mempunyai harapan untuk melarikan diri, dia bersetuju untuk menghantar utusan mendesak puak Seminoles untuk berpindah ke Barat. Ketua-ketua yang masih aktif di bahagian utara semenanjung Florida, Halleck Tustenuggee, Tiger Tail, Nethlockemathla, dan Octiarche, berjumpa dalam satu majlis dan bersetuju untuk membunuh sebarang utusan dari kulit putih. Ketua-ketua di selatan mendapat tahu mengenai keputusan ini dan menyokongnya. Bagaimanapun apabila seorang utusan hadir dalam majlis Holata Mico, Sam Jones, Otulkethlocko, Hospetarke, Fuse Hadjo dan Passacka, dia dijadikan tahanan, tetapi tidak dibunuh.[69]
Sejumlah 211 Seminoles menyerah diri hasil perutusan Coacoochee, termasuk sebahagian besar kumpulannya sendiri. Hospetarke telah diumpan untuk berjumpa di Kem Ogden (berhampiran kuala Sungai Peace) pada Ogos dan dia bersama 127 orang kumpulannya ditangkap. Apabila bilangan puak Seminoles di Florida berkurangan, ia menjadi semakin mudah yang bakinya untuk menyembunyikan diri. Pada November Artileri Ke-Tiga bergerak ke Paya Cypress Besar dan membakar beberapa kampung. Sesetengah Seminoles di selatan Florida berputus asa selepas itu, dan mereka menyerah diri untuk diangkut ke barat.[70]
Puak Seminoles masih bertaburan sepanjang kebanyakan Florida. Satu kumpulan yang kebuluran menyerah diri di utara Florida berhampiran Sungai Apalachicola pada tahun 1842. Bagaimanapun, jauh ke timur, kumpulan yang dipimpin oleh Halpatter Tustenuggee, Halleck Tustenuggee dan Chitto Harjo menyerang Mandarin, Florida dan penempatan lain sepanjang hulu (contoh. utara) Sungai St. Johns. Pada 19 April 1842, satu pasukan 200 tentera yang dipimpin oleh Liftenan Pertama George A. McCall bertembung sekumpulan pahlawan Seminole di Paya Pelchikaha, sekitar tiga puluh batu selatan Fort King. Pertempuran singkat berlangsung dan kemudian pihak Seminoles melarikan diri ke kawasan hammock. Halleck Tustenuggee telah ditahan apabila dia muncul di Fort King untuk perundingan. Sebahagian kumpulannya ditahan apabila mereka melawat kubu tersebut, dan Leftenan McCall menangkap baki kumpulan Halleck di kem mereka.[71]
Perang mula berakhir
[sunting | sunting sumber]Kolonel Worth mencadangkan pada awal tahun 1842 bahawa baki Seminoles di biarkan aman jika mereka tetap di selatan Florida. Worth akhirnya menerima kebenaran bagi membiarkan baki Seminoles di tanah simpan tidak rasmi di barat daya Florida, dan mengistiharkan akhir perang pada tarikh yang dipilihnya. Pada masa itu masih terdapat beberapa kumpulan Indian berlainan di Florida. Billy Bowlegs merupakan ketua sekumpulan besar besar Seminoles yang tinggal berhampiran Pelabuhan Charlotte. Sam Jones memimpin sekumpulan Mikasukis yang tinggal di Everglades berhampiran Fort Lauderdale. Di utara Tasik Okeechobee merupakan satu kumpulan Muskogees yang dipimpin oleh Chipco. Satu lagi kumpulan Muskogee, dipimpin oleh Tiger Tail, tinggal bersama Tallahassee. Akhirnya, di utara Florida terdapat sekumpulan Creeks yang dipimpin oleh Octiarche yang lari dari Georgia pada tahun 1836.[72]
Pada Ogos 1842 Kongres meluluskan Akta Pendudukan Bersenjata, yang memberikan tanah percuma kepada penempat yang membaiki tanah dan bersedia untuk mempertahankannya dari puak Indian. Dalam banyak cara akta ini mendahului Akta Homestead 1862. Kepada keluarga boleh menuntut 160 ekar (0.6 km2) tanah di selatan garis merentangi bahagian utara semenanjung. Mereka perlu membuktikan tuntutan mereka dengan menghuni tanah tersebut selama lima tahun dan membersihkan 5 ekar (20,000 m2). Bagaimanapun, mereka tidak boleh menuntut tanah dalam jarak dua batu (3 km) daripos tentera. Sejumlah 1,317 geran berjumlah 210,720 ekar (853 km2) di daftarkan pada 1842 dan 1843.[73]
Juga pada Ogos 1842 Worth berjumpa dengan Ketua Indian yang masih berada di Florida. Setiap pahlawan ditawarkan selaras rifel, wang dan ration selama setahun jika mereka berpindah ke Barat. Sesetengah menerima tawaran itu, tetapi kebanyakan mereka berharap untuk akhirnya berpindah ke tanah simpan di barat daya Florida. Mempercayai bahawa baki puak Indian di Florida akan samaada berpindah ke barat ataupun ke tanah simpan, Worth mengistiharkan perang tamat pada 14 Ogos 1842. Worth kemudian mengambil cuti sembilan puluh hari, meninggalkan pentadbiran kepada Kolonel Josiah Vose. Tentera di Florida pada masa ini terdiri dari bahagian tiga rejimen, berjumlah 1,890 orang. Serangan pada penduduk kulit putih berterusan sehingga ke utara di kawasan sekitar Tallahassee. Otiarche dan Tiger Tail tidak memberi petunjuk mengenai apa yang akan mereka lakukan. Aduan dari Florida menyebabkan jabatan Perang memerintah Vose untuk bertindak terhadap kumpulan masih di luar tanah simpan, tetapi Vose menyatakan bahawa mengikari janji yang dibuat kepada pihak Indian akan membawa akibat buruk, dan jabatan Perang menerima saranannya. Pada awal Oktober, hurikin besar menghentam Cedar Key, Florida, di mana terletaknya ibupejabat Tentera, dan akibatnya pihak Indian tidak lagi melawatnya.[74]
Worth kembali ke Florida pada permulaan November 1842. Dia memutuskan bahawa Tiger Tail dan Otiarche mengambil masa yang terlalu panjang bagi memutuskan apa yang hendak dilakukan, dan memerintah mereka di bawa masuk. Tiger Tail amat uzur sehinggakan dia terpaksa dibawa di atas usungan, dan dia mati di New Orleans menunggu pengangkutan ke jajahan Indian. Puak Indian lain di utara Florida turut ditahan dan dihantar ke barat. Menjelang April 1843 hanya satu regimen, Infantri Ke lapan, masih berada di Florida. Pada November 1843 Worth melaporkan puak Indian yang masih tinggal di Florida adalah 42 pahlawan Seminole, 33 Mikasukis, 10 Creek dan 10 Tallahassees, dengan wanita dan kanak-kanak berjumlah keseluruhan 300 orang. Worth turut menyatakan bahawa kesemua Indian ini tinggal di tanah simpan dan tidak lagi menimbulkan ancaman kepada penduduk kulit putih di Florida.[75]
Kos
[sunting | sunting sumber]Mahon memetik anggaran US$30,000,000 hingga $40,000,000 sebagai kos Perang Seminole Kedua, tetapi tidak mengetahui mengenai sebarang analisa mengenai kos sebenar. Kongres meluluskan belanjawan bagi 'menamatkan serangan Indian', tetapi kos Perang Creek 1836 turut dimasukkan ke dalamnya. Penyiasatan mengenai kemewahan dalam operasi tentera laut mendapati pihak Tentera Laut membelanjakan sekitar US$511,000 bagi perang tersebut. Penyiasatan tersebut turut mendapati perbelanjaan yang diragui. Antara lain, pihak Tentera membeli kanoe digali bagi $10 hingga $15 setiap satu, pihak Tentera Laut membelanjakan purata $226 setiap satu kanoe. Bilangan Tentera, Tentera Laut dan Marin biasa yang berkhidmat di Florida diberikan sekitar 10,169 orang. Sekitar 30,000 pasukan bersenjata dan sukarelawan turut berkhidmat dalam perang.[4]
Sumber yang ada bersetuju bahawa rekod rasmi Tentera Amerika Syarikat melaporkan kematian 1,466 korban dalam Perang Seminole Kedua, kebanyakannya akibat penyakit. Bilangan yang mati ketika bertugas adalah kabur. Mahon melaporkan 328 Tentera biasa mati berjuang, sementara Missall melaporkan bahawa Seminoles membunuh 269 pegawai dan tentera. Hampir separuh dari kematian berlaku dalam Penyembelihan Dade, Pertempuran Tasik Okeechobee dan Penyembelihan Harney. Sama juga, Mahon melaporkan 69 kematian bagi Tentera Laut sementara Missal melaporkan 41 bagi Tentera laut Amerika Syarikat dan Kor Marin, tetapi menambah ramai yang lain mati selepas dihantar keluar dari Florida sebagai tidak dapat dirawat. Mahon dan Institute Badan Negeri Florida bersetuju bahawa 55 pegawai dan sukarelawan di bunuh oleh Seminoles, sementara Missall menyatakan bahawa bilangan mereka tidak diketahui.
Bagaimanapun, tidak terdapat bilangan sebenar berapa ramai pasukan bersenjata dan sukarelawan mati akibat penyakit atau kemalangan. Bilangan orang awam kulit putih dan Seminoles yang terbunuh juga tidak diketahui. Satu akhbar utara melaporkan bahawa lebih dari lapan puluh orang awam di bunuh di Florida pada tahun 1839. Tiada siapa yang menyimpan bilangan berkumpul bilangan puak Indians yang terbunuh, atau mati akibat kebuluran atau kesukaran lain akibat perang. Puak Indian yang dihantar ke barat tidak begitu baik juga. Menjelang akhir 843 3,824 Indian dihantar melalui kapal dari Florida ke apa yang dikenali sebagai Jajahan Indian, tetapi pada 1844 terdapat hanya 3,136 yang masih tinggal. Pada tahun 1962 hanya terdapat 2,343 Seminoles di Oklahoma.[76]
Selepas perang
[sunting | sunting sumber]Keamanan tiba di Florida buat sementara selepas semua penentangan berjaya ditindas. Puak Indian kebanyakannya tinggal di tanah simpan, tetapi terdapat pergaduhan kecil. Pihak berkuasa Florida terus menerus mendesak penyingkiran kesemua puak Indian dari Florida. Puak Indian pula di pihak mereka cuba menghadkan hubungan mereka dengan kulit putih sekurang mungkin. Ketika masa berlalu, berlaku kejaidan lebih serius. Kerajaan sekali lagi memutuskan untuk menyingklirkan kesemua puak Indian dari Florida, dan memberi tekanan lebih kuat pada puak Seminoles sehingga mereka bertindak balas, mencetus Perang Seminole Ketiga 1855-1858.[77]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Seminoles Hitam
- Sejarah Florida
- Pingat Kempen Indian
- Pemindahan penduduk
- Puak Seminole
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ Buker 11
Tidak jelas jika bilangan ini termasuk Seminoles Hitam yang sering berjuang bersama Seminoles. - ^ Mahon 318
- ^ Missall 122-25
- ^ a b Mahon 323, 325
- ^ Mahon 321
- ^ Mahon 321, 325.
Missall 177, 204-205.
Florida Board of State Institutions. 9. - ^ Missall 4-7, 128
Knetsch 13
Buker 9-10
Sturtevant 39-41 - ^ Missall 55, 63-64
- ^ Missall 75-76
- ^ Missall 78-80
- ^ Meltzer 76
- ^ Missall 83-85
- ^ Missall 86-90
- ^ Missall 90-91
- ^ Missall 91-92
- ^ Missall 93-94
- ^ Missall
Knetsch 71-72
Mahon 106
Thrapp. "Clark(e), Ransom". 280 - ^ Hitchcock 120-131
- ^ Missall 97-100
- ^ Vone Research.
- ^ Missall 100
- ^ Buker 1.
- ^ Knetsch. P. 71.
- ^ Missall 100-105
- ^ Missall 105-107
- ^ Mahon 147-150
Missall 107-109 - ^ Missall 111-112
- ^ Missall 112-114
- ^ Missall 114-118
- ^ Missall 117-119
- ^ Missall 120-121
- ^ Missall 122-125
- ^ Buker 11, 16-31
- ^ Missall 126-128
- ^ Missall 128-129
- ^ Missall 131-132
- ^ Missall 132-134
- ^ Missall 134, 140-141
- ^ Missall 141
- ^ Missall 138-139
- ^ Missall 142
- ^ Missall 142-143
- ^ Missall 144-145
Chapman, Kathleen. (2009) "Artifacts found, collected from forgotten Loxahatchee battle from 1838". Palm Beach Post. at [1] - ^ Missall 146-147, 151
- ^ Missall 152, 157-158
- ^ Missall 152, 159-160
- ^ Missall 152, 162-164
- ^ Missall 165-166
- ^ Missall 167-168
- ^ Missall 169-173
- ^ Missall 176-178, 182-4
- ^ Missall 178, 182-4
- ^ Covington 98-99
- ^ Mahon 276-81
- ^ Blank. Pp. 44-49.
- ^ Missall 176-178
- ^ Buker 99-101
- ^ Buker. Pp. 103-104.
- ^ Mahon 289
- ^ Viele 33-35
- ^ Viele 35
- ^ Buker 106-107
- ^ Mahon 283-4
- ^ Fifty Years in Camp and Field: Diary of Major-General Ethan Allen Hitchcock, U.S.A., p. 122-123.
- ^ Mahon 282, 285-7
- ^ Mahon 287
- ^ Knetsch 128-131
Mahon 298 - ^ Mahon 298-9
- ^ Mahon 299-300
- ^ Covington 103-4
- ^ Covington 105-6
- ^ Covington 107-7
- ^ Mahon 313-4
- ^ Mahon 316-7
- ^ Mahon 317-8
- ^ Mahon 321, 325
Missall 177, 204-205
Florida Board of State Institutions 9 - ^ Covington 110-27
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Blank, Joan Gill. (1996) Key Biscayne. Sarasota, Florida: Pineapple Press, Inc. ISBN 1-56164-096-4.
- Buker, George E. (1975) Swamp Sailors: Riverine Warfare in the Everglades 1835-1842. Gainesville, Florida:The University Presses of Florida.
- Collier, Ellen C. (1993) Instances of Use of United States Forces Abroad, 1798 - 1993. at Naval Historical Center - URL retrieved October 22, 2006.
- Covington, James W. (1993) The Seminoles of Florida. Gainesville, Florida: University Press of Florida. ISBN 0-8130-1196-5.
- Florida Board of State Institutions. (1903) Soldiers of Florida in the Seminole Indian, Civil and Spanish-American wars. at Internet Archive - Ebooks and Texts Archive - URL retrieved November 22, 2010.
- Hitchcock, Ethan Allen. (1930) Edited by Grant Foreman. A Traveler in Indian Territory: The Journal of Ethan Allen Hitchcock, Late Major-General in the United States Army. Cedar Rapids, Iowa: Torch.
- Knetsch, Joe. (2003) Florida's Seminole Wars: 1817-1858. Charleston, South Carolina: Arcadia Publishing. ISBN 0-7385-2424-7.
- Lacey, Michael O., Maj. (2002) Military Commissions: A Historical Survey. The Army Lawyer, March, 2002. Department of the Army Pam. 27-50-350. P. 42. at JAGCNet Portal - URL retrieved October 22, 2006.
- Mahon, John K. (1967) History of the Second Seminole War. Gainesville, Florida: University of Florida Press.
- Meltzer, Milton. (1972) Hunted Like A Wolf. Sarasota, Florida: Pineapple Press. ISBN 1-56164-305-X
- Milanich, Jerald T. (1995) Florida Indians and the Invasion from Europe. Gainesville, Florida: The University Press of Florida. ISBN 0-8130-1360-7.
- Missall, John and Mary Lou Missall. (2004) The Seminole Wars: America's Longest Indian Conflict. University Press of Florida. ISBN 0-8130-2715-2.
- Office of the Chief of Military History, United States Army. (2001) Chapter 7: The Thirty Years' Peace. American Military History Diarkibkan 2020-01-20 di Wayback Machine. P. 153. Retrieved October 22, 2006.
- Officers of 1-5 FA. (1999) 1st Battalion, 5th Field Artillery Unit History. P. 17. at [2] - Retrieved from Internet Archive January 5, 2008.
- Sturtevant, William C. (1953) "Chakaika and the 'Spanish Indians': Documentary Sources Compared with the Seminole Tradition." Tequesta. No. 13 (1953):35-73. Found at Chakaika and the "Spanish Indians'
- Thrapp, Dan L. Encyclopedia of frontier biography, Glendale, Calif. : A.H. Clark Co., 1988-1994. ISBN 978-0-87062-191-8
- U.S. Army National Infantry Museum. Indian wars. at U.S. Army Infantry Home Page - URL retrieved October 22, 2006.
- Viele, John. (1996) The Florida Keys:A History of the Pioneers. Sarasota, Florida: Pineapple Press, Inc. ISBN 1-56164-101-4.
- Vone Research, Inc. Coastal History and Cartography: The Seminole War Period. at Vŏnē Research - URL retrieved November 22, 2010.
- Weisman, Brent Richards. (1999) Unconquered People. Gainesville, Florida: University Press of Florida. ISBN 0-8130-1662-2.