Perang Silla–Tang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perang Silla–Tang

Peta Perang Silla-Tang (dalam bahasa Korea), dengan sempadan utara Silla yang terakhir ditandai dengan garis hijau gelap. Anak panah merah menunjukkan laluan serangan Tang; anak panah biru menunjukkan laluan serangan Silla; tanda letupan menunjukkan pertempuran.
Tarikh668–676[1]
Lokasi
Keputusan Gencatan senjata[2][3]
Perubahan
wilayah
Silla merebut kembali wilayah di selatan Sungai Taedong, sementara Tang menguasai bekas wilayah Gorguryeo di utara Sungai Taedong.[4]
Pihak yang terlibat
Silla
Goguryeo (lindungan Silla)
Baekje (lindungan Silla)
Tang China
Komandan dan pemimpin
King Munmu
Kim Yushin
Geom Mojam
Kim Wonsul
Go Yeonmu
Xue Rengui
Gao Kan
Buyeo Yung
Li Jinxing

Perang Silla–Tang (668–676) terjadi di antara kerajaan Silla Korea dengan pasukan-pasukan yang tersisa dari Goguryeo dan Baekje (biasanya disebut sebagai Unified Silla), dan kerajaan Tang Cina.[1] Ia bermula dalam konteks geopolitik segera setelah penaklukan Goguryeo dan Baekje oleh Silla dan Tang. Konflik itu berakhir dengan gencatan senjata antara Tang dan Silla kerana keadaan politik dalaman di kedua-dua negeri, dengan garis wilayah pemisah di lembah Sungai Taedong.

Konteks[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 668, Silla gagal menyatukan seluruh Kerajaan Korea setelah kejatuhan Goguryeo. Orang-orang Goguryeo berkumpul kembali untuk membentuk kerajaan baru. Silla pula menyatakan akan melancarkan perang terhadap Tang dan mendorong Tang kembali ke sempadan mereka. Sebelum perikatan Silla-Tang, Tang dilemahkan oleh kekalahan yang dialami oleh tentera Goguryeo. Kekalahan ini mendorong Tang untuk membentuk pakatan dengan Silla yang berada di bawah wilayah Goguryeo. Perikatan Silla–Tang, yang telah mengalahkan kedua-dua kerajaan Korea Baekje dan Goguryeo, mengakibatkan pendudukan wilayah-wilayah bekas kedua kerajaan ini melalui gabungan tentera (iaitu Silla dan Tang).

Setelah kejatuhan Goguryeo pada tahun 668, Maharaja Tang mencipta Protektorat Am Mengamankan Timur dan berusaha menempatkan seluruh Semenanjung Korea, termasuk sekutu Silla yang merdeka, di bawah pemerintahannya. Perikatan Silla-Tang kemudiannya runtuh ketika Tang berusaha untuk menguasai Semenanjung Korea melalui protektorat baru ini dan bekas sekutunya Silla menentang usaha ini.

Raja Munmu dari Silla mengumpulkan tentera Silla dengan pasukan kerajaan Goguryeo dan Baekje yang telah dikalahkan dalam sebuah pakatan untuk menentang tentera Tang.[5] Beliau berhadapan tentangan yang tidak dapat dielakkan untuk membebaskan negaranya dan penaklukan yang sukar dicapai (terutama keseluruhan dari apa yang sebelumnya Baekje dan beberapa bahagian selatan dari apa yang sebelumnya Goguryeo) daripada penguasaan Tang. Untuk mencapai hal ini, Munmu menjalin persekutuan dengan pemimpin perlawanan Goguryeo seperti Geom Mojam dan Anseung, dan melancarkan serangan terhadap pasukan Tang yang menduduki wilayah yang sebelumnya menjadi milik kerajaan Baekje dan Goguryeo yang ditakluki. Bermula hampir selepas kejatuhan Goguryeo pada tahun 668 Masihi dan penubuhan pejabat Protektorat Am Mengamankan Timur, perjuangan antara bekas sekutu itu berlangsung sepanjang tahun 670-an.

Kejadian[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 674, Tang dan Silla sering bertempur, memandangkan Raja Munmu telah mengambil alih banyak wilayah bekas Baekje dan Goguryeo dari pasukan Tang yang telah menduduki tanah-tanah ini setelah Perang Goguryeo–Tang dan Perang Baekje–Tang, dan mengawal penentangan penduduk asli terhadap Tang di wilayah-wilayah kerajaan Korea lain yang masih dijajah oleh Tang. Pada tahun ini, Maharaja Gaozong, yang murka, dengan sewenang-wenangnya menyatakan saudara Raja Munmu, iaitu Kim Inmun (김인문, 金仁問) sebagai raja Silla dan menugaskan Liu Rengui dengan sebuah pasukan untuk menyerang Silla. Namun, sebelum pertempuran besar dapat dilancarkan, Raja Munmu, dengan alasan yang tidak diketahui (mungkin tidak ingin menangani kemungkinan perpecahan yang mungkin disebabkan oleh raja palsu yang tidak betul-betul menguasai kerajaannya dan tidak bersedia untuk melawan Tang), secara rasmi meminta maaf dan menawarkan penghormatan, lalu Maharaja Gaozong akhirnya berpuas hati. Gaozong dan ayahanda Raja Munmu, Raja Muyeol, sebenarnya bersahabat sebelum Gaozong menjadi maharaja, dan telah dinyatakan bahawa hubungan ini tidak hanya memungkinkan Gaozong untuk membantu Raja Muyeol memulakan perang penyatuan Korea pada tahun 660 Masihi walaupun mempunyai musuh aktif di tempat lain, tetapi juga menyebabkan Gaozong melihat Silla dengan cara yang tidak antagonis. Akhirnya, Maharaja Gazozong tidak mahu memperpanjang kempen, baginda memerintahkan penarikan diri dan memanggil kembali Kim Inmun.

Pada tahun 675, Li Jinxing (李 謹 行) mencapai wilayah Silla melalui darat, menggunakan pasukan Mohe di Manchuria yang telah menyerah kepada Tang, dengan tujuan untuk menduduki wilayah di Silla. Namun, pasukan Tang dikalahkan oleh tentera Silla di kubu Maeso, atau dekat Yeoncheon sekarang.

Pada tahun 676, Xue Rengui menyeberangi Laut Kuning untuk melawan Silla.[6]

Selepas[sunting | sunting sumber]

Setelah itu pada tahun 676, pemerintah Tang memindahkan Protektorat Am Mengamankan Timur ke Liaodong.[7] Walaupun pasukan Tang kehilangan wilayah yang ditakluk di selatan Sungai Taedong, Silla tidak dapat merebut kembali wilayah bekas Goguryeo di sebelah utara Sungai Taedong, yang jatuh ke kekuasaan Tang.[4] Kerajaan Tang telah menguasai Semenanjung Liaodong, sementara Silla menguasai Semenanjung Korea. Hubungan antara Tang dan Silla terhenti hingga awal abad ke-8,[5] ketika Raja Seongdeok dari Silla (702–737) dan Maharaja Xuanzong dari Tang (712–755) menjalin kembali hubungan diplomatik dan memulai perdamaian antara kedua-dua negara.[8]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Shin, Hyong Sik (2006). A Brief History of Korea (ed. Translated). Seoul: Ewha Womans University Press. m/s. 51. ISBN 9788973006199. Tang's territorial ambitions led Silla to wage a war against the Chinese dynasty from 668 to 676. Eventually, Silla joined with remnant forces of Baekje and Goguryeo to drive Tang out of the Korean Peninsula and unified the Three Kingdoms.
  2. ^ Shin, Hyong Sik (2006). A Brief History of Korea (ed. Translated). Seoul: Ewha Womans University Press. m/s. 51. ISBN 9788973006199. [...] Silla engaged in an all-out war against Tang at one point. But, a truce was declared due to the political situation in both countries at that time.
  3. ^ Peterson, Mark. A Brief History of Korea. Facts On File. m/s. 34. ISBN 978-0-8160-5085-7. The fighting between the Tang and Silla ended fairly quickly, however, in favor of a diplomatic settlement in 676.
  4. ^ a b Fuqua, Jacques L. (2007). Nuclear endgame: The need for engagement with North Korea. Westport: Praeger Security International. m/s. 40. ISBN 9780275990749.
  5. ^ a b Ebrey, Patricia Buckley; Walthall, Anne; Palais, James B. (2006). East Asia: A cultural, social, and political history. Boston: Houghton Mifflin. m/s. 107. ISBN 9780618133840. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "ebrey06-107" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  6. ^ Boudewijn Walraven, Remco E. Breuker (2007). Remco E. Breuker (penyunting). Korea in the middle: Korean studies and area studies : essays in honour of Boudewijn Walraven. Volume 153 of CNWS publications (ed. illustrated). CNWS Publications. m/s. 341. ISBN 978-9057891533. Dicapai pada 2012-03-10. |volume= has extra text (bantuan)
  7. ^ Kim, Djun Kil (2005). The history of Korea (ed. 1st). Westport: Greenwood Press. m/s. 41. ISBN 9780313038532.
  8. ^ Shin, Hyong Sik (2006). A Brief History of Korea (ed. Translated). Seoul: Ewha Womans University Press. m/s. 51. ISBN 9788973006199. As a consequence, Silla and Tang severed ties and interchanges all but ceased. However, Silla's King Seongdeok(702~737) and Tang's Hsuan Tsung(712~755) saw the need for reestablishing diplomatic ties and initiated a reconciliation.