Perang Uthmaniyah–Venezia (1537–40)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Perang Uthmaniyah–Venezia Ketiga
Sebahagian daripada Perang Uthmaniyah–Venezia
Battle of Preveza (1538).jpg
"Pertempuran Preveza" (1538) oleh Ohannes Umed Behzad, dilukis pada tahun 1866.
Tarikh 1537-1540
Lokasi Laut Mediterranean
Hasil Kemenangan Uthmaniyyah
Pihak yang terlibat
Liga Suci:
 Republik Venice
 Sepanyol
 Republik Genoa
 Negeri-negeri Paus
 Kerajaan Beraja Naples
Kerajaan Beraja Sicily Kerajaan Beraja Sicily
Sovereign Military Order of Malta Kesatria Malta
 Empayar Uthmaniyyah
 Perancis (sehingga 1538)
Komandan
Andrea Doria Hayreddin Barbarossa
Armada Uthmaniyyah dan Perancis bersama-sama mengepung Corfu pada awal bulan September 1537.
Perjanjian pembukaan semula perdagangan di antara Venice dan Empayar Uthmaniyyah ditandatangani pada 2 Oktober 1540, berikutan Perang Uthmaniyah-Venezia.

Perang Uthmaniyah-Venezia Ketiga (1537–1540) adalah perang kedua daripada tiga buah peperangan antara pihak Uthmaniyah dan Venezia pada kurun ke-16. Perang ini terjadi antara perikatan Perancis-Uthmaniyyah iaitu Françis I dari Perancis dan Süleyman I daripada Empayar Uthmaniyah menentang Maharaja Suci Rom Charles V. Rancangan asal di antara dua pihak ini adalah untuk bersama-sama menyerang Itali, Françis melalui Lombardy di utara manakala Süleyman melalui Apulia ke selatan. Bagaimanapun, cadangan serangan ini gagal dilaksanakan.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Apa yang dikenali sebagai Perang Itali 1536–1538, Françis telah menyerang Piedmont, dan berjaya mendapatkan wilayah yang luas, telah disekat oleh Genoa, sebuah sekutu kepada Charles V. Tambahan lagi, Françis tidak dapat meletakan semua sumber-sumber beliau semasa menyerang kota ini kerana pada masa yang sama harus mengekang serangan Charles V ke atas Provence. Pada masa yang sama, Süleyman tidak bersedia untuk terlibat dalam serangan berskala besar ke atas Kerajaan Beraja Naples oleh itu tidak memberi sebarang bantuan kepada Françis. Tentera Uthmaniyyah mendarat di Otranto daripada kem mereka di Valona pada 23 Julai, 1537 tetapi ditarik keluar semula dalam masa sebulan selepas Sulaiman mendapat tahu Françis tidak akan menyerang Lombardy. Bagaimanapun, pendaratan dan serangan tentera Uthmaniyyah di Apulia dan kehadiran armada laut besar Uthmaniyyah di Selat Otranto menghasilkan kebimbangan di Rome yang mana kemungkinan serangan berskala besar akan dibuat.

Pengepungan Corfu 1537[sunting | sunting sumber]

Kebimbangan ini semakin jelas apabila berlakunya sebuah pertempuran kecil dengan Andrea Doria, Uthmaniyyah dengan segera mengepung Pulau Corfu milik Venice di Adriatik (Pengepungan Corfu 1537), oleh itu membatalkan perjanjian damai yang ditandatangani dengan Venice pada tahun 1502. Di Corfu, Uthmaniyyah berdepan dengan tentangan hebat dan pertahanan yang direka khusus untuk bertahan daripada artileri Uthmaniyyah. Kepungan ini bertahan kurang daripada dua minggu di mana Sulaiman kemudian mengundurkan pasukan tentera beliau dan menghabiskan musim sejuk di Adrianople.

Peristiwa ini menyebabkan Paus Paul III menubuhkan sebuah Liga Suci (1538) untuk melawan dan menghalang serangan Uthmaniyyah yang dijangka akan berlaku pada tahun berikutnya. Melalui diplomasi gigih, Paus berjaya menghentikan perang di antara Charles V dan Françis I dengan Perdamaian Sementara Nice dan berjaya mendapatkan sokongan Charles. Venice juga menyertai liga ini tetapi hanya selepas perdebatan panjang di senat.

Persediaan Uthmaniyyah[sunting | sunting sumber]

Armada Uthmaniyyah semakin kuat dari segi saiz selain cekap pada kurun ke-16. Ia kini diketuai oleh seorang bekas lanun yang kini menjadi laksamana Hayreddin Barbarossa Pasha. Pada muzim panas tahun 1538, Uthmaniyyah mengalih perhatian mereka kepada wilayah yang masih dikuasai oleh Venice di Laut Aegea dengan menawan pulau-pulau Andros, Naxos, Paros, dan Santorini, selain merampas dua buah penempatan terakhir Venice di Peloponnese Monemvasia dan Navplion. Fokus Uthmaniyyah selepasnya adalah Adriatik. Di sini, kawasan di mana orang Venice menganggap kawasan perairan mereka, Uthmaniyyah dengan menggabungkan pasukan laut mereka dan tentera darat di Albania, berjaya menakluk sebuah jaringan kubu-kubu di Dalmatia dan secara rasminya menjamin kekuasaan mereka. Pertempuran yang paling penting iaitu Pertempuran Préveza. Selepas menawan Kotor, komander tertinggi tentera laut Liga Suci, seorang Genoa; Andrea Doria berjaya memerangkap armada tentera laut Barbarossa di Teluk Ambracia. Ia bagaimanapun memberi kelebihan kepada Barbarossa kerana beliau memiliki sokongan daripada Tentera Darat Uthmaniyyah di Préveza sementara Doria tidak dapat mengetuai serangan umum kerana bimbang artileri Uthmaniyyah, dan menunggu di laut terbuka. Akhirnya, Doria memberi arahan untuk berundur pada masa Barbarossa membuat serangan yang memberi kemenangan besar kepada Uthmaniyyah. Peristiwa semasa pertempuran ini, selain peristiwa semasa Pengepungan Castelnuovo (1539) menghentikan sebarang rancangan oleh Liga Suci untuk membawa Uthmaniyyah berperang dalam wilayah mereka sendiri dan mamaksa Liga Suci untuk berbincang bagi menamatkan perang. Perang ini menyakitkan bagi Venice kerana mereka telah kehilangan banyak wilayah di luar Venice selain membuktikan bahawa mereka tidak mampu untuk menentang Tentera Laut Uthmaniyyah yang bersendirian.

Selepas perang[sunting | sunting sumber]

Sebuah penyerahan atau "Capitulation" telah ditandatangani di antara Venice dan Empayar Uthmaniyyah untuk menamatkan perang pada 2 Oktober 1540.

Semasa tempoh antara permulaan Perang Uthmaniyyah–Venice Kedua pada tahun 1499 dan penamat perang ini pada tahun 1540, Empayar Uthmaniyyah membuat kemaraan penting ke dalam daerah pedalamam Dalmatia – ia tidak menduduki kota-kota Venice, tetapi merampas wilayah pegangan Croatia-Kerajaan Beraja Hungary antara Skradin dan Karin, menghapuskan ia sebagai zon penampan antara wilayah Uthmaniyyah dan Venice.[1] Keadaan ekonomi kota-kota Venice di Dalmatia, terkesan dengan pendudukan Turki di pedalaman dalam perang sebelumnya, pulih semula dan berkembang meskipun semasa perang.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bogumil Hrabak (September 1986). "Turske provale i osvajanja na području današnje severne Dalmacije do sredine XVI. stoleća". Journal – Institute of Croatian History (dalam bahasa Serbian). University of Zagreb, Faculty of Philosophy, Zagreb. 19 (1). ISSN 0353-295X. Dicapai 2012-07-08. 
  2. ^ Raukar, Tomislav (November 1977). "Venecija i ekonomski razvoj Dalmacije u XV i XVI stoljeću". Journal – Institute of Croatian History (dalam bahasa Croatian). Zagreb, Croatia: Faculty of Philosophy, Zagreb. 10 (1): 218–221. ISSN 0353-295X. Dicapai 2012-07-08. 

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Garnier, Edith L'Alliance Impie Editions du Felin, 2008, Paris ISBN 978-2-86645-678-8 Interview
  • Goffman, Daniel. The Ottoman Empire and Early Modern Europe. N.p.: Cambridge University, 2002. Print. New Approaches to European History.
  • Imber, Colin. The Ottoman Empire, 1300–1650. N.p.: Palgrave Macmillan, 2009. Print.
  • Labib, Subhi. “The Era of Suleyman the Magnificent: Crisis of Orientation”. International Journal of Middle East Studies 10.4 (1979): 435–451. Web…
  • Setton, Kenneth M. The Papacy and the Levant, 1204–1571. Vol. 3. Philadelphia: American Philosophical Society, 1984. Google Books. Web. 29 Feb. 2016.
  • Soucek, Svatopluk. “Navals Aspects of the Ottoman Conquests of Rhodes, Cyprus and Crete”. Studia Islamica 98/99 (2004): 219–261. Web...