Perang Uthmaniyah-Parsi (1730-1735)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perang Uthmaniyah-Parsi (1730–1735)
Sebahagian daripada Peperangan Uthmaniyah-Parsi

Empayar Uthmaniyah dan Parsi pada abad ke-18
Tarikh1730–1735
Lokasi
Caucasus, Mesopotamia, barat Parsi
Keputusan

Kemenangan Parsi[1]

Perubahan
wilayah
Nader mengusir Uthmaniyah dari barat Parsi dan mengukuhkan semula kekuasaan Parsi di Caucasus. Rusia turut berundur dari Caucasus.[2][3]
Pihak yang terlibat
Empayar Safawiyah

Empayar Uthmaniyah Empayar Uthmaniyah


Lezgin
Komandan dan pemimpin
Tahmasp II
Abbas III
Nader
Mahmud I
Topal Osman Pasha 
Hekimoğlu Ali Pasha
Köprülü Abdullah Pasha 
Ahmad Pasha

Perang Uthmaniyah-Parsi merupakan konflik singkat yang tercetus antara tentera Parsi pimpinan Nader Shah dengan Empayar Uthmaniyah. Hasil konflik ini telah membolehkan Nader melebarkan semula penguasaan Parsi ke atas hampir keseluruhan wilayah rantau Caucasus.

Menjelang musim bunga tahun 1730, Nader telah menyerang Uthmaniyah dan memperoleh hampir hampir keseluruhan wilayahnya yang tumpas ke tangan musuhnya itu dalam konflik-konflik yang terjadi pada sebelum itu. Pada masa yang sama, puak Afghan Abdali telah melancarkan pemberontakan dan menawan Mashhad sekali gus memaksa Nader untuk menangguhkan kempennya bagi menyelamatkan abangnya, Ebrahim. Nader bertindak mengambil masa selama 14 bulan untuk menewaskan puak Afghan Abdali.

Hubungan Nader dengan Shah Tahmasp II merosot berikutan timbul rasa cemburu Shah terhadap kejayaan yang dikecapi oleh jeneralnya. Apabila Nader sibuk bertugas, Shah Tahmasp cuba mencabar dirinya dengan melancarkan kempen dahsyat untuk menawan kembali Yerevan. Beliau akhirnya kecundang dengan kehilangan semua wilayah yang berjaya direbut oleh Nader sebelum ini kepada Uthmaniyah. Beliau juga menandatangani perjanjian bagi menyerahkan wilayah Georgia dan Armenia untuk ditukarkan dengan Tabriz. Dari sisi pandangan Nader, beliau berpendapat bahawa inilah masa yang sesuai untuk menggulingkan Tahmasp daripada jawatannya. Nader bertindak mengingkari perjanjian dengan meraih sokongan ramai untuk berperang menentang Uthmaniyah. Di Isfahan, Nader menunjukkan perwatakan Tahmasp yang sedang mabuk pada ketika itu kepada orang-orang istana bahawa kelayakan pemerintah sedemikian untuk mentadbir negara. Pada taahun 1732, beliau telah memaksa Tahmasp melepaskan takhta untuk memberikan laluan kepada puter Shah, Abbas III manakala Nader pula menjadi pemangku raja.

Nader mengambil keputusan untuk menguasai semula wilayah-wilayah yang hilang di Armenia dan Georgia dengan merampas kota Baghdad Uthmaniyah. Beliau kemudian menawarkan penukaran dengan wilayah-wilayah yang dituntut tetapi rancangannya ternyata gagal apabila tenteranya ditumpaskan oleh jeneral Uthmaniyah, Topal Osman Pasha berhampiran kota Baghdad pada tahun 1733. Nader bertindak bahawa beliau perlu mengambil inisiatif segera untuk memulihkan posisinya akibat pemberontakan yang telah tercetus di Parsi. Beliau berhadapan dengan Topal sekali lagi bersama dengan angkatan yang lebih besar dan akhirnya menewaskan serta membunuhnya. Nader berikutnya menguasai Baghdad, kota Ganja di wilayah utara serta mengikat pakatan dengan Rusia bagi menentang Uthmniyah. Nader mencapai kejayan besar ke atas tentera Uthmaniyah di Baghavard pada musim panas tahun 1735 sekali gus meletakkan wilayah Georgia dan Armenia di bawah penguasaan Parsi semula. Pada Mac 1735. beliau telah menandatangani perjanjian dengan Rusia di Ganja dan pihak Rusia bersetuju untuk mengundurkan semua tenteranya dari wilayah Parsi.

Nader Shah menerajui Parsi sebagai kuasa unggul dengan menceroboh India beberapa kali. Beliau juga berperang dengan Uthmaniyah pada beberapa tahun berikutnya iaitu Perang Uthmaniyah-Ashfariyah 1743-46 yang berakhir dengan gencatan senjata. Di saat kematiannya, Uthmaniyah menyerang wilayah-wilayah yang telah dikuasai oleh Nader terutamanya di rantau Caucasus, yang dijadikan sebagai markas Uthmaniyah untuk meneruskan peperangan mereka terhadap musuh jiran, Rusia.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Axworthy, Michael (2009). The Sword of Persia: Nader Shah, from tribal warrior to conquering tyrant, p. ???. I. B. Tauris
  2. ^ Elton L. Daniel, "The History of Iran" (Greenwood Press 2000) p.94
  3. ^ Lawrence Lockhart Nadir Shah (London, 1938)

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • Yves Bomati and Houchang Nahavandi,Shah Abbas, Emperor of Persia, 1587–1629, 2017, ed. Ketab Corporation, Los Angeles, ISBN 978-1595845672, English translation by Azizeh Azodi.
  • Sicker, Martin (2001). The Islamic World in Decline: From the Treaty of Karlowitz to the Disintegration of the Ottoman Empire. Greenwood Publishing Group. ISBN 027596891X.