Perapian halangan mekanikal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perapian halangan mekanikal yang menggunakan pembalut lapisan plastik bagi mengekalkan kelembapan konkrit bagi mengelak simen kering terlalu cepat.
Perapian halangan mekanikal yang menggunakan pembalut lapisan plastik bagi mengekalkan kelembapan konkrit bagi mengelak simen kering terlalu cepat.

Perapian halangan mekanikal adalah kaedah mengukuhkan konkrit semasa ia mengeras dengan cara mengekalkan air lebihan yang biasanya hilang semasa proses hidration bagi tujuan perapian akhir. Ini boleh dicapai dengan meletakkan bahan telap air seperti kertas minyak, lilin, atau lapisan plastik nipis pada permukaan. Kesemua bahan ini menghalang pengelowapan air lebihan dan mengekalkan kadar kelembapan tinggi pada permukaan bagi membantu perapian konkrit.

Kaedah ini sesuai bagi kawasan pembinaan kecil di mana meletakkan bahan ini dapat dilakukan dengan usaha minima. Kaedah menggunakan bahan ini tidak sesuai bagi keadaan lampau panas seperti sumber ultraungu dari matahari mampu menyebabkan pengeringan bertompak pada permukaan.