Perapian membran kimia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Perapian membran kimia adalah kaedah mengukuhkan konkrit semasa ia mengeras dengan cara mengekalkan air lebihan yang biasanya hilang semasa proses hidration bagi tujuan perapian akhir. Ini boleh dicapai dengan meletakkan campuran pengeras kimia pada permukaan terdedah. Bahan yang sesuai adalah bahan berasaskan resin hidrokarbon, biasanya dikenali sebagai Campuran Pengeras, atau Acrylic Cure dan Seals. Kelebihan (Cure and Seals) adalah bahan resin tidak terurai sepantas hidrokarbon dan mempunyai ciri-ciri tahan kimia (untuk menahan kesan buruk garam dll.). Kelemahannya adalah ia adalah lebih mahal.

Terdapat tiga jenis Campuran Pengeras (Curing Compounds) oleh badan spesifikasi utama seperti ASTM, CGSB, CSA dll.

  • yang pertama adalah Campuran Pengeras jernih.
  • yang kedua adalah Campuran Pengeras dengan dye (fugitive) hijau
  • yang ketiga dalah Campuran Pengeras Putih.

Kelebihan dye hijau adalah pengunaan dan pemeriksaan boleh memastikan jumlah yang secukupnya telah gunakan pada permukaan. Campuran bahan kimia perapi terbaik mengandungi resin hidrokarbon yang menghalang penyejatan air rembesan dan mempunyai kelebihan tambahan mebalikkan pancaran cahaya ultra-ungu untuk mengekalkan permukaan simen sejuk. Ia adalah sesuai bagi keadaan cuaca panas. Kebanyakan perapian Putih di pasaran adalah berasaskan air dan mempunyai kelebihan harga yang lebih rendah.