Perapian pengekalan air

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Perapian pengekalan air adalah kaedah mengukuhkan konkrit semasa ia mengeras dengan cara mengekalkan air lebihan yang biasanya hilang semasa proses hidration bagi tujuan perapian akhir. Ini boleh dicapai dengan meletakkan pasir lembap, jerami, atau kanvas pada permukaan simen yang terdedah. Dengan meletakkan bahan basah ini, air dikekalkan dalam kepingan simen bagi pengerasan. Ini merupakan kaedah paling berkesan bagi perapian konkrit tetapi ia juga merupakan kaedah yang paling mahal. Bahan pada permukaan konkrit perlu dikekalkan sepanjang masa konkrit mengeras, yang memerlukan ramai pekerja.