Peraturan Umum Perlindungan Data

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Peraturan (EU) 2016/679
ڤراتورن (إي.يو) 2016/679
Tajuk panjang
  • Peraturan terhadap perlindungan orang sebenar yang berhubung dengan pemprosesan data peribadi dan mengenai pergerakan bebas bagi data berkenaan, dan memansuhkan Arahan 5/46/EC (Arahan Perlindungan Data)
Pertubuhan antarabangsa
Jangkauan wilayah
Digubal oleh
Tarikh diluluskan
14 April 2016
Tarikh kuat kuasa
25 Mei 2018
Pemansuhan
Status: Perundangan semasa

Peraturan Umum Perlindungan Data (General Data Protection Regulation,GDPR) (EU) 2016/679 ialah satu peraturan dalam undang-undang Kesatuan Eropah (EU) terhadap perlindungan dan privasi data untuk semua individu di dalam kawasan EU dan Kawasan Ekonomi Eropah. Tujuan utama GDPR adalah untuk memberikan kawalan kepada rakyat dan penduduk terhadap data peribadi mereka dan memudahkan persekitaran kawal selia untuk perniagaan antarabangsa dengan menyatukan peraturan di dalam EU.[1]

Peraturan itu diterima pakai pada 14 April 2016,[2] dan selepas dua tahun tempoh peralihan, ia telah dikuatkuasa pada 25 Mei 2018.[3] Kerana GDPR merupakan satu peraturan bukannya arahan, ia tidak memerlukan pemerintah-pemerintah negara untuk meluluskan mana-mana perundangan dan ia diikat dan diguna pakai secara terus.[4] Pengeluaran United Kingdom daripada Kesatuan Eropah pada tahun 2019 telah menyebabkan perkenan diraja diberikan kepada Akta Perlindungan Data 2018 yang setara dengan GDPR pada 23 Mei 2018, yang mengandungi peraturan dan perlindungan yang diperlukan.[5][6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Interinstitutional File:2012/0011 (COD)" (dalam bahasa Inggeris). 11 Jun 2015. m/s. 201. Presidency of the Council: "Compromise text. Several partial general approaches have been instrumental in converging views in Council on the proposal for a General Data Protection Regulation in its entirety. The text on the Regulation which the Presidency submits for approval as a General Approach appears in annex,"
  2. ^ "GDPR Portal: Site Overview". Peraturan Umum Perlindungan Data (GDPR) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 Mei 2018.
  3. ^ "Art. 99 GDPR – Entry into force and application | General Data Protection Regulation (GDPR)". Peraturan Umum Perlindungan Data (GDPR) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 Mei 2018.
  4. ^ Blackmer, W.S. (5 Mei 2016). "GDPR: Getting Ready for the New EU General Data Protection Regulation". Information Law Group (dalam bahasa Inggeris). InfoLawGroup LLP. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-14. Dicapai pada 22 Jun 2016.
  5. ^ "New Data Protection Act finalised in the UK". Out-Law.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Mei 2018.
  6. ^ "New UK Data Protection Act not welcomed by all". ComputerWeekly.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Mei 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]