Peraturan oktet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Ikatan pada karbon dioksida (CO2): semua atom dikelilingi 8 elektron. Dengan itu, menurut peraturan oktet, CO2 ialah molekul yang stabil.

Peraturan oktet ialah satu kaedah penilaian kimia yang menyatakan bahwa atom-atom cenderung dengan cara tiap-tiap atom memiliki lapan elektron dalam orbit valensnya, dan menjadikan konfigurasi elektron atom tersebut sama dengan konfigurasi elektron gas adi. Kaedah ini dapat diterapkan pada unsur-unsur golongan utama (unsur selain logam peralihan, lantanida dan aktinida), terutamanya karbon, nitrogen, oksigen dan halogen. Kaedah ini juga dapat diterapkan pada unsur logam seperti natrium dan magnesium. Secara ringkas, molekul ataupun ion cenderung menjadi stabil apabila memiliki elektron valens. Kaedah ini pertama kali dikemukakan oleh W. Kossel dan G. N. Lewis.[1]

Kecenderungan atom unsur kimia untuk mencapai konfigurasi stabil seperti atom gas adi (lapan elektron valens) disebut sebagai peraturan oktet, sedangkan kecenderungan mencapai konfigurasi stabil dengan dua elektron valens (macam kes atom helium) disebut sebagai peraturan duplet. Suatu atom dapat mencapai kestabilan konfigurasi elektron atom gas adi dengan melepaskan, menerima atau berkongsi elektron sesama atom molekul.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kamaludin, Agus. (tanpa tahun). Cara Cepat Kuasai Konsep KIMIA dalam 8 Jam SMA Kelas X. Yogyakarta: Penerbit Andi.
  2. ^ Suyatno, dkk. (tanpa tahun). KIMIA untuk SMA/MA Kelas X. Jakarta: Grasindo,