Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj di Stadium Malawati, Shah Alam,Selangor pada 5 Mei 2010. Tujuan penubuhannya agar dapat menjalankan penerokaan, pengkajian, persembahan dan penonjolan Adat Melayu dan Warisan Selangor yang keasliannya dapat dipertahankan melalui usaha penyelidikan.

Turut hadir ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Exco Selangor merangkap Pengerusi Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohd Ali. Lain-lain ialah Prof Dr Siti Zainon Ismail, Dr Ibrahim Ghaffar, Abdul Ghafar Ibrahim, Ladin Nuawi, Bob Khalil , Kumpulan Dendang Anak Terengganu dan kanak-kanak dari Bingkas Kebayan.

Tujuan[sunting | sunting sumber]

Adat Melayu dan adab warisan bangsa hendaklah dipertahankan dalam usaha meneruskan Selangor sebagai sebuah negeri yang mempunyai budaya sopan santun dan budi bahasa yang tinggi. Ibu bapa, orang tua, jiran tetangga, ketua dan pemimpin hendaklah dihormati . Kita hendaklah berbudi bahasa serta tidak melakukan sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan maruah orang lain wajar terus dihayati.

Tidak beradab kini dilakukan oleh mereka yang berjawatan besar dan penting, berkelulusan tinggi dan professional, kurang beradab bukan sahaja dilakukan di tepi-tepi jalan tetapi juga di tempat mulia dan tinggi.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Jawatan besar, kelulusan tinggi tapi kurang adab". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-08. Dicapai pada 2010-05-06.