Perbadanan Johor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Logo JCorp yang terkini

Perbadanan Johor (juga digelar Johor Corporation ataupun JCorp) ialah sebuah syarikat Kerajaan Negeri Johor, yang dahulunya digelar "Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor" (PKENJ). Ditubuhkan pada tahun 1968, ia merupakan sebahagian rancangan aksi afirmatif kerajaan Malaysia untuk menyusun semula masyarakat berbagai kaum dengan membasmikan ketidakseimbangan ekonomi di antara kaum bumiputera dengan kaum yang bukan bumiputera. Perbadanan-perbadanan kemajuan ekonomi negeri direka untuk mengelakkan tatacara birokratik dan merupakan syarikat pelaburan kerajaan negeri masing-masing.

Lembaga Pengarah[sunting | sunting sumber]

ENAKMEN BILANGAN 4 TAHUN 1968, PENUBUHAN PERBADANAN JOHOR

Perkara 4.   Keanggotaan Perbadanan[sunting | sunting sumber]

Perbadanan hendaklah mengandungi :-

(a) Seorang Pengerusi, dan ianya hendaklah orang yang pada masa itu memegang jawatan Menteri Besar Johor.

  • YAB Datuk Haji Hasni Bin Mohammad, Menteri Besar Johor

(b) Seorang Timbalan Pengerusi yang dilantik oleh Raja.

  • YBhg Tan Sri Dr. Ali Bin Hamsa, Ahli Bebas merangkap Timbalan Pengerusi Johor Corporation

(c) Presiden & Ketua Eksekutif.

  • YBhg Datuk Syed Mohamed Bin Syed Ibrahim, Presiden & Ketua Eksekutif Johor Corporation

(d) Tiga orang Ahli Atas Jawatan, dan mereka itu hendaklah orang-orang yang pada masa itu memegang jawatan Setiausaha Kerajaan, jawatan Penasihat Undang- Undang dan jawatan Pegawai Kewangan Negeri Johor.

  • YB Dato’ Haji Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor
  • YBhg Encik Amir Bin Nasruddin, Penasihat Undang-Undang Negeri Johor
  • YB Dato’ Haji A. Rahim Bin Haji Nin, Pegawai Kewangan Negeri Johor

(e) Tiga orang wakil Kerajaan Persekutuan yang dilantik oleh Menteri.

  • YBhg Dato’ Saiful Anuar Bin Lebai Hussen, Ketua Setiausaha, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi
  • YBhg Datuk Nor Azri Bin Zulfakar, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri
  • YBhg Dato' Asri Bin Hamidon, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia

(f) Tiga orang ahli yang dilantik oleh Raja dari antara orang-orang yang didapatinya sebagai berkelayakan kerana mempunyai pengalaman yang luas dan telah menunjukkan kebolehan dalam perkara-perkara berkenaan dengan bank, perkilangan, perumahan, perniagaan, kewangan, professional atau pentadbiran, atau sebagai sesuai selainnya untuk dilantik oleh sebab pengetahuan dan pengalaman khas mereka.

  • YBhg Dato’ Sr. Hisham Bin Jafrey, Pengarah Urusan, ARH Jurukur Bahan Sdn. Bhd.

Pengerusi Lembaga Pengarah[sunting | sunting sumber]

Ketua Pegawai Eksekutif[sunting | sunting sumber]

Tan Sri Muhammad Ali Hashim adalah merupakan CEO paling lama berkhidmat sejak 1982 sehinggalah beliau meletakkan jawatannya pada tahun 2013.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

PKENJ bermula operasinya pada Ogos 1970 dengan perlantikan Menteri Besar YB Tan Sri Hj Othman bin Mohd Saat sebagai pengerusinya dan YB Tan Sri Dato' Hj Basir Bin Ismail sebagai ketua eksekutif. Pejabat pertamanya berada di Aras 2, Bangunan Sultan Ibrahim, Johor Bahru, dan operasinya bermula dengan cuma dua kakitangan. PKENJ menggantikan namanya kepada "Johor Corporation" pada akhir tahun 1995.

Sebagai sebuah entiti perusahaan awam, JCorp telah memainkan peranan yang besar dalam memeliharakan pertumbuhan ekonomi di negeri Johor, khususnya dibeberapa sektor ekonomi yang berpotensi tinggi, termasuknya perusahaan pertanian, pemajuan perindustrian, pemajuan hartanah dan sebagainya. JCorp juga memajukan Pasir Gudang sebagai sebuah bandar perindustrian di tenggara Johor. Sejak 1 Julai, 1977, ia telah dilantik sebagai pihak berkuasa tempatan bagi Pasir Gudang, iaitu pihak berkuasa tempatan pertama yang diswastakan di Malaysia dibawah kontrak setiap lima tahun.

Perusahaan utama[sunting | sunting sumber]

Pada masa kini, perusahaan-perusahaan utama JCorp dianjurkan oleh syarikat awam tersenarai masing-masing:

  • Bahagian minyak kelapa sawit : Kulim (Malaysia) Berhad (MYX: 2003)
  • Bahagian penjagaan kesihatan: KPJ Healthcare Berhad (MYX: 5878)
  • Bahagian pembangunan hartanah: Johor Land Berhad (MYX: 6564), Damansara Asset Sdn.Bhd.
  • Bahagian restoran makanan dan perkhidmatan segera: QSR Brand Berhad (MYX: 9415)
  • Bahagian hartanah dan perkhidmatan logistik: Damansara Realty Bhd. dan TPM Teknopark Bhd.

Kesemua usaha-usaha niaga usahawan dalaman diketuai oleh kakitangan JCorp sendiri. Pada tahun 2005, syarikat-syarikat dibawah Bahagian Perusahaan Usahawan Dalaman (Intrapreneur Venture Division)termasuk:

  • Aquapreneur Sdn Bhd
  • Epasa Shipping Agency SB
  • Excellent Relation Sdn Bhd
  • HC Duraclean Sdn Bhd
  • Hotel Selesa Sdn Bhd
  • IPPJ Sdn Bhd
  • JTP Trading Sdn Bhd
  • Metro Parking Sdn Bhd
  • Pro Office Bulk Mailing
  • Pro Communication Services
  • Sibu Island Resort
  • Tepak Marketing Sdn Bhd
  • JKiNG Sdn Bhd
  • Willis (M) Sdn Bhd

Pautan luar[sunting | sunting sumber]