Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Perak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Perak merupakan salah satu tumpuan para pelancong di Perak.

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Perak terletak di bandar Kuala Kangsar, Perak.

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Perak telah ditubuh pada tahun 1974 sebagai Pusat Perusahaan Tembikar, Lembaga Kraftangan Malaysia. Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Perak berpindah ke bangunan baru pada tahun 1979. Pembukaan bangunan baru itu dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, Bekas Perdana Menteri Malaysia pada 14 Mac 1991.

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Perak merupakan cawangan di peringkat negeri Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, agensi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]