Perbadanan Labuan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perbadanan Labuan
Intisari agensi
Dibentuk2001
Agensi-agensi terdahulu
  • Lembaga Pembangunan Labuan
  • Majlis Perbandaran Labuan
Ibu pejabatWisma Perbadanan Labuan, Peti Surat 81245, 87022, WP Labuan
Agensi induk
Kementerian Wilayah Persekutuan
Laman sesawang
http://www.pl.gov.my/

Perbadanan Labuan merupakan pihak berkuasa tempatan yang mentadbir Wilayah Persekutuan Labuan, Malaysia. Ia merupakan suatu agensi pentadbiran yang bertindak dibawah perundangan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. PL bertanggungjawab secara kolektif dalam pelbagai aspek yang berkaitan dengan kesejahteraan dan kemandirian Wilayah Persekutuan Labuan. Antara aspek yang berada dalam tanggungjawabnya termasuklah kesihatan awam dan sanitasi, pengurusan sisa pepejal bandar, pengurusan sisa buangan bersepadu, perancangan bandar, pemuliharaan alam sekitar, kawalan bangunan dan premis perniagaan, lesen perniagaan dan penjaja, pengurusan fungsi kawalan bandar dan infrastruktur awam dan pelancongan. Ibu pejabat Perbadanan Putrajaya terletak di Wisma Perbadanan Labuan dekat Jalan Dewan, Bandar Labuan. PL juga mempunyai bangunan lain diantaranya Menara Perbadanan Labuan dekat Jalan OKK Awang Besar.

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Perbadanan Labuan mula ditubuhkan pada 1 Julai 2001 dibawah akta 609, Akta Perbadanan Labuan 2001. Ia ditubuhkan diatas penggabungan dua agensi kerajaan iaitu Labuan Development Authority atau Pihak Berkuasa Pembangunan Labuan (LDA) dan Majlis Perbandaran Labuan (MPL).

Lembaga Pengarah[sunting | sunting sumber]

Ahli Lembaga Pengarah adalah dilantik oleh Jabatan Wilayah Persekutuan yang terdiri daripada seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan 4 orang ahli biasa. Tempoh lantikan adalah sepanjang 2 tahun.[1]

Pengerusi:

Tan Sri Datuk Seri Panglima Anifah bin Aman @ Haniff Amman

Timbalan Pengerusi:

Simsudin bin Sidek

Ahli Biasa:

  1. Dato' Indera Noridah binti Abdul Rahim
  2. Dato' Sri Liew Shan Wen
  3. Azlan bin Abdul Rashid
  4. Mohd Talal bin Hj Abu Bakar

Majlis Penasihat[sunting | sunting sumber]

Ahli Majlis Penasihat dilantik oleh Jabatan Wilayah Persekutuan yang terdiri daripada seorang Pengerusi dan 6 orang ahli lain yang hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya tiga orang penduduk Wilayah Persekutuan Labuan. Ahli Majlis Penasihat bertanggungjawab untuk memberikan nasihat kepada Perbadanan Labuan berhubung dengan fungsi-fungsi kerajaan tempatan yang dilaksanakan oleh Perbadanan Labuan. Tempoh lantikan adalah sepanjang 2 tahun.[2]

Pengerusi:

Datuk Hj. Bashir bin Hj. Alias

Ahli:

  1. Datuk Wong Kii Yii
  2. Norihan binti Yakup
  3. Tan Soon Kiat
  4. Seah Kiat Leong @ Sia Kiat Leong
  5. Niswati binti Tarji
  6. Andy Herrdiwady Ja'afar @ Harris

Sektor Eksekutif[sunting | sunting sumber]

Dalam sektor eksekutif Perbadanan Labuan, Perbadanan Labuan diketuai oleh seorang Ketua Pegawai Eksekutif dan dibantu oleh 3 orang Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dalam pengurusan pentadbiran.

Ketua Pegawai Eksekutif: Hj Rithuan bin Hj Mohd Ismail

  • Pejabat Penasihat Undang-Undang
  • Jabatan Audit Dalam
  • Jabatan Hal Ehwal Korporat
  • Unit Integriti
  • Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan): Dato' Hj Othman bin Che Jusoh
    • Jabatan Pengurusan Sumber Manusia
    • Jabatan Khidmat Pengurusan
    • Jabatan Kewangan
    • Jabatan Pengurusan Maklumat
    • Unit Perpustakaan Awam
  • Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan): Ibrahim bin Tambi
    • Jabatan Perancangan dan Kawalan Bangunan
    • Jabatan Pembangunan dan Kejuruteraan
    • Jabatan Pelaburan dan Sosio Ekonomi
    • Jabatan Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian
    • Unit Penyelarasan, Pemantauan dan Penilaian Impak
  • Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembandaran): Fadzilah bin Hj. Mahmud
    • Jabatan Perkhidmatan Perbandaran
    • Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
    • Jabatan Pelesenan
    • Jabatan Penguatkuasaan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Audit Dalaman Diarkibkan 2010-03-09 di Wayback Machine
  2. bahagian perundangan Diarkibkan 2010-03-09 di Wayback Machine
  3. Property Management & Assessment Diarkibkan 2010-03-09 di Wayback Machine
  4. Administration Diarkibkan 2010-03-09 di Wayback Machine
  5. Account & Financial Management Diarkibkan 2010-03-23 di Wayback Machine
  6. Human Resource Management Diarkibkan 2010-03-09 di Wayback Machine
  7. Art, Culture & Tourism Diarkibkan 2010-02-03 di Wayback Machine
  8. Information Management Diarkibkan 2010-03-09 di Wayback Machine
  9. Labuan Public Library Diarkibkan 2010-03-09 di Wayback Machine
  10. Project & Engineering Diarkibkan 2010-03-23 di Wayback Machine
  11. Planning & Building Control Diarkibkan 2010-03-09 di Wayback Machine
  12. Township Services Diarkibkan 2010-03-09 di Wayback Machine
  13. Socio-Economy Development Diarkibkan 2010-03-09 di Wayback Machine
  14. Coordination, Observation, Assessment & Impact Survey Diarkibkan 2010-02-03 di Wayback Machine
  15. Department Of Enforcement Diarkibkan 2010-02-03 di Wayback Machine

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


  1. ^ "Ahli Lembaga Pengarah". Laman Web Rasmi Perbadanan Labuan. 2023-10-31. Dicapai pada 2023-11-16.
  2. ^ "Ahli Majlis Penasihat". Laman Web Rasmi Perbadanan Labuan. 2023-07-07. Dicapai pada 2023-11-16.